Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Pelakon antarabangsa kelas A dalam filem KRU

leave a comment »

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my (16 Oktober 2009)

Lantik Epic Pictures sebagai ejen jualan bagi tujuan pengedaran di luar negara.

Image Hosted by ImageShack.us

NORMAN mewakili KRU Studios menjalinkan kerjasama dengan Epic Pictures di Cannes, pada 5 Oktober lalu sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

SELARI dengan pembukaan kemudahan produksi dan pasca-produksi bertaraf dunia pada Januari tahun depan, KRU Studios bertindak melantik Epic Pictures sebagai ejen jualannya bagi tujuan pengedaran pada peringkat global bagi filem bertaraf antarabangsa terbitan mereka.

Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu baru-baru ini, KRU Studios mempunyai enam judul filem antarabangsa yang bakal diumumkan secara berperingkat-peringkat. Filem terbabit menelan belanja kira-kira AS$30 juta, bakal dihasilkan dalam masa tiga tahun akan datang dan dibintangi pelakon kelas A.

Berpangkalan di Hollywood, Epic Pictures ialah sebuah pertubuhan jualan bagi filem, televisyen dan video di seluruh dunia yang mengkhususkan diri dalam penerbitan serta pengedaran judul cereka unik dan inovatif daripada pembikin bebas.

Kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Global KRU Studios, Norman Abdul Halim, pelantikan Epic Pictures dilakukan berikutan kejayaan syarikat itu menutup pra-jualan filem mereka, Deadline (dibintangi Brittany Murphy dan Thora Birch) di kira-kira 30 negara sehingga kini termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Australia dan Jerman.

Justeru dia percaya Epic mampu menyediakan usaha terbaik bagi memaksimumkan peluang kepada filem antarabangsa KRU Studios yang akan diterbitkan nanti.

Bagi mencapai aspirasi antarabangsanya, KRU sudah pun mengadakan kerjasama penerbitan filem antarabangsa seperti Deadline dengan kerja penerbitannya dilakukan di AS, manakala kesan visualnya diusahakan di Kuala Lumpur di bawah pengawasan Yusry Abdul Halim sebagai Pengarah Kesan Visual.

Image Hosted by ImageShack.us

Pada ketika ini, KRU dalam proses menyiapkan filem epik berjudul Hikayat Merong Mahawangsa (The Malay Chronicles). Dengan perbandingan visual dan produksi yang dikatakan hampir menyerupai filem epik dari Barat, 300 dan The Lord of The Rings, Hikayat Merong Mahawangsa menjanjikan pengalaman menonton filem yang hebat bagi kedua-dua penonton, tempatan mahupun antarabangsa.

Kata Norman, semua itu melengkapkan lagi pembukaan kelengkapan produksi dan pasca-produksi mereka.

“Kami amat teruja untuk menjadikan tempat ini sebagai ‘one-stop solution’ bagi produk dalam bentuk filem, program televisyen mahupun produk muzik. Begitu juga kami menyediakan perkhidmatan bagi kesan visual, animasi 3D dan perkhidmatan pasca audio.

“Kesemuanya akan menguatkan lagi percubaan kami untuk ke peringkat antarabangsa seperti penghasilan album kumpulan dari Sweden, Ladylike; serta penghasilan filem Deadline. KRU Studios bermatlamat menjadi rumah kepada filem antarabangsa yang akan diterbitkan nanti, yang bukan saja dapat dinikmati oleh penonton tempatan bahkan luar negara,” katanya.

Kemudahan pasca-produksi terkini KRU Studios akan dilengkapi dengan peralatan definisi tinggi secara keseluruhan. Studio suntingan videonya direka untuk kemudahan pelbagai produksi, daripada filem iklan hinggalah filem cereka, manakala bilik pengkelasan warnanya pula akan menghasilkan produk akhir yang bertaraf tinggi.

Ia turut dilengkapkan lagi dengan kemudahan animasi 3D dan kesan visual, yang disertai dengan studio produksi audio termasuk adunan bunyi keliling, studio rakaman, studio programming, rakaman pasca audio dan bunyi khas, yang menjanjikan hasil terbaik bagi produk untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

KRU Studios juga menyediakan dua Pentas Bunyi dengan pentas yang lebih besar (kira-kira 10,000 kaki persegi) dan lengkap dengan kemudahan bilik pelbagai guna sesuai untuk tujuan rakaman dan produksi siaran langsung bersama penonton, begitu juga dengan produksi filem dan televisyen.

Manakala pentas lebih kecil (2,500 kaki persegi) yang turut dilengkap bilik pelbagai guna pula sesuai untuk rakaman televisyen serta penggambaran filem.

Written by Langit Biru

Oktober 16, 2009 pada 3:30 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: