Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu pertama Oktober 2009

with one comment

Selamat bulan Oktober. Begitu cepat masa berlalu dan kini dah bulan sepuluh. Adalah juara baru dan lagi dalam carta kali ini.

Minggu lepas ialah, sambutan Hari Chuseok untuk orang Korea. Lebih kurang macam Hari Kesyukuran di US. Perayaan berlangsung selama tiga hari bermula hari Jumaat hingga Ahad. Memang banyak lah rancangan menarik sempena hari tersebut. Memang tengok kat Youtube jer lah.

Image Hosted by ImageShack.us
Minggu ini Kim Tae Woo menjadi juara untuk kali pertama. Walaupun terdapat saingan hebat dengan  penyanyi yang lain. Kim Tae Woo mempunyai vokal yang bagus sekali dan terkenal kerana dia merupakan penyanyi yang paling tiggi sekali dengan ketinggian 190cm. Gembiranya saya. Semua persembahan dia telah saya lihat dan kini saya sedang menunggu album ini untuk sampai ke tangan saya. Lagu baru kali ini rancak tapi kalau membaca terjemahan lirik nya agak sedih juga. Dia juga telah muncul dalam semua rancangan hiburan dan memang tak sempat lah nak tengok semua di Youtube.


Carta K-Pop 10 untuk minggu pertama Oktober 2009.

1. Kim Tae Woo – 사랑비 (Love Rain)
Genre
: Pop
Muzik: Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Tae Woo
Album: Trek 3 – Album mini “T-Virus”
Lihat: Persembahan
Komen: Kim Tae Woo menjadi juara pada minggu ini dengan lagu Love Rain. Ini merupakan yang pertama sejak dia menjadi penyanyi solo. Kim Tae Woo telah berjaya di puncak carta banyak kali semasa dengan god. Sejak kembali dari menjalani khidmat negara, Kim Tae Woo telah mengeluarkan single digital “Memory and Remembrance”. Akhirnya dia mengeluarkan album mini terbaru iaitu “T-Virus”. Judul lagu “Love Rain” telah berjaya melonjak ke tangga ketiga pada minggu ini. Tidak seperti lagu dia sebelum ini, lagu “Love Rain” lebih rancak. Dihasilkan bersama oleh Kim Tae Woo dan Lee Hyun Seung, mereka mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan lagu ini. Lagu ini yang dapat menusuk kalbu dan telinga dengan kombinasi melodi yang rancak, vokal yang harmoni dan susunan lagu yang bagus.

2. 4minute – MUZIK
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Shin Sa Dong Tiger, Lee Sang Ho
Album: Trek 2 – Album Mini “For Muzik”
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan baru 4minute cuba untuk meraih kedudukan pertama buat pertama kali dengan lagu ini. Minggu ini lagu “MUZIK” melonjak empat anak tangga ke tempat kedua. Pencapaian lagu ini sudah melepasi tempat ketiga lagu Hot Issue mereka sebelum ini. Tajuk lagu “MUZIK” ialah trek yang berentak ‘euro beat street sound’. Genre yang baru dan telah menjadi popular kebelakangan ini.

3. G-Dragon – Heartbreaker
Genre
: R&B / Hip-hop
Album: Trek 2 – Vol. 1 Heartbreaker
Lihat: Persembahan
Komen: Ini ialah lagu dari album pertama G-Dragon. Memfokuskan kepada bunyi elektronik dan menampilkang gaya rap yang bertenaga dan pantas di awal lagu, untuk menunjukkan kesakitan yang dialami selepas perpisahan. Dalam video muzik pula, G-Dragon muncul dengan rambut perang muda dan mekap muka yang pucat, membawakan watak lelaki yang emosi selepas berpisah.

4. Lee Seung Chul – 사랑 참 어렵다 (Love Is So Difficult)
Genre
: Pop Ballad
Album: Trek 1 – Vol. 10 (CD + DVD) (Album Pek Semula)
Lihat: Video Muzik
Komen: Selepas berjaya menduduki 10 tangga teratas dengan “My Nails Came Off”, Lee Seung Chul baru sahaja mengeluarkan album pek semula untuk album kesepuluh. Versi ini mengandungi DVD bonus dan sebuah lagi baru berjudul “Love Is So Difficult”, yang kini berada di tangga keempat untuk minggu ini. Lagu balada rock ini membuatkan para pendengar mendengar suaranya yang lembut tetapi dalam itu. Video muzik untuk lagu ini dibintangi oleh Kim Jung Eun dan Yoon Sang Hyun. Lagu ini telah menjadi pilihan ramai untuk diputarkan di radio Korea.

5. f(x) – 라차타 (La Cha Ta)
Genre
: Pop / Dance
Album: La Cha Ta Digital Single
Lihat: Persembahan
Komen: Penguasaan kumpulan perempuan baru terus unggul. Yang terbaru ialah dari syarikat hiburan gergasi SM Entertainment. Mereka ialah kumpulan perempuan baru iaitu f(x) dengan lagu “La Cha Ta” berada di tempat kesembilan pada minggu ini. Kumpulan ini terdiri daripada ahli dari Korea iaitu Suli, Luna dan Crystal serta dari China iaitu Amber dan Victoria menjadikan mereka lima orang ahli dalam kumpulan dance pop Asia ini. Nama kumpulan diambil dari fungsi matematik dimana x (kebolehan dan tarikan setiap ahli), menghasilkan perubahan pada kumpulan. f juga mewakili bunga sementara x mewakili kromosom xx perempuan. “La Cha Ta” dihasilkan oleh Kenzie. Ia mempunyai gaya hip hop dengan sentuhan elektronika. Mesej lagu ini ialah untuk menikmati kehidupan.

6. Park Hyo Shin – 사랑한 후에 (After Love)
Genre
: Pop Ballad
Muzik: Kim Do Hoon, Hwang Se Jun / Lirik: Kang Eun Kyung, Choi Kap Won
Album: Trek 2 – Vol. 6 – Gift : Part 1
Lihat: Persembahan
Komen: Park Hyo Shin kembali dengan album keenam selepas dua tahun setengah. Sejak muncul pertama kali apda 1999 sehingga lah album kelima dan album remake, Park Hyo Shin telah menunjukkan suara dia yang merdu. Kini telah sepuluh tahun sejak dia berada di bidang seni dan pada tarikh yang istimewa ini, dia mengeluarkan hadiah istimewa buat peminat. Album ini merupakan bahagian pertama dari dua bahagian daripada album keenam yang mengandungi enam lagu dan dua instrumentals. Tajuk lagu ini ialah “After Love” lagu balada yang diiringi dengan muzik piano yang indah dan melodi orkestra. Minggu ini lagu ini berada di tangga ke-enam. Ini merupakan persembahan pertama untuk lagu ini.

7. Jewelry – Vari2ty
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Park Keun Tae / Lirik: Jung Bong Ki
Album: Trek 3 – Vol. 6 Sophisticated
Lihat: Persembahan
Komen: Dengan ahli kumpulan yang baru iaitu Kim Eun Jung dan Ha Joo Won, kumpulan Jewelry telah mendapat pencapaian yang baru dengan lagu hit “One More Time”. Mereka berempat kini kembali dengan album keenam berjudul “Sophisticated”. Melalui album ini, mereka menunjukkan imej seksi dan comel mereka. Tajuk lagu “Vari2ty” ialah trek tarian dan berada di tangga keenam minggu ini.

8. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini dari album ketiga Brown Eyed Girls berjudul Sound G. “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai. Kali ini mereka membuat remix dalam persembahan ini.

9. Kara – 미스터 (Mister)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Han Jae Ho, Kim Seung Soo / Lirik: Song Soo Yoon
Album: Trek 1 – Vol. 2 – Revolution
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu kedua Kara iaitu “Mister” telah memasuki carta 10 pada minggu ini. Kara telah mengesahkan tempat antara salah satu kumpulan yang popular tahun ini dan lagu ini merupakan lagu keempat mereka dalam carta 10 untuk 2009. “Mister” ialah trek tarian Euro-pop yang mempunyai bunyi elektronik bertenaga.

10. Lee Hyun (feat. Lim Jung Hee) – 30분전 (30 Minutes Ago)
Genre
: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Bang Shi Hyuk
Album: Trek 1 – Album Mini “30 Minutes Ago”
Lihat: Persembahan
Komen: Baek Chan dan Joo Hee dari kumpulan 8Eight telah mengeluarkan single solo dan turut ditampilkan dalam beberapa lagu penyanyi yang lain. Kini giliran Lee Hyun pula untuk solo pula. Suara dia yang serak-serak basah amat sesuai untuk lagu balada yang emosi di mana ditulis oleh Hitman Bang Shi Hyuk, yang turut menulis semua lagu popular kumpulan 8Eight. Selepas lagu “Like Being Hit By A Bullet” nyanyian Baek Ji Young dan “Without A Heart” oleh 8eight, ini merupakan lagu kedua dalam siri trilogi Bang Shi Hyuk berkisar mengenai pasangan kekasih yang berpisah.Terdapat dua versi untuk lagu ini, versi yang sedang dipromosikan menampilkan vokal oleh Lim Jung Hee. Lagu ini berada di tempat ke sepuluh dan merupakan lagu solo pertama Lee Hyun berada dalam kedudukan 10 lagu terbaik.

Written by Langit Biru

Oktober 6, 2009 pada 9:01 am

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. anyeong..urm..da lme xtgk music bank..dpt gak thu carta tok bln niyh…komao..lgu kim tae woo love rain 2 mmg bezt tp lgi ske heartbreaker g-dragon..hehe..pape pown..trimas bbyk

    fq

    Oktober 17, 2009 at 9:20 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: