Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for Oktober 2009

Kim Tae Woo dalam ‘Shall We Dance’

leave a comment »

Sebenarnya banyak berita terkini Kim Tae Woo yang dikongsi kan tapi keran kekangan masa tidak mengizinkan. Tapi takpe cuba juga lah sikit-sikit. Pada 3 Oktober 2009 yang lepas ataupun pada hujung minggu tersebut ialah cuti panjang di Korea kerana ada perayaan Chuseok. Kira macam sambutan Hari Raya-lah. Semua orang pakat balik kampung dan stesen TV pun siarkan rancangan khas dan istimewa sempena musim perayaan.

Kim Tae Woo telah muncul dalam rancangan istimewa KBS Shall We Dance. Ini rasanya disiarkan lewat sehari di KBS World. Tak ingat saya tengok ke tak sebab tiada sarikata English. Ha ha ha…

Rancangan ini ialah pertandingan menari yang menampilkan pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal Korea. Mereka berpasangan dengan penari profesional untuk bertanding dan merebut gelaran “MVP”.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Written by Langit Biru

Oktober 31, 2009 at 5:56 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Wonder Girls di Carta Billboard 100

with one comment

Siapa sangka lagu Wonder Girls kini berada di Carta Billboard setelah hanya tujuh bulan berada di Amerika Syarikat. Saya salah seorang peminat mereka rasa amat bangga dengan pencapaian mereka.

Kumpulan pop Korea Selatan yang popular, Wonder Girls mencetus fenomena baru apabila semakin aktif memperluaskan pengaruh mereka di Amerika Syarikat (AS) menerusi lagu Nobody.

Malah Wonder Girls melakar sejarah buat penyanyi korea dengan menjadi artis Korea pertama tersenarai dalam Top 100 carta Billboard.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 30, 2009 at 9:09 am

Carta K-Pop untuk minggu keempat Oktober 2009

leave a comment »

Sibuk sikit minggu ini. Sebab tu lambat nak kemaskini kini carta mingguan ini. Juara carta masih lagi kekal cuba teka siapa. Kali ini carta diungguli dengan penyanyi solo lelaki Mereka semua ini mempunyai vokal yang bagus.

Inilah kumpulan T-ara dan Cho Shin Sung yang sekarang popular dengan lagu Time To Love. Tapi tak semua yang ada. Hanya mereka yang terlibat untuk lagu Time To Love versi 1. Lagu baru ini rancak walaupun ada bahagian yang perlahan. Saya masih lagi dalam sesi mengenal nama mereka semua ini.

Kedudukan carta pada minggu ni seperti berikut.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 29, 2009 at 12:06 pm

Hujan – Teruja ke pentas dunia

leave a comment »

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my (27 Oktober 2009)

BAGAIKAN merestui perjalanan album terbaru kumpulan Hujan, Mencari Konklusi, rintik hujan turut jatuh membasahi bumi ketika majlis pelancaran album terbabit diadakan baru-baru ini di premis terkemuka, Hard Rock Cafe. Paling penting album kedua ini bagaikan satu lambang untuk menjadi lebih matang, gagah dan agresif.

Mula menyemarakkan arus perdana sekitar 2006, band indie yang meledak dengan lagu Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap ini ternyata berjaya meraih perhatian seiring dengan kebangkitan fenomena jalur muzik alternatif rock yang diketengahkan mereka. Malah album pertama itu turut menang dua kategori di dalam Anugerah Industri Muzik Mei lalu.

Mencari Konklusi diterbitkan Noh Phrofile yang mula tertubuh sejak 2005 dan mula dipasarkan sejak 18 Ogos lalu. Paling menarik seiring dengan ledakan pasaran muzik digital, Hujan bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd yang mempromosi dan memasarkan album itu secara digital. Judul album itu dengan sendirinya memberi signifikan tersendiri terhadap kewujudan Hujan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 27, 2009 at 12:08 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Kalau ada keserasian, hasil kerja jadi lebih baik

leave a comment »

Oleh Faizal Tahir
Bintang Popular (25 Oktober 2009)

 

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Diharapkan semua pembaca setia B*Pop berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Berakhir sudah sebulan kita dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri walaupun kebanyakan daripada kita sudah kembali sibuk bekerja seperti biasa. Terima kasih kepada semua yang sudi menjemput saya ke rumah terbuka mereka walaupun saya hanya mampu menghadiri beberapa saja jemputan.

Khamis lalu diadakan sidang media oleh pihak produksi Muzik-Muzik TV3 bagi mengumumkan lagu serta artis yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik tidak lama lagi. Alhamdulillah, Bencinta, ciptaan Audi Mok dan saya berjaya terpilih ke peringkat separuh akhir ini. Saya mewakili Audi dan saya sendiri mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua orang yang sudi mengundi dan melayakkan Bencinta bertanding ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik. Jutaan terima kasih juga kepada peminat saya dan juga ahli Rockensteiners. Tahniah juga buat semua komposer dan artis lain yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Saya pasti ramai yang sudah mula tertanya-tanya mengenai kelahiran album kedua saya setelah hampir dua tahun tanpa produk baru. Bencinta juga sudah hampir setahun dikeluarkan. Alhamdulillah, single terbaru saya, Selamat Malam, yang akan dimuatkan dalam album kedua saya ini telahpun mula dimainkan di stesen radio tempatan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 27, 2009 at 9:01 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Persembahan pertama Kim Tae Woo di MBC Music Core

leave a comment »

Persembahan kedua Kim Tae Woo pada minggu pertama kemunculan semula dia. Persembahan ini di rancangan muzik mingguan MBC Music Core pada 5 September 2009. Macam biasa ia akan dirakamkan terlebih dahulu untuk persembahan pertama tetapi dia tetap menyanyi secara langsung.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Perhatikan hiasan pentasnya. Untuk penyanyi yang membuat kemunuculan semula, persembahan pertama amat penting. Vokal dia yang memang mantap. Tengoklah bila dia tarik suara dia. Minit 2.42. Lepas tu tengoklah spotlight belakang dia. Itu belum lagi dia menari. Tak payah penyanyi latar pun takpe.

Sila lihat persembahan ini:

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 26, 2009 at 11:38 pm

Dikirim dalam Persembahan TV, Video

Tagged with ,

Tablo, Hye-Jung kahwin esok

leave a comment »

25 Oktober 2009 (Utusan Online)

PELAKON Korea Kang Hye-jung akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya yang juga seorang penyanyi utama kumpulan Epik High, Tablo pada pukul 2 petang esok. Mereka dijadualkan berkahwin di sebuah tempat yang dirahsiakan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us

Perkahwinan itu dibuat selepas Hye-jung hamil lima minggu dan pada masa yang sama, Tablo mengotakan janji untuk menjadi ayah kepada bayi yang dikandung penyanyi itu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 25, 2009 at 10:16 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , ,