Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Norman serik hebohkan jumlah kutipan ‘Jin Notti’

leave a comment »

Khamis Oktober 1, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ (mStar Online)

PERANG psikologi yang ditimbulkan kepada peminat filem Melayu pastinya membuatkan mereka tak keruan untuk menonton filem ‘Jin Notti’ atau ‘Momok The Movie’.

Image Hosted by ImageShack.us

Norman, Mawi dan Fara Fauzana turun padang mendekati penonton wayang.

Produser ‘Jin Notti’, Norman Abdul Halim akui kontroversi kutipan filem siapa yang lebih tinggi bukanlah sengaja dilakukan hasil pakatan pihaknya dan pengedar ‘Momok The Movie’, David Teo.

Baginya, setiap filem mempunyai tarikan berbeza. Ujar Norman, “‘Jin Notti’ lebih untuk mengumpul kaum keluarga manakala ‘Momok The Movie’ lebih banyak menarik golongan remaja yang sukakan cerita hantu.”

Kutipan filem ‘Jin Notti’ tak semestinya berjaya menarik penonton untuk menonton filem itu sebaliknya Norman turut memikirkan tentang inisiatif lain untuk mempromosikan filem itu. Menurut Norman, selain mengeluarkan jumlah kutipan, dia percaya yang cara membawa pelakon utama ‘Jin Notti’ iaitu Fara Fauzana dan Mawi ‘turun padang’ beramah mesra dengan penonton juga boleh menjadi alternatif untuk menarik penonton datang ke pawagam menonton filem itu.

Selain itu, Norman mewakili KRU Studios menjemput semua peminat ‘Jin Notti’ untuk menghadiri majlis jamuan Hari Raya bersama para pelakon filem itu pada 3 Oktober ini, mulai pukul 2 hingga 5 petang di Berjaya Times Square, Bukit Bintang. “Aktiviti ini sebagai responsif kepada aktiviti semasa dan untuk menggalakkan penonton menonton filem ini.

Dalam pada itu, Norman turut mengulas sebalik kontroversi antara ‘Jin Notti’ dan ‘Momok The Movie’. Kontroversi itu timbul akibat daripada Pengarah Urusan Metrowealth Movies Production (MMP) itu mendakwa kutipan ‘Momok The Movie’ selepas lima hari ditayangkan berjaya mengaut sebanyak RM1.25 juta berbanding ‘Jin Notti’ RM1.1 juta. Kedua-dua filem ditayangkan kepada umum sempena 1 Syawal lalu.

Image Hosted by ImageShack.us

Norman turut menyampaikan hadiah kepada penonton yang berjaya menjawab kuiz 'Jin Notti'.

Norman akui dia tidak malu bertelagah dengan David demi mempertahankan kebenaran yang kutipan ‘Jin Notti’ lebih tinggi daripada ‘Momok The Movie’ setakat ini. “Saya tidak rasa malu kerana saya tidak boleh berdiam diri tentang hal ini.

“Niat saya bukanlah untuk menjatuhkan David tetapi lebih untuk mempertikaikan apa yang diuar-uarkan itu tidak benar kerana ia melibatkan strategi pemasaran. “Saya mendapat tahu kutipan ‘Jin Notti’ melebihi ‘Momok The Movie’ berdasarkan sumber rasmi dan tidak rasmi.

“Saya tak nak beritahu siapa sumber itu kerana takut ada pertikaian pula. “Setakat semalam, saya mendapat tahu yang jumlah kutipan filem kami juga telah mencecah lebih RM2 juta.

“Harap-harap filem ini akan mencapai sasaran RM3 juta kerana filem ini telah pun dilanjutkan tempoh wajib tayang sehingga 30 Oktober ini. “Jika melihat kepada kutipan sekarang, saya rasa ada kemungkinan untuk mencapai RM3 juta,” ujar Norman dengan penuh bersemangat.

Enggan ulas kutipan sehingga wajib tayang selesai

Kesan daripada kontroversi itu, Norman berkata dia enggan mengulas tentang kutipan sebenar ‘Jin Notti’ sehingga tempoh wajib tayang filem itu selesai. “Kalau boleh selepas ini saya tak nak uar-uarkan tentang kutipan selepas mengambil iktibar kontroversi itu.

“Saya hanya akan cakap sambutan filem ini baik dan berharap kutipan memberangsangkan. “Selepas ini, biar pihak Finas yang buat keputusan tentang kutipan filem kerana mereka yang mengumpul maklumat tentang jumlah kutipan sebenar.

“Sebagai penerbit indie, saya tak perlu jatuhkan filem lain tetapi lebih fokuskan kepada filem sendiri,” jawabnya yang pernah ‘tidak sebulu’ dengan David. Tambah Norman, “Hubungan saya dan dia ada pasang surut tetapi pergaduhan kami tidaklah sampai untuk memutuskan hubungan antara satu sama lain.

“Bertikam lidah itu bagus untuk kepentingan industri. Saya tiada masalah untuk berjumpa dengannya selepas ini. “Insya-Allah, kami mungkin akan berjumpa dalam majlis buka puasa PFM nanti,” katanya yang menantikan tayangan filem terbitan KRU Studios iaitu ‘Planet 51’ pada 19 November ini dan ‘My Spy’ (3 Disember).

Written by Langit Biru

Oktober 1, 2009 pada 10:07 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: