Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Shin Hyun Joon menyerang pengurus

leave a comment »

Bila saya membaca berita ini memang terkejut. Tak sangka jika perkara ini betul-betul berlaku. Tapi ye-lah mungkin ada sesuatu yang berlaku membuatkan perkara ini terjadi.

Pada 24 September 2009 yang lepas, pelakon yang berkarisma iaitu Shin Hyun Joon telah dikaitkan dengan kejadian serangan.

Image Hosted by ImageShack.us

Menurut sumber dari balai polis Kangnam, En. Jang, iaitu pengurus kepada Shin Hyun Joon telah pergi ke balai polis dan menuduh Shin Hyun telah menyerang dia. Pihak polis telah membuat siasatan terhadap perkara ini.

Wakil polis berkata yang pengurus Shin Hyun Joon telah bekerja selama lima tahun dengan dia, berkata yang dia telah terlibat dalam pertengkaran dengan Shin Hyun Joon di sebuah pub pada awal September. Kemudian pertengkaran menjadi bertambah buruk, dan dia mendakwa telah diserang oleh Shin Hyun Joon dan mendapati beberapa kecederaan akibat kejadian tersebut.

Dengan ini, pihak polis tidak akan mengenakan sebarang pertuduhan lagi kerana mereka hanya mendengar cerita dari pihak En. Jang sahaja. Mereka akan meminta Shin Hyun Joon untuk datang ke balai polis dengan segera untuk soal siasat mengenai penglibatan dia mengenai kes serangan yang dilaporkan oleh pengurus dia terhadap Shin Hyun Joon.

Adakah ini kes yang melibatkan arak lagi?

Written by Langit Biru

Oktober 7, 2009 pada 3:09 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: