Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Tae Woo dalam M.Net Scandal

leave a comment »

Hancur hatiku jadi keping-keping setelah kau pergi….

Selepas Danny Ahn dalam rancangan realiti ini, kini mimpi ngeri saya pula kembali. Kim Tae Woo telah menyertai rancangan ini.

Image Hosted by ImageShack.us

Dalam satu temuramah di radio, Kim Tae Woo telah ditanya jika ada sesuatu yang berlaku kerana dia kini lebih bergaya dan nampak cool. Dia menjawab, “Saya sekarang mempunyai teman wanita. Dia seorang yang hebat. Kami telah mempunyai baju pasangan dan cincin dan juga turut muncul dalam M.Net Scandal

Lagi, “Dia mendengar rancangan ini sewaktu rehat tengahari. Oleh itu saya akan menyanyikan lagu untuk dia.” Kemudian, dia menyebut nama teman wanita dan menyanyikan lagu Kim Dong Ryul yang bertajuk “Like A Baby”.

Dalam rancangan dua episod ini boleh dilihat yang mereka keluar bersama di banyak tempat. Mengambil gambar di atas dan juga impian Kim Tae Woo untuk duduk bersama di belakang bas tercapai juga. Ini sukar dilakukan kerana dia merupakan seorang penyanyi terkenal semenjak 10 tahun yang lalu.

Lihatlah klip ini di mana Kim Tae Woo bertemu teman wanitanya setelah lewat malam.

Walaupun episod ini tiada sari kata, tetapi terdapat satu kli di mana Kim Tae Woo menghubungi Taek Yeon dari 2PM dan peminat membuat sari kata untuk klip itu. Berlagak betul TaeWoo. Tapi comelnya. Hah.

Memang lah kecewa tapi nak buat macam mana kan. Mereka memang nampak padan. Mana taknya, ingat senang nak cari teman wanita yang sesuai dengan ketinggian Kim Tae Woo. Harap-harap biarlah hubungan ini akan berkekalan.

Written by Langit Biru

Oktober 6, 2009 pada 3:06 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: