Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Slow Man oleh Kim Bum Soo

leave a comment »

Pada 12 September 2009, Kim Bum Soo telah menyanyikan lagu terbaru dia dalam KBS Yoo Hee Yeol Sketch Book. Ini kali pertama dia menyanyikan di TV. Rancangan ini merupakan program mingguan di mana, pengacara iaitu Yoo Hee Yeol akan menjemput para artis untuk membuat persembahan di rancangannya. Dah nama rancangan ni nama dia, kenalah dia jadi pengacaranya.

Saya memang suka tengok rancangan ini. Penyanyi yang tak kenal pun saya tengok juga, sebab memang menarik lah. Kira kalau untuk rancangan muzik biasa susah lah mereka nak dijemput tapi kalau rancangan sebegini, mereka seboleh-boleh nak  muncul.

Mula-mula dia nyanyikan lagu popular yang menjadi lagu OST untuk drama Stairway to Heaven iaitu BoGoShipDa, dengan iringan piano oleh Yoo Hee Yeol. Lepas tu, dia nyanyikan sedikit lagu-lagu dia dari filem dan drama Korea yang lain tanpa muzik iringan. Oh lupa pula, pengacara rancangan ini juga seorang penulis lirik dan komposer yang berbakat di Korea.

Lepas tu dia nyanyi pula lagu ‘Slow Man’. Lagu ini rancak.

Kim Bum Soo berduet pula dengan Kim Yeon Woo untuk lagu Inggeris, Lately.

Untuk lagu terakhir, ada dua lagi penyanyi iaitu Jeong In dan Jung Yup. Lagu yang dinyanyikan ialah That’s What Friends Are For.

Mereka semua ni kira penyanyi yang memang menyanyi lah. Takde buat aktiviti yang lain. Memang berbakat. ila tengok persembahan Kim Bum Soo, saya terfikir yang suara dia lagi sedap menyanyi secara langsung berbanding dengan CD. Macam tak puas je kalau dengar CD dia.

Sebenarnya, saya tak tengok lagi persembahan dia yang lain sebab nak tengok kat TV. Kalau kat TV nanti ada sarikata, sekurang-kurangnya saya tahu lah apa yang mereka ini bualkan. Rancangan ini disiarkan di KBS World saluran Astro 303 setiap hari Ahad pada pukul 2.30 petang. Tiada siaran ulangan. Saya ingat disiarkan minggu lepas, tapi tunggu takde pun. Harap-harap minggu ini adalah.

Written by Langit Biru

September 29, 2009 pada 3:05 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: