Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Wheesung akan bersama Ne-Yo untuk US debut

leave a comment »

Macam tak percaya, bila dapat tahu yang Wheesung akan keluarkan album English di Amerika Syarikat dan kini dia akan bekerjasama dengan Ne-Yo pula. Wheesung telah menandatangani kontrak bersama Universal Music dan Rodney Jerkins (Dark Child) untuk album Wheesung.

Image Hosted by ImageShack.us

Terbaru, penyanyi R&B Ne-Yo akan mengubah lagu untuk album tersebut. Wheesung dan Ne-Yo bergabung. Memang sesuatu yang hebat akan berlaku. Saya baru menyedari yang mereka mempunyai beberapa persamaan seperti dari muzik, tarian dan nyanyian. Ne-Yo juga akan membuat penampilan di dalam salah satu lagu Wheesung.

Lagu yang masih tidak bertajuk ini menarik perhatian seluruh dunia kerana ia sepatutnya untuk album terbaru Michael Jackson. Eih.. biar betul. Ini memang betul-betul besar ni. Michael Jackson juga sumber inspirasi Wheesung.


Wakil dari Pop Up Entertainment iaitu agensi Wheesung berkata, “Staf Rodney Jerkins yang mencadangkan Wheesung kepada Ne-Yo dan Akon. Kedua-dua artis ini menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Wheesung untuk album baru.”

“Akon dan Ne-Yo telah menawarkan untuk berkolaborasi dengan Wheesung. Kami rasa bimbang mengenai siapa yang akan dipilih. Setelah berbincang dengan lebih lanjut dengan Wheesung, kami mengambil keputusan untuk menerima tawaran Ne-Yo. Saya amat berbangga dengan Wheesung,” menurut Kim Hyun Suk, iaitu orang yang bertanggungjawan memperkenalkan Wheesung kepada Jerkins.

Image Hosted by ImageShack.us

Wheesung juga melahirkan rasa gembiranya berkata, “Saya amat teruja dan gementar memikirkan akan bekerja dengan produser yang terbaik di dunia dan juga bintang besar seperti Ne-Yo. Ini merupakan satu penghormatan untuk menyanyikan lagu yang sepatutnya berada di dalam album Michael Jackson. Saya akan melakukan yang terbaik.”

Ini membuatkan saya teringat yang beberapa bulan yang lepas terdapat video Wheesung sedang merakamkan lagu Inggeris di Youtube tapi telah dikeluarkan.

Written by Langit Biru

Oktober 10, 2009 pada 9:04 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: