Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu kedua Oktober 2009

leave a comment »

Minggu ini ramai penyanyi lelaki berada di dalam carta. Mereka merupakan penyanyi balada dan ada yang telah lama dalam bidang hiburan. Mereka sememangnya layak berada di carta kerana mempunyai vokal yang bagus dan berbakat besar.

Kali ini, saya berkongsikan video muzik yang telah mempunyai sari kata. Ini semua dilakukan oleh peminat yang ingin berkongsi dengan mereka yang tidak tahu bahasa Korea. Lirik lagu telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan diletakkan sekali dalam video muzik.


Penyanyi ini bernama Park Hyo Shin dan mempunyai suara yang merdu. Dia telah menyanyikan lagu Snow Flower dari drama I’m Sorry, I Love You yang popular. Dia kembali dengan album terbaru dan telah meraih ramai peminat. Album ini juga untuk meraikan 10 tahun Park Hyo Shin dalam arena seni.

Carta K-Pop untuk minggu kedua Oktober 2009

1. Kim Tae Woo – 사랑비 (Love Rain)
Genre
: Pop
Muzik: Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Tae Woo
Album: Trek 3 – Album mini “T-Virus”
Lihat: Video Muzik
Komen: Kim Tae Woo masih lagi juara pada minggu ini dengan lagu Love Rain. Sejak kembali dari menjalani khidmat negara, Kim Tae Woo telah mengeluarkan single digital “Memory and Remembrance”. Akhirnya dia mengeluarkan album mini terbaru iaitu “T-Virus”. Judul lagu “Love Rain” telah berjaya melonjak ke tangga ketiga pada minggu ini. Tidak seperti lagu dia sebelum ini, lagu “Love Rain” lebih rancak. Dihasilkan bersama oleh Kim Tae Woo dan Lee Hyun Seung, mereka mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan lagu ini. Lagu ini yang dapat menusuk kalbu dan telinga dengan kombinasi melodi yang rancak, vokal yang harmoni dan susunan lagu yang bagus.

2. Park Hyo Shin – 사랑한 후에 (After Love)
Genre
: Pop Ballad
Muzik: Kim Do Hoon, Hwang Se Jun / Lirik: Kang Eun Kyung, Choi Kap Won
Album: Trek 2 – Vol. 6 – Gift : Part 1
Lihat: Video Muzik
Komen: Mengekori rapat ialah lagu “After Love” oleh Park Hyo Shin. Park Hyo Shin kembali dengan album keenam selepas dua tahun setengah. Sejak muncul pertama kali pada 1999 sehinggalah album kelima dan album remake, Park Hyo Shin telah menunjukkan suara dia yang merdu. Kini telah sepuluh tahun sejak dia berada di bidang seni dan pada tarikh yang istimewa ini, dia mengeluarkan hadiah istimewa buat peminat. Album ini merupakan bahagian pertama dari dua bahagian daripada album keenam yang mengandungi enam lagu dan dua instrumentals. Tajuk lagu ini ialah “After Love” lagu balada yang diiringi dengan muzik piano yang indah dan melodi orkestra. Lagu ini telah menjuarai beberapa carta muzik dan merupakan pilihan utama untuk menjadi juara carta ini pada minggu hadapan. “After Love” mempunyai video muzik istimewa lakonan Park Shi Yeon, Park Yong Ha dan Park Hyo Shin sendiri dan difilemkan di Switzerland.

3. 4minute – MUZIK
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Shin Sa Dong Tiger, Lee Sang Ho
Album: Trek 2 – Album Mini “For Muzik”
Lihat: Video Muzik
Komen: Selepas menjuarai Mutizen pertama kali di SBS Inkigayo dan juara di M!Countdown, kumpulan perempuan baru 4minute telah jatuh satu anak tangga di tempat ketiga dalam carta minggu ini dengan lagu “MUZIK”. Trek yang berentak ‘euro beat street sound’. Genre yang baru dan telah menjadi popular kebelakangan ini.

4. Lee Seung Chul – 사랑 참 어렵다 (Love Is So Difficult)
Genre
: Pop Ballad
Album: Trek 1 – Vol. 10 (CD + DVD) (Album Pek Semula)
Lihat: Video Muzik
Komen: Selepas berjaya menduduki 10 tangga teratas dengan “My Nails Came Off”, Lee Seung Chul baru sahaja mengeluarkan album pek semula untuk album kesepuluh. Versi ini mengandungi DVD bonus dan sebuah lagi baru berjudul “Love Is So Difficult”, yang masih kekal di tangga keempat untuk minggu ini. Lagu balada rock ini membuatkan para pendengar mendengar suaranya yang lembut tetapi dalam itu. Video muzik untuk lagu ini dibintangi oleh Kim Jung Eun dan Yoon Sang Hyun. Lagu ini telah menjadi pilihan ramai untuk diputarkan di radio Korea.

5. Epik High – 따라해 (Wannabe)
Genre
: Hip-hop
Album: Trek 4 – Vol. 6 [e]
Lihat: Video Muzik
Komen: Epik High kembali dan mereka telah mengeluarkan album pertama mereka di bawah label sendiri yang mana mungkin akan mengubah industri muzik Korea. Trio ini kembali kepada hip hop dengan eksplorasi dan menggabungkan pelbagai genre termasuk elektronica, klasik, trance dan juga trot dalam album ini. Tajuk lagu “Wannabe” melonjak ke tangga kelima pada minggu ini.

6. T-Ara & Cho Shin Sung – TTL (Time To Love)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Kim Do Hoon / Lirik: Hwang Sung Jin, Rhymer, Joo Suk
Album: Trek 1 – Single digital TTL
Lihat: Video Muzik
Komen: Baru sahaja lagu “Lies” berada di carta, T-Ara kembali ke dalam carta 10 dengan lagu baru. Kali ini mereka berkerjasama dengan kumpulan lelaki Cho Shin Sung. Tidak banyak kolaborasi antara kumpulan lelaki dan perempuan dalam bilangan yang banyak sejak dulu. Lagu TTL ini dinyanyikan oleh ahli T-ara So Yeun, Eun Jung, Hyo Min, Ji Yeun dan ahli Cho Shin Sung iaitu Ji Hyuk, Kwang Soo, and Gun Il. Lagu ini ialah genre hip-hop house dan mempunyai bunyi eletronika sekali dengan melodi Korea. Bahagian 2 lagu ini juga telah dikeluarkan.

7. Lee Seung Ki – 우리 헤어지자 (Let’s Break Up)
Genre
: Balada Pop
Muzik: Kim Do Hoon, Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Do Hoon, Hwang Sung Jin
Album: Trek 3 – Vol. 4 Shadow
Lihat: Video Muzik
Komen: Selepas membintangi drama “Brilliant Legacy” yang mendapat rating tertinggi untuk tahun ini, Lee Seung Ki telah mengeluarkan single digital “Will You Marry Me” terlebih dahulu. Tajuk lagu ini telah memasuki carta di tangga ketujuh. Ia dihasilkan oleh komposer terkenal Kim Do Hoon dan Lee Hyun Seung. Lagu balada sedih ini menunjukkan kemahiran vokal Lee Seung Ki.

8. Lee Hyun (feat. Lim Jung Hee) – 30분전 (30 Minutes Ago)
Genre
: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Bang Shi Hyuk
Album: Trek 1 – Album Mini “30 Minutes Ago”
Lihat: Video Muzik
Komen: Baek Chan dan Joo Hee dari kumpulan 8Eight telah mengeluarkan single solo dan turut ditampilkan dalam beberapa lagu penyanyi yang lain. Kini giliran Lee Hyun pula untuk solo pula. Suara dia yang serak-serak basah amat sesuai untuk lagu balada yang emosi di mana ditulis oleh Hitman Bang Shi Hyuk, yang turut menulis semua lagu popular kumpulan 8Eight. Selepas lagu “Like Being Hit By A Bullet” nyanyian Baek Ji Young dan “Without A Heart” oleh 8eight, ini merupakan lagu kedua dalam siri trilogi Bang Shi Hyuk berkisar mengenai pasangan kekasih yang berpisah.Terdapat dua versi untuk lagu ini, versi yang sedang dipromosikan menampilkan vokal oleh Lim Jung Hee. Minggu ini lagu ini berada di kedudukan ke lapan.

9. Jewelry – Vari2ty
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Park Keun Tae / Lirik: Jung Bong Ki
Album: Trek 3 – Vol. 6 Sophisticated
Lihat: Video Muzik
Komen:
Ini ialah lagu dari album keenam Jewelry “Sophisticated.” Lagu ini mempunyai tarikan dan melodi yang sesuai. Liriknya mengenai tarikan perempuan yang sentiasa berubah dan ini dipersembahkan melalui suara ahli kumpulan yang unik. Video muzik pula menunjukkan tarikan daripada setiap ahli kumpulan.

10. f(x) – 라차타 (La Cha Ta)
Genre
: Pop / Dance
Album: La Cha Ta Digital Single
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan prempuan baru f(x) dari SM Entertainment telah membuat persembahan yang membanggakan. Lagu pertama “La Cha Ta” dihasilkan oleh Kenzie. Ia mempunyai gaya hip hop dengan sentuhan elektronika. Mesej lagu ini ialah untuk menikmati kehidupan.

Written by Langit Biru

Oktober 13, 2009 pada 9:02 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: