Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Pencalonan Separuh Akhir Muzik Muzik 24

leave a comment »

by Li Ee Kee | 22 Oct 2009 (gua.com.my)

Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.

Image Hosted by ImageShack.us

Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Mereka adalah:

6 Nov
* Mirage (Pesawat), Kau Aku (Aizat), Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut), Oh Anok Anok (Reshmonu), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Aku Scandal (Hujan), Enjut (Noraniza Idris), Gila (Mila), Dan Sebenarnya (Yuna), Raja Gelek (One Nation Emcees), Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

13 Nov
* Aurora (Estranged), Seadanya Aku (Nubhan), Tahu Tak Tau Joget (Jinbara), Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz), Fikirlah (Aizat), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Bengang (Akim), Aku Rindu Sayang Kamu (Black), Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain), Benar-Benar (Adam), Masih Jelas (Hafiz)

20 Nov
* Situasi (Bunkface), Rindu Terhenti (Tomok), Patri (Jinbara), Pakai Buang (Stacy), Pergi (Aizat), Ketika Ini (Estranged), Bencinta (Faizal Tahir), Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.

Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.

Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.

Lewat sangat lah waktu rakaman. Faizal Tahir akan buat persembahan tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: