Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Strategi Hujan

leave a comment »

Oleh Norhadiani Baharom
(myMetro, 12-10-2009)

Namun, entah mengapa tindakan mereka itu seakan-akan memakan diri sendiri apabila Hujan dikatakan tidak lagi dihormati pengikut ‘underground’ yang masih terikat dengan pemikiran skeptikal dan menganggap muzik underground hanya berhak dinikmati golongan tertentu saja.

Image Hosted by ImageShack.us

Pembabitan band indie dalam arena arus perdana disalah tafsir dan dianggap melanggar prinsip kerana mengejar glamor walhal jarang yang melihatnya sebagai satu usaha mengembangkan muzik serta kemampuan luar biasa golongan kreatif ini.

Bagi peminat yang berpatah arang mahupun menentang Hujan, vokalis kumpulan ini Mohamad Noh Salleh atau Noh, 24, berkata, itu bukan lagi sesuatu yang perlu difikirkan kerana mereka ada misi lebih penting yang perlu difikirkan.

“Itu hak mereka. Apa yang boleh saya katakan, mereka tidak melalui apa yang kami lalui dalam mengharungi kehidupan sebagai anak seni. Lagipun, yang berkata begitu bukan pemuzik. Sekarang ini Hujan akan menerima teguran yang positif saja demi kemajuan karier muzik kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album kedua, Mencari Konklusi, baru-baru ini. Akui Noh, meskipun mengembangkan karier di arena arus perdana yang memungkinkan mereka berhadapan pelbagai kontroversi bertentangan prinsip penggiat bebas, Hujan sedikit pun tidak berubah.

Mereka masih menghormati peminat seperti sahabat sebagaimana dulu. Malah, terus menghasilkan lagu dan menerbitkan karya mereka sendiri. “Kami tidak pernah menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman kerana tidak mahu ada campur tangan dalam soal pembikinan muzik kami.

“Disebabkan itu, kami hanya bekerjasama untuk edaran album saja seperti usaha sama yang dijalinkan dengan syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) sebelum ini dan sekarang Metadome membantu kami dalam penjualan digital. Kami juga membantu dan menanggung kos promosi album,” katanya. Pada majlis pelancaran Mencari Konklusi di Hard Rock Cafe, Hujan turut memperdengarkan lagu baru mereka seperti Sangkar Besi Hatiku, Romantik dan Mencari Konklusi. Album terbaru ini kedengaran sedikit asing dan berbeza daripada apa yang pernah ditampilkan sebelum ini.

Selepas memikat perhatian dengan lagu balada yang kuat dengan unsur alternatif rock seperti Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada, perubahan yang dilakukan dalam album kedua ini lebih agresif. Pendek kata, Hujan semakin mengganas. Kata Noh, album pertama dulu dikira lebih versatil kerana terdapat pelbagai genre muzik walaupun lagu balada lebih menyerlah.

“Cara kami menerbitkan album itu juga berbeza apabila mengumpul semua EP lagu lama kemudian memuatkannya dalam satu album. Namun, untuk pembikinan album kedua ini, semua lagu adalah baru dan tidak pernah diedarkan di mana-mana. “Penampilan muzik kami juga lebih agresif dan inspirasi kami peroleh sewaktu membuat persembahan di United Kingdom tidak lama dulu. Tidaklah meniru, tetapi sekadar mahu mencuba sekali gus mengikuti trend muzik global.

“Mengelak peminat berasa bosan, Hujan sendiri memutuskan untuk tampil lebih gagah, garang dan energetik di pentas setiap kali membuat persembahan. “Apa yang boleh saya katakan untuk pembikinan album ini kami lebih fokus dan menemui konsep sesuai yang akan menjadi panduan kepada karya kami seterusnya,” katanya.

Mengenai risiko yang harus dilalui apabila memilih untuk tampil dengan perbezaan besar, Noh menegaskan, inilah masanya untuk menilai siapakah peminat setia mereka. “Saya buat lagu ikut kemahuan diri atau syok sendiri kata orang (ketawa). Bagi saya tiada masalah pada perubahan yang dilakukan selagi masih mengekalkan identiti Hujan.

“Melaluinya kita dapat menilai apakah peminat kita itu sebenarnya peminat yang setia? Kami percaya andai mereka pengikut tegar Hujan, kami akan terus mendapat sokongan daripada mereka tidak kira apa pun perubahan dibawa,” Mencari Konklusi mula berada di pasaran sejak 18 Ogos lalu dan ia terbitan Noh Phrofile. Untuk album ini, Hujan bekerjasama dengan Metadome yang akan membuat promosi dan memasarkan album itu secara digital.

Menampilkan tujuh lagu, selain Mencari Konklusi, ia turut memuatkan 2ndairwave, Obsesi, Kau Harus Ada, Benci Romantik dan Sangkar Besi Hatiku. Mengapa hanya tujuh lagu dimuatkan tidak seperti album pertama 10 lagu? Noh berkata, memandangkan keadaan penjualan album secara fizikal kurang memberangsangkan, tujuh adalah angka paling ideal.

“Untuk apa kami bazirkan lagu dengan memuatkan 10 lagu sedangkan sudah tahu realiti industri muzik. “Lebih baik lagu kami simpan dan gunakan untuk pembikinan album seterusnya kerana proses menyiapkan satu lagu termasuk mastering dan mixing menggunakan modal yang besar,” katanya.

Terbaru mengenai kumpulan ini, Hujan dipilih sebagai ‘Artiste Of The Month’ oleh Maxis bagi Oktober sekali gus menjadi muka depan ‘webpage’ dan ‘wap page’ Maxis. Hujan yang dianggotai AG selaku pemain gitar utama, Am@Acer (dram), Dimas (keyboard) dan anggota baru, Izzat (gitar), akan mengadakan siri jelajah di seluruh Malaysia bermula di Singapura pada 7 Oktober lalu, diikuti Universiti Malaysia Perlis, Kangar (16 Oktober); Carnivall Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani (17 Oktober) dan Hard Rock Hotel, Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Seterusnya ke Taiping dan Ipoh pada 23 dan 24 Oktober diikuti Kuala Terengganu (31 Oktober), Kuantan (1 November) dan Melaka (8 November). Hujan juga merancang mengadakan siri jelajah di Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu dan Tawau termasuk Indonesia tidak lama lagi. Ditanya apakah mereka yakin persembahan jelajah ini akan mendapat sambutan tambahan pula kebelakangan ini tersebar berita kononnya peminat memulaukan peminat.

“Tidak kisahlah walaupun cuma tiga orang yang menonton, kami tetap akan meneruskan persembahan kerana siapa tahu mereka inilah yang menyumbang pada kejayaan karier muzik kami. “Kami amat menghargai sokongan ‘Raingers’ (peminat) dan mahu memanfaatkan peluang itu untuk bertemu dan menghiburkan mereka.

“Contohnya, persembahan di Singapura yang kami jayakan baru-baru ini. Terus-terang kami ke sana hanya untuk memperkenalkan nama Hujan dan tidak pernah fikir berapa jumlah penonton yang datang menyaksikan persembahan kami. “Namun, kami terkejut kerana sambutan diberikan di luar jangkaan. Ini memberi keyakinan siri persembahan jelajah ini mampu memperkenal dan mendekatkan sebuah band itu dengan peminat mereka,” katanya.

Tarikh untuk KL telah ada. Nak pergi!…

Written by Langit Biru

Oktober 12, 2009 pada 6:04 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: