Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Adam: Saya Tak Kisah Kena ‘Reject’

with 3 comments

by Miss Ayu | 6 Oct 2009
gua.com.my

Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita daripada Mohd Aizam Bin Mat Saman atau nama popularnya Adam AF2. Kalau tidak silap, kali terakhir berita yang sampai ke telinga GUA, jejaka yang berasal dari Kota Kinabalu dikatakan berjauh hati setelah dia diketepikan daripada drama bersiri ‘Bionik’ yang sedang disiarkan di TV3 sekarang ini.

Image Hosted by ImageShack.us

Menurut sumber, watak hero drama ini, Nik sepatutnya diberikan kepada Adam, tetapi akhirnya Kamal Adli yang terpilih. Hendak tahu sama ada betul atau tidak cerita ini? Jom kita tanyakan kepada Adam sendiri.

“Saya tidak nafikan memang pada asalnya pihak pengurusan (KRU Studios) mahu saya yang memegang watak Nik. Tetapi setelah saya pergi ‘casting’ di TV3, mereka tidak mahu saya berlakon kerana mereka takut saya tidak boleh ‘deliver’ watak itu. Saya terima alasan itu dan sama sekali tidak berjauh hati.

“Mungkin itu bukan rezeki saya. Memanglah agak kecewa kerana tidak dapat membawakan watak superhero, tetapi setiap yang terjadi itu ada hikmahnya,” ujar Adam yang ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) baru-baru ini. Ditanya apakah hikmah disebalik kejadian itu, Adam memberitahu selepas tidak berjaya memegang watak Nik, dia telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pdoduksi lain dengan menerbitkan telemovie berjudul ‘Wira Malam’ yang disiarkan di saluran Astro Ria pada 19 Jun lalu.

“Kalau saya sibuk berlakon dalam drama ‘Bionik’, pasti saya tidak berkesempatan muncul dengan telemovie ini. Saya memang sudah lama teringin melakonkan watak superhero yang dicipta oleh saya sendiri. Lebih istimewa, saya diberi kepercayaan untuk mengarahkan telemovie ini,” tambah Adam lagi. Walaupun Adam menerima ‘penolakan’ dirinya sebagai satu perkara positif, tetapi dalam masa yang sama insiden tidak diterima sebagai pelakon utama itu seolah-olah memberi tanda yang dia bukanlah seorang pelakon yang baik.

Mengulas tentang pendapat tersebut, Adam memberitahu yang dia tidak merasakan bakat lakonannya diperlekehkan oleh pihak TV3, tetapi dia percaya TV3 ada alasan yang lebih baik. Bagi Adam, mungkin TV3 inginkan bakat baru untuk dipertontonkan kepada penonton setia mereka. Dalam perkembangan lain, penyanyi, komposer, pelakon dan pengarah muda ini rupa-rupanya sedang sibuk dengan pelbagai projek bagi memastikan bisnesnya berkembang maju.

Pertama, telemovie ‘Wira Malam’ akan difilemkan tidak lama lagi. Sekarang ini, Adam sedang sibuk membuat persiapan. Jika semuanya berjalan lancar, filem ini akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan. Kedua, Adam juga sibuk menguruskan kerjaya artis naungan syarikatnya, Aico Entertainment Zone iaitu Bad Boys. Kumpulan ini baru sahaja melancarkan tiga single terbaru mereka. Salah satu daripadanya “Sayang Ku Janji” telah pun mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan.

Selain itu, Adam juga akan muncul dengan single terbaru berduet dengan Stacy AF. Single berjudul “Menggegar Dunia” ini merupakan hasil gubahan Edry Kru. Menyentuh tentang perihal peribadinya, Adam yang pernah digosipkan dengan rakan seperjuangannya, Farah AF ini mengakui yang dirinya sekarang ini masih lagi sendiri.

“Buat masa ini saya masih tidak mempunyai sesiapa. Bukan tidak mahu bercinta, tetapi kesibukkan saya membuatkan saya tidak berkesempatan memikirkan perkara-perkara lain. Kalau sudah ada nanti, saya akan beritahu.”

Tak tau pula Adam mencuba untuk watak Nik. Tapi takpe rezeki banyak tempat lain.

Written by Langit Biru

Oktober 6, 2009 pada 11:37 pm

3 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. ehem

    Nor Shuhada

    Oktober 27, 2009 at 2:30 pm

  2. adam, saya akan sentiasa berada di belakang awak so jagn bimbang kalau kru buang abang…yang pasti ramai lagi yang nak ambik abang tau

    are-da

    Oktober 27, 2009 at 2:32 pm

  3. takpela adam bkn rezeki, yana ttp sokong adam

    cicie

    November 9, 2009 at 3:02 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: