Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Pasaran muzik perlu berubah

leave a comment »

Oleh Zaidi Mohamad
Berita Harian Online (08 Oktober 2009)

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, industri muzik negara ini mengalami penguncupan yang amat ketara. Dalam erti kata lain, industri muzik tanah air semakin tenat. Pelbagai masalah seperti isu kemajuan teknologi sejagat yang semakin canggih, cetak rompak antara yang terus memudarkan seri persada muzik tempatan.

Image Hosted by ImageShack.us

Norman beramah mesra dengan Marsha, Noryn Aziz dan Aizat yang hadir ke sambutan rumah terbuka RIM.

Aliran pasaran muzik digital yang hadir seiring dengan perkembangan semasa juga antara punca yang menyebabkan pasaran album fizikal jatuh sehingga 50 peratus. Sampai bila hayat album fizikal akan bertahan masih belum mampu dijawab.

Hal ini diakui oleh Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Hubungan Awam RIM, 2009 berkata, sejak kebelakangan ini memang industri muzik tanah air menunjukkan peningkatan daripada segi saiz pasaran. Katanya lagi, walaupun tidak banyak peningkatan, ia lebih baik berbanding penanda aras tahun lalu.

“Tapi daripada kita terus merungut mengenai masalah yang mungkin tidak akan selesai, RIM sebaliknya berusaha mencari alternatif lain untuk terus memajukan dunia muzik tempatan. Lumrah dalam setiap perkara, pasti ada fasa turun naik.

“Lalu, ada signifikan kita mengadakan majlis ini kerana selain meraikan Syawal yang tiba, kita juga meraikan kejayaan syarikat rakaman dan artis dalam penjualan muzik yang tinggi terutamanya melalui pengedaran digital. Ada sinar untuk kita terus melihat industri muzik kita terus berkembang.

“Ia satu perkembangan positif kerana perkembangan ini membuka dimensi kerjasama dan peluang baru yang boleh direbut. Ia sebagai landasan terbaik untuk mengukuhkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dalam memasarkan album digital,” katanya dalam majlis Rumah Terbuka RIM 2009 di Menara Kuala Lumpur minggu lalu.

Antara tetamu kehormat Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Mohd Daud, pemimpin persatuan muzik, komposer, aktivis muzik dan penyanyi.

Norman berkata, sebagai contoh, RIM memulakan kerjasama dengan Maxis pada tahun 2007 dan ia membuka lembaran seterusnya untuk terus memadatkan paduan dengan Digi dan Celcom.

Terbaru RIM juga menyahut peluang yang dibuka iTunes untuk menyiarkan lagu tempatan ke pasaran yang lebih luas.

“iTunes membuka ruang untuk syarikat rakaman menyiarkan lagu tempatan terutamanya kepada penggemar muzik di luar negara. Tumpuannya lebih kepada orang luar yang meminati muzik kita. Ia seperti membawa lagu tempatan ke luar negara.

“Cuma masalah di sini ialah untuk orang tempatan sendiri yang berminat membeli lagu di situ kerana kita berdepan masalah perbezaan transaksi proses jual beli itu dijalankan. Siapa tahu mungkin masalah ini dapat diselesaikan pada masa akan datang,” katanya sambil memberitahu masalah cetak rompak secara online juga sudah mula berleluasa.

RIM turut menyemak semula sistem pengesahan jualan muzik yang sedia ada dan membuat perubahan termasuk memperkenalkan dua kategori baru bermula 1 Julai lalu, dengan penetapan skala tertentu iaitu Jualan Muzik Digital dan Jualan Bergabung Muzik Digital dan Fizikal.

“Jika dulu album fizikal mampu mencapai tahap 10 kali platinum, namun sekarang ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Pembeli dan peminat muzik tempatan gemar melanggan secara digital seperti memuat turun nada dering pemanggil.

“Penyanyi Aizat antara yang penjualan muat turun lagu popularnya melebihi 1 juta. Ia satu pencapaian yang membanggakan sekali gus memberi penanda bahawa pasaran digital mula meraih minat ramai pihak termasuklah syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.

INFO: Sistem Pengesahan Jualan Muzik

* Jualan Muzik Digital (Baru)
o Anugerah Emas dengan penetapan pada skala 75,000 muat turun
o Anugerah Platinum: 150,000 muat turun

* Jualan Bergabung Muzik Digital dan Fizikal (Baru)
o Anugerah Emas: 15,000 unit
o Anugerah Platinum: 30,000 unit

* Jualan Muzik Fizikal (Sedia Ada)
o Anugerah Emas: Diubah dari 10,000 unit kepada 7,500 unit
o Anugerah Platinum: Diubah dari 20,000 unit kepada 15,000 unit

* Untuk kategori jualan bergabung di atas, setiap 10 lagu yang dimuat turun secara digital akan dikira sebagai satu unit atau album di mana muat turun digital merujuk kepada jualan lagu melalui internet dan rangkaian telekomunikasi dalam bentuk lagu penuh, nada dering dan sebagainya.

Written by Langit Biru

Oktober 9, 2009 pada 12:03 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: