Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Gavin Puas Berlakon Merong Mahawangsa

leave a comment »

Teks oleh Ellyna Ali (murai.com.my)
Gambar oleh Bonie Sharif

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2009: Pelakon remaja kacak, Gavin Stenhouse, 23, akui cabaran yang ditempuhi dalam filem epik Merong Mahawangsa, sangatlah hebat dan memberikan satu pengalaman baru dalam hidupnya.

Image Hosted by ImageShack.us

Gavin yang berdarah kacukan Scottish di sebelah ayah dan Welsh di sebelah ibunya, adalah anak kelahiran Hong Kong tetapi kemudian dibesarkan di London sejak berusia 10 tahun lagi. Dalam Merong Mahawangsa, Gavin memegang peranan sebagai Putera Rom yang ingin berkahwin dengan Puteri China lakonan aktres berbakat, Jing Lu.

Gavin menjadi pilihan pengarah Merong Mahawangsa, Yusry KRU kerana memiliki karisma dan pengalaman berlakon dalam banyak filem dan teater di United Kingdom (UK). Selain itu Gavin juga seorang pemuzik.

“Cabaran yang paling utama adalah cuaca panas di Malaysia. Mujurlah, sebagai Putera Rom saya memakai skirt baju atas agak terdedah dengan skirt. Jadi, bahangnya tidak terasa sangat. Tetapi bagaimana dengan pelakon lain?

“Dari segi pergaulan, saya juga seronok berlakon dengan Jing Lu. Dia seorang pelakon yang bagus. Steve (Stephen Rahman Hughes) pula bukan baru saya kenali sebab kami pernah berjumpa sejak di London lagi. Malah, kami bernaung di bawah egensi yang sama iaitu Creative Artiste Management (CAM).

“Namun apa yang dapat saya katakan Merong Mahawangsa adalah sebuah filem yang hebat dan harus ditonton oleh semua rakyat Malaysia,” kata Gavin.

Bercakap lagi tentang Malaysia, Gavin akui dia sangat kagum dengan pembangunan Kuala Lumpur.

“Saya suka Malaysia kerana ia sungguh cantik dan masyarakatnya pula mudah mesra. Saya kagum dengan Menara  Berkembar Petronas (KLCC) kerana ia sebuah bangunan yang sangat hebat. Malah pertemuan pertama saya bersama KRU untuk membincangkan tentang projek Merong Mahawangsa juga berlaku di KLCC. Saya rasa cukup seronok apabila dapat berada di bangunan antara yang tertinggi di dunia itu,” katanya.

Gavin makin intim dengan Sharifah Amani

Sebelum ini ramai peminat telah ketahui bahawa Gavin sedang berkawan rapat dengan Sharifah Amani (Nani). Menerusi filem Merong Mahawangsa inilah Gavin telah dipertemukan dengan Nani.

“Ketika di set penggambaran, Nani bertindak sebagai pembantu pengarah stunt. Tugas Nani memang sangat berat tapi  dia terpaksa menjaga kumpulan lain dan saya pula dalam kumpulan lain. Awalnya kami tidak banyak sangat bercakap kerana semua orang begitu profesional dengan tugas masing-masing.

“Tapi satu hari kami mula bersembang dan terus menjadi rapat. Kebetulan, keluarga Nani pun cukup baik dengan saya. Selepas habis penggambaran Merong Mahawangsa, mereka banyak mengundang saya untuk makan di rumah dan membawa saya bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.

“Kemesraan itu bertambah rapat apabila saya sealiran dengan suami Aleya (kakak Nani) iaitu Ashraf dalam permainan bass. Kami pernah jamming bersama dan Ashraf memang seorang pemain bass yang hebat,” katanya.

Ditanya soalan lebih peribadi iaitu adakah dia serius menyintai Nani, Gavin yang turut berpuasa pada Ramadan lalu berkata sambil tersenyum: “Tunggu dan lihat.”

Written by Langit Biru

Oktober 19, 2009 pada 6:47 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: