Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Yuna Ambil Positif Semua Kritikan

leave a comment »

by Li Ee Kee | 23 Oct 2009 (gua.com.my)

Dikatakan sukar memberi kerjasama kepada pihak media – ingat lagi kontroversi yang timbul ekoran cerita kononnya dia menipu wartawan yang pakciknya telah meninggal dunia untuk mengelak dari melakukan sesi fotografi? – serta sering menarik diri di saat akhir dari membuat persembahan, baru-baru ini, Yuna dituduh tidak mesra wartawan.

Semuanya gara-gara kerana Yuna, nama penuh Yunalis Zarai, tidak menyapa seorang wartawan yang pernah menemuramahnya, sekadar hanya melambai tangan.

Apabila teman media lain cuba mendapatkan komen Yuna tentang perkara ini, pengurus Yuna, Wawa menghantar SMS memaklumkan bahawa ibu bapa Yuna tidak mahu anak tunggal mereka respon kepada isu itu.

Sempat bertemu gadis berusia 23 tahun ini selepas sidang akhbar Muzik-Muzik 24 Separuh Akhir semalam – lagunya, “Dan Sebenarnya” berjaya memasuki pusingan separuh akhir pertandingan – Yuna, sambil tersenyum menjawab semua persoalan GUA dengan berhemah. “Apa yang diceritakan dalam artikel itu ada kebenarannya, di mana saya dikatakan telah melambai tangan bila ditegur. Tapi kerana masa itu saya perlu bergegas ke satu lagi penggambaran foto, saya tak sempat nak singgah dan berbual. Tindakan saya disalahertikan, akhirnya, menimbulkan salah faham.”

Tambah Yuna, isu mesra atau tidak bergantung pada persepsi wartawan. “Cara saya bergaul dengan orang sama saja. Bukan karektor saya untuk berpura-pura. Jika orang ucap ‘Hi’ pada saya, saya akan balas balik.”

Ditanya jika dia merasakan apa yang dibuatnya seakan gagal memuaskan hati orang, jawabnya, “Bukan semua yang saya buat tak kena. 70% daripada masanya, saya telah buat yang terbaik tetapi tiada siapa yang peduli. Bila saya bekerjasama dengan NST (New Straits Times), Berita Harian, semuanya berjalan lancar. “Jika ada komplikasi yang timbul, mungkin itu kesilapan dari segi komunikasi, di mana kami tak jelas sangat atau terlepas nampak. Saya terima apa yang berlaku sebagai sebahagian daripada asam garam industri. Saya melihatnya secara positif and memandang ke hadapan.”

Perihal kononnya ibu bapa Yuna telah memberi arahan supaya tidak diberi sebarang respon terhadap isu itu, Yuna menjelaskan keputusan itu bukan dibuat ibu bapanya sahaja, sebaliknya merupakan satu ‘family decision’. “Itu keputusan kami sekeluarga, sama ada kita mahu memperbesarkan lagi isu itu. Tapi kami sebulat suara putuskan untuk biarkan saja.”

Apa reaksi ibu bapa bila sering membaca berita negatif mengenai dirinya? “Mereka melihat semua laporan itu sebagai sesuatu yang lucu kerana tak sangka ada orang yang benar-benar mengambil berat tentang apa yang saya lakukan. Tambah pula, berkali-kali sesuatu isu itu mendapat liputan di dalam media. “Kami sebuah keluarga yang normal, tidak ‘glamorous’. Ibu bapa saya orang yang positif. Mereka akan menasihati saya, kata tiada perlu untuk saya memberi respon kerana ia cuma perkara yang kecil. Jika diberi respon, bertambah besar pula perkara ini. Jadi, saya bersabar saja ‘and move on with it’.”

Album sulung pada tahun depan
Selesai sudah dengan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan undang-undang – konvo-nya akan berlangsung Isnin depan – Yuna ingin menumpukan masa dua hingga tiga tahun pada muzik sebelum menyambung pengajiannya. “Sebenarnya, saya lebih suka belajar undang-undang daripada bekerja sebagai seorang peguam. Saya berminat mempelajari undang-undang antarabangsa. Harapan saya dapat memasuki universiti United Nations, University for Peace.”

Selain sibuk menunaikan komitmen persembahan – pada hujung minggu ini dia akan beraksi di Singapura sempena ulangtahun ke-10 Mocca – Yuna dalam proses merakam album sulungnya. Sudah 50% siap, ia dijadualkan untuk rilis pada awal tahun depan. Akan memuatkan 10 lagu baru – tiga dalam bahasa Melayu dan tujuh dalam bahasa Inggeris – kesemua lagu ditulis Yuna sendiri.

Kongsi anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini, dia tidak tergesa-gesa menyiapkan album yang dibiayai sepenuhnya oleh diri sendiri kerana “ingin memberikan yang terbaik buat peminat”. Pernah dilamar syarikat rakaman tetapi tawaran itu ditolak, sebab menurutnya, buat masa ini dia lebih senang mengorak langkah sendiri kerana mempunyai ide sendiri untuk dilaksanakan.

Rata-rata juga sudah tahu gadis bercita-cita tinggi ini mempunyai butik pakaiannya sendiri. IAMJETFUELSHOP – yang merupakan nama MSN Yuna – sudah empat bulan beroperasi di SS15, Subang Jaya. Diusahakan bersama sepupunya, Amy, mereka menjual pakaian kasual lelaki dan perempuan. Pembelian boleh dilakukan secara ‘online’ melalui iamjetfuelshop.blogspot.com. “Dari segi konsep, walaupun pakaian kami lebih kepada kasual tetapi ia masih bergaya, selesa dan sopan. Sambutan okay walaupun ramai yang ‘frust’ sebab jauh sangat lokasi kedai. InsyaAllah, jika ada rezeki, kami akan buka sebuah lagi cawangan yang lebih strategik lokasinya.”

Dengan tuntutan persembahan, rakaman dan perniagaan, Yuna mengakui jadualnya memang padat. “Jadi bila saya kata sibuk, saya betul-betul sibuk kerana semuanya perlu diusahakan sendiri. Saya takde ‘team’ untuk membantu cuma secara ‘ad hoc’ ada kawan-kawan dan saudara yang sudi menolong.”

Written by Langit Biru

Oktober 24, 2009 pada 12:04 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: