Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Tae Woo kesal tidak menjaga JaeBum

leave a comment »

Kim Tae Woo yang sebelum ini berada di bawah pengurusan JYPE Entertainment melahirkan rasa kesalnya berikutan pemergian ketua 2PM Park Jae Bum.

Image Hosted by ImageShack.us

Dia mengenali Jaebum semenjak Jaebum menjadi pelatih di JYPE Entertainment. Menurut Kim Tae Woo, disebabkan Jaebum mempunyai latar belakang sebagai penari b-boy, dia mempunyai badan yang fleksibel dan juga kesungguhan untuk belajar yang tinggi dan Kim Tae Woo menaruh harapan terhadapnya. Apabila dia memikirkan tentang Jaebum yang terpaksa melepaskan impiannya kerana komen oleh netizen, dia selaku orang yang lebih tua, rasa kesal dan marah terhadap diri sendiri kerana tidak dapat menjaga Jaebum.

Kim Tae Woo diperkenalkan kepada Jaebum yang sewaktu itu pelatih dari USA pada tahun 2004 melalui Park Jin Young dan selepas itu, Kim Tae Woo melayan dia seperti adik.

Kim Tae Woo juga berkata, semasa Jaebum menulis komen yang menjadi punca kepada masalah ini, dia seorang pelatih yang tidak pasti akan hala tujunya dan mempunyai masalah kewangan. Disebabkan tidak biasa dengan persekitaran ketika itu dia terasa tersisih. Mana-mana pelatih yang sedang berseida untuk menjadi pelatih akan menghadapi kesunyian ini. Memang susah untuk menghadapi realiti seperti menerima kritikan dan sebagainya.

Dia yang mengikuti perkembangan isu Jaebum ini semenjak 8 September yang lalu merasakan kritikan yang berulang di Internet merupakan masalah yang besar dan juga komen balasan. Penyanyi senior seharusnya brsatu dan menjaga Jaebum. Walaupun telah berlalu tetapi Kim Tae Woo tetap rasa bersalah.

Written by Langit Biru

Oktober 21, 2009 pada 9:06 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: