Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Jangan cuba sabotaj Hujan!

leave a comment »

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my (24 Oktober 2009)

JIKA pada awal kemunculan kumpulan Hujan, mereka teruk dikritik media gara-gara sikap sombong dan perkara itu telah pun diambil sebagai pengajaran. Namun ketika band indie itu sibuk menjelajah satu Malaysia demi peminat menerusi Hujan Tour 2009 Mencari Konklusi yang bermula di Singapura pada 7 Oktober lalu ada cerita kurang enak sampai kepada Kosmo!

Image Hosted by ImageShack.us

HUJAN menafikan konsert jelajah sulung mereka tidak mendapat sambutan peminat.

Ada pihak mendakwa konsert jelajah mereka mengalami pelbagai masalah dalaman membabitkan produksinya sendiri. Siapakah mereka di sebalik produksi itu?

Bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, ikuti temu bual eksklusif Kosmo! bersama anggota Hujan, Noh dan Dimas baru-baru ini.

Kosmo!: Khabarnya konsert jelajah Hujan berhadapan dengan pelbagai masalah?
NOH: Masalah itu biasalah. Penganjur yang buat konsert besar bertaraf antarabangsa pun ada masalah, inikan pula konsert jelajah sulung Hujan. Kami masih baru dan banyak perkara yang perlu dipelajari. Jadi maafkan kami kalau ada yang terkurang.

Apa masalah sebenarnya? Kenapa persembahan di dua lokasi lewat sangat?
Memang benar kami terlewat tetapi masalah bukan datang daripada Hujan tetapi masalah teknikal termasuk sistem bunyi. Untuk konsert jelajah ini Hujan tidak boleh buat semua perkara sendiri, jadi kami telah melantik orang lain untuk menguruskan hal tersebut. Malangnya semua perkara yang diaturkan tidak berjalan seperti yang dirancang.

Bagaimana pula dengan peminat?
DIMAS: Peminat yang datang memang ada juga yang marah pada mulanya sehingga minta duit dipulangkan tetapi kami cuba sedaya upaya untuk tidak membuat peminat bosan menunggu sehingga masalah teknikal dibaiki. Kami lepak bersama peminat, beramah mesra dan mengambil gambar. Selepas selesai konsert kami tanya balik kepada mereka sama ada mereka berpuas hati atau tidak. Syukur tindak balas yang diterima semuanya positif.

Ada yang mengatakan setiap lokasi yang dikunjungi Hujan hanya mampu menarik peminat seramai 50 orang sahaja? Benar ke?
Jangan pandang rendah pada kami. Mana ada 50 orang? Setiap lokasi peminat yang datang di antara 150 hingga 200 orang. Macam konsert di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang, peminat yang datang terlalu ramai sehingga ada yang tidak dapat masuk. Mungkin ada orang sengaja nak memburukkan nama Hujan, buat cerita tak betul macam ini.

Kononnya Hujan popular, tetapi 150 orang saja? Puas hati ke?
Kami memang cukup berpuas hati sebab lokasi konsert tidak sebesar mana. Lagipun kami bukannya kumpulan legenda seperti Search yang setiap kali buat konsert, beribu-ribu orang akan datang. Hujan masih baru dan pada kami jumlah sekecil itu sudah memadai, rasanya kami lebih dekat dan senang untuk beramah mesra dengan peminat.

Selain itu, ada juga yang mengatakan konsert Hujan menghadapi masalah kewangan, macam mana pula tu?
Duit konsert ini datang dari Hujan sendiri, kami tidak ada pinjam daripada sesiapa pun. Apa yang kami hidangkan pada peminat, itulah yang termampu. Kalau nak tunggu penaja, sampai ke sudahlah kami tidak dapat adakan konsert jelajah. Walaupun serba kekurangan kami puas dapat bertemu dengan peminat seluruh Malaysia.

Apa pengajaran buat Hujan?
Macam kami cakap ini yang pertama, jadi banyak perkara yang tidak sedia, ini pengalaman dan pengajaran buat kami supaya tidak mempercayai 100 peratus orang ketiga. Agaknya Hujan sudah ditakdirkan untuk berdikari selamanya.

Maknanya Hujan lebih selesa sendiri?
Noh: Kami manusia, bukan semua benda kami boleh buat sendiri. Tetapi bila kami cuba nak bekerjasama dengan orang lain mesti tidak jadi atau ada sahaja masalan dan halangan. Oleh itu, lepas konsert di Perlis dan Kedah, kami buat semuanya sendiri termasuk menguruskan tempat penginapan dan sistem bunyi di konsert yang akan datang ini seperti di Perak, Terengganu, Melaka, Kuantan, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Perasaan Hujan bila ada orang cuba burukkan nama?
Dimas: Terkejut dan sedih. Tetapi kami semua sudah biasa dengan perkara seperti ini. Cuma harap peminat kami tidak akan terpengaruh dengan mereka yang cuba sabotaj dan burukkan nama Hujan. Kami akan teruskan perjuangan muzik, masalah-masalah ini tidak akan menghentikan cita-cita kami.

Written by Langit Biru

Oktober 24, 2009 pada 3:09 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: