Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Music Station 23 Oktober 2009

leave a comment »

Post pertama untuk kategori J-Pop di blog ini. Baru sahaja menonton Music Station malam tadi. Music Station ialah salah satu rancangan TV Jepun secara langsung di TV Asahi setiap Jumaat pukul 8.00 malam, memberikan perkembangan terkini tentang industri muzik di Jepun.

Dihoskan oleh Tamori dan Takeuchi Yoshie, Music Station memberikan gambaran yang terbaik tentang lanskap muzik Jepun yang berubah setiap minggu.

Music Station Power Ranking minggu ini:

1. River oleh AKB 48

Tidak seperti girl group yang lain di Jepun, yang biasanya diasakan oleh Tsunku, AKB 48 adalah girl group pertama di Jepun yang mempunyai teater sendiri di Akihabara (salah satu daerah di Tokyo terkenal dengan budaya anime dan gajet-gaket elektronik). Sama seperti girl group Tsunku (seperti Morning Musume), AKB 48 terbahagi kepada tiga sub-unit dan kini mempunyai 45 ahli.

Single terbaru mereka, River mengungguli carta Power Ranking Music Station minggu ini.

2. MY LONELY TOWN oleh B’z

B’z mungkin lebih dikenali di Malaysia melalui lagu mereka Konya Tsuki no Mieru Oka Ni, lagu tema untuk drama Beautiful Life lakonan Takuya Kimura sekitar tahun 1999. Single terbaru mereka, My Lonely Town  masih lagi di tangga-tangga teratas carta lagu di Jepun setelah beberapa minggu.

3. Hide-Away oleh AAA

AAA ialah salah satu dance group yang debut tahun ini di bawah label avex trax. Kesemua ahlinya merupakan bekas penari latar untuk artis-artis avex trax seperti Ayumi Hamasaki dan Ami Suzuki.

4. 僕は君に恋をする / Boku wa Kimi ni Koi wo Suru oleh Ken Hirai

Single terbaru Ken Hirai, Boku wa Kimi ni Koi wo Suru, juga merupakan lagu tema untuk filem Boku no Hatsukoi wo Kimi ni Sasagu lakonan Mao Inoue (daripada drama Hana Yori Dango) dan Masaki Okada (daripada drama Hanazakari no Kimitachi e)

Mungkin masih ramai di Malaysia yang tidak tahu, Ken Hirai berdarah Jepun asli dan bukannya kacukan.

5. 劇場版 マクロスF 〜イツワリノウタヒメ〜 pink monsoon (Gekijouban Macross F ~Itsuwari no Utahime~) oleh Cheryl Nom dan May’n

6. 春夏秋冬 oleh Hilchryme

Antara pendatang baru di persada muzik Jepun, Hilchryme dengan lagu mereka Shunkashuutou, salah satu lagu yang paling top dalam carta download nada dering di Jepun minggu ini. Shunkashuutou bermaksud empat musim, lagu ini berkisar tentang empat musim di Jepun.

7. もっと/Motto oleh Nishino Kana

Juga salah satu lagu top di carta nada dering di Jepun.

8. 男道/Otokomichi oleh Shinsengumi Rian

9. ときめきのルンバ/Tokimeki no Rumba oleh Hikawa Kiyoshi

Antara penyanyi enka (genre muzik tradisional Jepun) yang popular di Jepun.

10. It’s all too much/ Never say die oleh YUI

Single terbaru YUI, juga merupakan lagu tema untuk filem Kaiji~The Movie~

Inilah 10 lagu paling hit di Jepun minggu ini.

shinjianuar

Written by shinjianuar

Oktober 24, 2009 pada 11:18 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: