Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Berkorban demi Merong Mawangsa

leave a comment »

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Berita Harian Online 5 Oktober 2009

MENYEDARI peluang bekerja dalam produksi yang besar bukan datang setiap hari, Jehan Miskin sanggup menolak 12 tawaran drama dan telefilem, kesemuanya menjanjikan watak utama, demi filem Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios.

Image Hosted by ImageShack.us

Pengorbanan yang dilakukannya itu dianggap berbaloi kerana Jehan sememangnya begitu mengidamkan pembabitan dalam filem epik. Apatah lagi kali ini ia diterbitkan sendiri oleh syarikat produksi tempatan.

Walaupun Embi watak lakonannya dalam Merong Mahawang bukanlah peranan utama, namun jejaka berusia 29 tahun ini mengaku amat puas dengan pembabitannya dalam filem berkenaan. Lebih-lebih lagi, wataknya memerlukan dia melakukan banyak adegan lasak serta aksi, yang sebenarnya menjadi kecintaan Jehan sejak dulu lagi.

Embi ialah watak wira Melayu yang terpaksa dihadapi Merong (lakonan Stephen Rahman-Hughes) dalam membuktikan dia mampu mengetuai pasukan perwira bagi menyelamatkan si puteri Cina yang diculik kumpulan lanun. “Karakter saya banyak berasaskan aksi. Justeru dalam filem terbabit, saya hanya mempunyai satu baris dialog yang penuh. Tetapi, ia pengalaman yang cukup bererti kerana saya terbabit dalam sebuah produksi besar, untuk filem epik.

“Sebagai Embi, saya mempunyai satu babak perlawanan utama bersama Merong dan dia juga terbabit dalam pertempuran terakhir. Secara keseluruhan, penggambaran membabitkan diri saya hanyalah 12 hari. Sebelum itu, saya berlatih seni pertahanan diri selama dua minggu bersama pasukan aksi Jackie Chan. “Bayangkan, saya terbang ke Terengganu sebanyak 12 kali untuk menjayakan watak itu. Pada satu ketika, mereka menerbangkan saya ke sana semata-mata untuk menyiapkan satu babak saja,” katanya sambil memberitahu, antara adegan paling sukar apabila dia dikehendaki berdiri di atas sampan yang ketika itu ditolak ombak kuat.

Kata Jehan, selain lebam di badan, dia juga pernah terjatuh ke dalam air sewaktu menjayakan babak yang memerlukannya berdiri di atas bot kecil terbabit. Dalam filem arahan Yusry Abdul Halim itu, selain Stephen dan Jehan, turut membintanginya ialah Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Hendrik Norman, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Craig Fong dan ramai lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: