Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Danny Ahn dalam KBS Go Dream Team

leave a comment »

Danny Ahn telah menyertai rancangan hiburan KBS ‘Let’s Go Dream Team’. Bukan dia seorang tetapi terdapat beberapa lagi artis telah mengesahkan tempat untuk menyertai program ini. Seperti pengacara Music Bank yang comel tu, Song Joong Ki dan peserta dari musim pertama iaitu Danny Ahn, Shin Jung Hwan dan Jo Sung Mo.

Image Hosted by ImageShack.us

Rancangan ini mula disiarkan pada 1999 dan popular sehingga 2003, kini kembali dengan musim kedua setelah 10 tahun. Ini hasil cadangan penyanyi Jo Sung Mo yang ingin membuat semula rancangan ini. Ramai selebriti yang pernah terlibat dalam program ini seperti Rain, Kwon Sang Woo dan So Ji Sub sebelum ini.

Image Hosted by ImageShack.us

Antara mereka yang terlibat untuk musim ini. Dari kiri ialah pengacara untuk program ini Lee Chang Myung. Kedua ialah penyanyi Jo Sung Mo, pelawak Shin Jung Hwan dan Danny Ahn.

Saya pernah melihat rancangan ini di Youtube sebab ada kumpulan god. Memang kelakar dan permainan memang agak mencabar. Format rancangan ini ialah permainan sukan dan aktiviti surivival. Para artis akan menentang kumpulan lain.

Video pengenalan untuk rancangan ini.

Rancangan ini telah disiarkan di KBS World. Saya sempat juga menonton.

Written by Langit Biru

Oktober 11, 2009 pada 9:04 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: