Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kenapa tiada wakil Malaysia di ASF 2009

with one comment

Sejak tahun 2004, Korea akan menganjurkan Asia Song Festival di mana untuk mengalakkan pertukaran budaya dan memperkenalkan muzik dari negara lain. Beberapa negara di Asia turut dijemput, tapi yang saya tak puas hati kenapa tiada penyanyi dari Malaysia.

Untuk tahun ini sebanyak 9 negara termasuk Korea dan seramai 15 penyanyi membuat persembahan. Konsert ini telah diadakan pada 19 September 2009 di Seoul WorldCup Stadium. Tiada bayaran dikenakan dan hanya perlu mendaftar di laman web rasmi.

Mana penyanyi Malaysia. Tahun 2008, Rynn Lim membuat persembahan tapi bukan di pentas utama. Agnes Monica pun dah dua kali datang. Tahun 2007, dengar ada penyanyi Malaysia tapi tengok tiada pula.

Barisan artis yang membuat persembahan tahun ini adalah seperti berikut dari Korea (Super Junior, So Nyeo Shi Dae, Big Bang, 2NE1), Jepun (Gackt, Mihimaru GT, V6), Taiwan (Alan Luo), Hong Kong (Leon Lai, Eken Zheng), Thailand (K-Otic), Vietnam (Ho Ngoc Ha), Indonesia (Agnes Monica), Ukraine (Ruslana) dan China (Li YuChun).

Pada tahun 2007, Peterpan datang membuat persembahan dan sempat buat penggambaran video muzik. Tapi sebab lagu tu tak popular kat sini, tak perasan lah mula-mula. Bila tertengok kat Youtube, lokasi penggambaran macam biasa dilihat. Rupanya di Korea.

Tahun 2008, Rynn Lim mewakili Malaysia membuat persembahan di sana, tapi dia bukan buat persembahan di pentas utama. Sebab tu nampak cam ringkas je pentas. Kalau konsert terbuka atau percuma di Korea, hiasan pentas pun tak kurang hebat juga. Sekurang-kurangnya ada juga lah Malaysia.

Harap-harap tahun depan adalah wakil dari Malaysia. Ini dapat memberikan pendedahan dan pengalaman kepada artis tempatan.

Written by Langit Biru

Oktober 1, 2009 pada 9:09 am

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. tu la pasal …. aku pon heran …. kenapa …nak akte penyanyi kat sini tak bagus ,tak jugakk … aku harap yg dpt kesempatan ke sana nanti ialah adam or stacy or yuna .. sebab yuna ni dah pasar album kat korea …

    aiyakk

    Disember 21, 2009 at 1:14 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: