Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Shin Hyun Joon mengaku memukul pengurus

leave a comment »

Setelah mengaku terhadap tuduhan dikenakan oleh pengurusnya Encik Jang, Shin Hyun Joon mendakwa yang ia bukan seteruk yang didakwa oleh pengurus berkenaan.

Image Hosted by ImageShack.us

Shin Hyun Joon telah membuat sidang media pada malam 25 September yang lalu di pejabat pengurusannya HFrame untuk memberitahu pihak media dan orang ramai mengenai isu terbabit. Pengurus Shin Hyun Joon telah membuat laporan polis pada 23 September mendakwa yang Shin Hyun Joon telah menggunakan kekerasan terhadap dia pada awal bulan yang lalu.

Shin Hyun Joon telah memulakan dengan meminta maaf berhubung dengan sebarang kebimbangan dan isu yang telah timbul mengenai perkara ini. Dia berkata yang dia rasa tersinggung dengan perngurusnya di mana dia telah menganggap pengurusnya itu seperti adiknya sendiri dan telah bersama sejak enam tahun yang lalu, telah melakukan perkara ini.

Image Hosted by ImageShack.us“Saya sedang menjalani penggambaran di Jecheon dan telah meminta dia melakukan lima perkara untuk saya. Tetapi dia tidak dapat melakukan satu pun dengan betul. Pada 22 September, kami sepatutnya mengadakan mesyuarat untuk mengulas adegan yang telah dirakamkan di Jecheon bersama dengan pengarah dan kumpulan produksi, tetapi dia tidak datang tepat pada waktunya. Oleh itu saya memukulnya sedikit sebagai cara untuk mendisplinkan dia.” Shin Hyun Joon berkata.

Dalam pada yang sama, Shin Hyun Joon telah meminta maaf kepadanya, “Sebagai orang yang lebih tua, saya hanya mahu dia lebih bertanggungjawab dan telah memberikan pengajaran. Jika dia rasa malu atau saya terlalu kasar terhadap dia, saya mengaku yang itu salah saya.”

Encik Jang mendakwa yang Shin Hyun Joon telah memukul dia pada 22 September berkata, “Di kelab berdekatan dengan Universiti Hongik, dia telah memukul dada dan muka saya dan turut menendang saya. Terdapat saksi sewaktu itu dan saya juga telah menghantar laporan perubatan sebagai bukti.”

Dalam sidang media pada 24 September oleh Encik Jang, dia mendakwa selalu dipukul oleh Shin Hyun Joon, “Saya dipukul oleh dia sewaktu saya lambat untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa Hawaii pada 2006.”

Shin Hyun Joon menjelaskan, “Saya sepatutnya menghadiri temubual dengan pihak media pada hari kedua tetapi disebabkan dia lambat, ia menganggu jadual. Saya telah memukul dia menggunakan tangan di kepalanya dengan ringan.”

Jang juga turut mendakwa yang dia telah dipukul oleh Shin Hyun Joon tidak mencuci keretanya pada waktu yang sepatutnya, dan menyebabkan Shin Hyun Joon telah lambat untuk menghadiri aktivitinya. Shin Hyun Joon berkatan, “Saya hanya ingin memberi tunjuk ajar kepadanya kerana saya telah lambat untuk temu janji seterusnya. Saya menggulungkan suratkhabar dan memukulnya tidak kuat, oleh itu saya tidak fikir yang itu boleh dinyatakan saya telah memukulnya.”

Walaupun Shin Hyun Joon telah meminta maaf di atas tindakan nya itu, tetapi jalan penyelesaian masih dilihat boleh dilakukan. Menurut wakil dari HFrame iaitu Jo, “Mereka seperti abang dan adik… saya rasa amat kecewa terhadap perkara ini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.”

Perkara ini masih dalam siasatan polis. Jadual Shin Hyun Joon memang padat. Saya tak pernah dengar dia mengambil cuti. Oh, adakah dia telah bertukar syarikat pengurusan. Dulu lain rasanya. Pengurus artis di Korea lebih kepada pembantu peribadi artis.

Written by Langit Biru

Oktober 18, 2009 pada 9:02 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: