Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu keempat September 2009

leave a comment »

Minggu terakhir September 2009. Tak tau nak kongsi apa lagi. Mari terus tengok kedudukan carta K-Pop pada minggu ini. Kalau ada pautan video yang rosak, beritahu lah. Nanti boleh letak pautan baru. Kali ni, mari lihat video muzik. Minggu ni hampir semua video muzik sama je format. Penyanyi semua ada dalam video muzik.

Ini kumpulan Jewelry. Comel dan seksi, ada 4 orang ahli. Kira ni gambar paling sopan sekali lah yang dapat saya kongsikan bersama. Untuk album baru mereka ni, takde perasaan lagi nak suka. Berbanding dengan lagu mereka yang dulu.

1. G-Dragon – Heartbreaker
Genre
: R&B / Hip-hop
Album: Trek 2 – Vol. 1 Heartbreaker
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu Heartbreaker oleh G-Dragon terus menjadi juara untuk minggu kedua berturut-turut. Lagu popular ini telah mendapat tempat pertama di setiap carta muzik di Korea. Walaupun lambat menjadi juara tetapi telah dapat menjadi juara. “Heartbreaker” dimulakan dengan penceritaan oleh G-Dragon yang pantas menjadi perhatian tambahan pula dengan melodi lagu yang membuatkan pendengar mendengar berulang kali menjadikan ia hit.

2. 4minute – MUZIK
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Shin Sa Dong Tiger, Lee Sang Ho
Album: Trek 2 – Album Mini “For Muzik”
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan baru 4minute cuba untuk meraih kedudukan pertama buat pertama kali dengan lagu ini. Minggu ini lagu “MUZIK” melonjak empat anak tangga ke tempat kedua. Pencapaian lagu ini sudah melepasi tempat ketiga lagu Hot Issue mereka sebelum ini. Tajuk lagu “MUZIK” ialah trek yang berentak ‘euro beat street sound’. Genre yang baru dan telah menjadi popular kebelakangan ini.

3. Kim Tae Woo – 사랑비 (Love Rain)
Genre
: Pop
Muzik: Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Tae Woo
Album: Trek 3 – Album mini “T-Virus”
Lihat: Video Muzik
Komen: Kim Tae Woo telah berjaya di puncak carta banyak kali semasa dengan god, sekarang dia mencari kedudukan pertama sebagai solo. Sejak kembali dari menjalani khidmat negara, Kim Tae Woo telah mengeluarkan single digital “Memory and Remembrance”. Akhirnya dia mengeluarkan album mini terbaru iaitu “T-Virus”. Judul lagu “Love Rain” telah berjaya melonjak ke tangga ketiga pada minggu ini. Tidak seperti lagu dia sebelum ini, lagu “Love Rain” lebih rancak. Dihasilkan bersama oleh Kim Tae Woo dan Lee Hyun Seung, mereka mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan lagu ini. Lagu ini yang dapat menusuk kalbu dan telinga dengan kombinasi melodi yang rancak, vokal yang harmoni dan susunan lagu yang bagus.

4. Baek Ji Young (feat. 2PM Taec Yeon) – 내 귀에 캔디 (Candy On My Ear)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Bang Shi Hyuk
Album: Trek 1 – Album mini “Ego”
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu Candy On My Ear nyanyian Baek Ji Young dari album mini yang terbaru. Ia mempunyai gaya muzik Elektropop dari Eropah. Taek Yeon dari 2PM membuat penampilan dalam lagu ini, turut muncul dalam video muzik dan membuat persembahan bersama.

5. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini dari album ketiga Brown Eyed Girls berjudul Sound G. “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai.

6. Jewelry – Vari2ty
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Park Keun Tae / Lirik: Jung Bong Ki
Album: Trek 3 – Vol. 6 Sophisticated
Lihat: Video Muzik
Komen: Dengan ahli kumpulan yang baru iaitu Kim Eun Jung dan Ha Joo Won, kumpulan Jewelry telah mendapat pencapaian yang baru dengan lagu hit “One More Time”. Mereka berempat kini kembali dengan album keenam berjudul “Sophisticated”. Melalui album ini, mereka menunjukkan imej seksi dan comel mereka. Tajuk lagu “Vari2ty” ialah trek tarian dan berada di tangga keenam minggu ini.

7. Lee Seung Chul – 사랑 참 어렵다 (Love Is So Difficult)
Genre
: Pop Ballad
Album: Trek 1 – Vol. 10 (CD + DVD) (Album Pek Semula)
Lihat: Video Muzik
Komen: Selepas berjaya menduduki 10 tangga teratas dengan “My Nails Came Off”, Lee Seung Chul baru sahaja mengeluarkan album pek semula untuk album kesepuluh. Versi ini mengandungi DVD bonus dan sebuah lagi baru berjudul “Love Is So Difficult”, yang kini berada di tangga kesepuluh untuk minggu ini. Lagu balada rock ini membuatkan para pendengar mendengar suaranya yang lembut tetapi dalam itu. Video muzik untuk lagu ini dibintangi oleh Kim Jung Eun dan Yoon Sang Hyun. Lagu ini telah menjadi pilihan ramai untuk diputarkan di radio Korea.

8. Kara – 미스터 (Mister)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Han Jae Ho, Kim Seung Soo / Lirik: Song Soo Yoon
Album: Trek 1 – Vol. 2 – Revolution
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu kedua Kara iaitu “Mister” telah memasuki carta 10 pada minggu ini. Kara telah mengesahkan tempat antara salah satu kumpulan yang popular tahun ini dan lagu ini merupakan lagu keempat mereka dalam carta 10 untuk 2009. “Mister” ialah trek tarian Euro-pop yang mempunyai bunyi elektronik bertenaga.

9. f(x) – 라차타 (La Cha Ta)
Genre
: Pop / Dance
Album: La Cha Ta Digital Single
Lihat: Video Muzik
Komen: Penguasaan kumpulan perempuan baru terus unggul. Yang terbaru ialah dari syarikat hiburan gergasi SM Entertainment. Mereka ialah kumpulan perempuan baru iaitu f(x) dengan lagu “La Cha Ta” berada di tempat kesembilan pada minggu ini. Kumpulan ini terdiri daripada ahli dari Korea iaitu Suli, Luna dan Crystal serta dari China iaitu Amber dan Victoria menjadikan mereka lima orang ahli dalam kumpulan dance pop Asia ini. Nama kumpulan diambil dari fungsi matematik dimana x (kebolehan dan tarikan setiap ahli), menghasilkan perubahan pada kumpulan. f juga mewakili bunga sementara x mewakili kromosom xx perempuan. “La Cha Ta” dihasilkan oleh Kenzie. Ia mempunyai gaya hip hop dengan sentuhan elektronika. Mesej lagu ini ialah untuk menikmati kehidupan.

10. T-Ara – 거짓말 (Lie)
Genre
: Pop
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Ahn Young Min
Album: Trek 1 – Single Digital “Lie”
Lihat: Video Muzik
Komen: Ini ialah lagu dari album single digital debut kumpulan T-ara. Lagu ini berentak retro elektronik dan mempunyai korus yang berulang. Nyanyian mereka yang membanggakan dan harmoni dengan suara Davichi, menghasilkan bunyi yang mantap. Pelakon lelaki popular Yoo Seung Ho berlakon dalam video muzik ini di mana dia memegang watak sebagai lelaki yang mempunyai hubungan dengan setiap ahli kumpulan T-ara.

Written by Langit Biru

September 29, 2009 pada 9:01 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: