Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Wheesung menyertai Universal Music untuk US debut

leave a comment »

Salah seorang lagi penyanyi Korea kegemaran saya iaitu Wheesung. Baru-baru ini dia telah menandatangani kontrak bersama Universal Music untuk menghasilkan sebuah album dan untuk dipasarkan di Amerika Syarikat.

Menurut Pop Up Entertainment, agensi Wheesung, dia akan bekerjasama dengan produser Amerika terkenal iaitu Rodney “Darkchild” Jerkins. Mengenai album debut dia di Amerika, akan mengandungi dua ke tiga lagu dan ini secara digital. Debut Amerika ini telah menarik perhatian ramai kerana dia menandatangani kontrak untuk pengedaran dan pelaburan dengan Universal Music, juga sebagai label rekod yang terkenal.

Ini semua terjadi kerana Kim Hyung-Seok, penulis lirik terkenal tempatan telah memperkenalkan Wheesung kepada kenalan Jerkins. Wheesung sudah merakamkan dua lagu di Amerika Syarikant dan Jerkins memujinya sebagai penyanyi yang baik.

Wheesung telah berkata yang dia bersyukur telah diberikan peluang yang baik dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai hasil yang cemerlang. Dia juga akan mengeluarkan album keenam di Korea Selatan beberapa hari lagi.

Saya rasa sunggu teruja dengan berita ini. Tapi kenapa mesti dalam digital. Memang-lah saya boleh memuat turun secara haram tapi saya tetap nak beli juga. Tak sabar nak dapatkan album terbaru dia nanti.

Written by Langit Biru

Oktober 3, 2009 pada 5:56 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: