Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu keempat Oktober 2009

leave a comment »

Sibuk sikit minggu ini. Sebab tu lambat nak kemaskini kini carta mingguan ini. Juara carta masih lagi kekal cuba teka siapa. Kali ini carta diungguli dengan penyanyi solo lelaki Mereka semua ini mempunyai vokal yang bagus.

Inilah kumpulan T-ara dan Cho Shin Sung yang sekarang popular dengan lagu Time To Love. Tapi tak semua yang ada. Hanya mereka yang terlibat untuk lagu Time To Love versi 1. Lagu baru ini rancak walaupun ada bahagian yang perlahan. Saya masih lagi dalam sesi mengenal nama mereka semua ini.

Kedudukan carta pada minggu ni seperti berikut.

1. Kim Tae Woo – 사랑비 (Love Rain)
Genre: Pop
Muzik: Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Tae Woo
Album: Trek 3 – Album mini “T-Virus”
Lihat: Muzik Video
Komen: Minggu lepas dia bersaing rapat untuk menjadi juara. Tapi minggu ini dia jauh meninggalkan pencabar terdekat dan menjadi juara untuk empat minggu berturut-turut. Sejak kembali dari menjalani khidmat negara, Kim Tae Woo telah mengeluarkan single digital “Memory and Remembrance”. Akhirnya dia mengeluarkan album mini terbaru iaitu “T-Virus”. Judul lagu “Love Rain” telah berjaya melonjak ke tangga ketiga pada minggu ini. Tidak seperti lagu dia sebelum ini, lagu “Love Rain” lebih rancak. Dihasilkan bersama oleh Kim Tae Woo dan Lee Hyun Seung, mereka mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan lagu ini. Lagu ini yang dapat menusuk kalbu dan telinga dengan kombinasi melodi yang rancak, vokal yang harmoni dan susunan lagu yang bagus.

2. Park Hyo Shin – 사랑한 후에 (After Love)
Genre :
Pop Ballad
Muzik: Kim Do Hoon, Hwang Se Jun / Lirik: Kang Eun Kyung, Choi Kap Won
Album: Trek 2 – Vol. 6 – Gift : Part 1
Lihat: Muzik Video Bahagian 1 Bahagian 2
Komen: Park Hyo Shin kembali dengan album keenam selepas dua tahun setengah. Sejak muncul pertama kali pada 1999 sehinggalah album kelima dan album remake, Park Hyo Shin telah menunjukkan suara dia yang merdu. Kini telah sepuluh tahun sejak dia berada di bidang seni dan pada tarikh yang istimewa ini, dia mengeluarkan hadiah istimewa buat peminat. Album ini merupakan bahagian pertama dari dua bahagian daripada album keenam yang mengandungi enam lagu dan dua instrumentals. Tajuk lagu ini ialah “After Love” lagu balada yang diiringi dengan muzik piano yang indah dan melodi orkestra. Lagu ini telah menjuarai beberapa carta muzik dan merupakan pilihan utama untuk menjadi juara carta ini pada minggu hadapan. “After Love” mempunyai video muzik istimewa lakonan Park Shi Yeon, Park Yong Ha dan Park Hyo Shin sendiri dan difilemkan di Switzerland.

3. T-Ara & Cho Shin Sung – TTL (Time To Love)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Kim Do Hoon / Lirik: Hwang Sung Jin, Rhymer, Joo Suk
Album: Trek 1 – Single digital TTL
Lihat: Muzik Video
Komen: Kali ini mereka berkerjasama dengan kumpulan lelaki Cho Shin Sung. Tidak banyak kolaborasi antara kumpulan lelaki dan perempuan dalam bilangan yang banyak sejak dulu. Lagu TTL ini dinyanyikan oleh ahli T-ara So Yeun, Eun Jung, Hyo Min, Ji Yeun dan ahli Cho Shin Sung iaitu Ji Hyuk, Kwang Soo, and Gun Il. Lagu ini ialah genre hip-hop house dan mempunyai bunyi eletronika sekali dengan melodi Korea. Muzik video kali ini ialah lagu TTL bahagian kedua yang menggabungkan kesemua ahli dalam T-ara dan Cho Shin Sung.

4. Lee Seung Ki – 우리 헤어지자 (Let’s Break Up)
Genre
: Balada Pop
Muzik: Kim Do Hoon, Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Do Hoon, Hwang Sung Jin
Album: Trek 3 – Vol. 4 Shadow
Lihat: Muzik Video
Komen: Selepas membintangi drama “Brilliant Legacy” yang mendapat rating tertinggi untuk tahun ini, Lee Seung Ki telah mengeluarkan single digital “Will You Marry Me” terlebih dahulu. Tajuk lagu “Let’s Break Up” ini telah melonjak di tangga keempat minggu ini. Ia dihasilkan oleh komposer terkenal Kim Do Hoon dan Lee Hyun Seung. Lagu balada sedih ini menunjukkan kemahiran vokal Lee Seung Ki.

5. Epik High – 따라해 (Wannabe)
Genre
: Hip-hop
Album: Trek 4 – Vol. 6 [e]
Lihat: Muzik Video
Komen: Epik High kembali dan mereka telah mengeluarkan album pertama mereka di bawah label sendiri yang mana mungkin akan mengubah industri muzik Korea. Trio ini kembali kepada hip hop dengan eksplorasi dan menggabungkan pelbagai genre termasuk elektronica, klasik, trance dan juga trot dalam album ini. Tajuk lagu “Wannabe” melonjak ke tangga kelima pada minggu ini.

6. Lee Seung Chul – 사랑 참 어렵다 (Love Is So Difficult)
Genre
: Pop Ballad
Muzik + Lirik: Hong Jin Young
Album: Trek 1 – Vol. 10 (CD + DVD) (Album Pek Semula)
Lihat: Muzik Video
Komen: Lagu ini ialah judul untuk album kesepuluh pek semula Lee Seung Chul. Seperti permata yang lebih bernilai selepas seketika, begitu juga dengan suara Lee Seung Chul yang indah. Diharmonikan dengan melodi lembut lagu balada ini. Kim Jung Eun dan Yoon Sang Hyun yang berlakon dalam muzik video ini sebagai pasangan kekasih yang masih mencintai walaupun telah berpisah.

7. 4minute – MUZIK
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Shin Sa Dong Tiger, Lee Sang Ho
Album: Trek 2 – Album Mini “For Muzik”
Lihat: Muzik Video
Komen: Selepas menjuarai Mutizen pertama kali di SBS Inkigayo dan juara di M!Countdown, kumpulan perempuan baru 4minute telah berada di kedudukan ketujuh dalam carta minggu ini dengan lagu “MUZIK”. Trek yang berentak ‘euro beat street sound’. Genre yang baru dan telah menjadi popular kebelakangan ini.

8. Gavy NJ – 핼쑥해졌대 (In A Pallid State)
Genre
: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Min Myung Ki
Album: Trek 1 – Vol. 4 – Side A : Heartbreak Hotel
Lihat: Muzik Video
Komen: Dengan perubahan ahli kumpulan (Jung Hye mIN digantikan dengan Misty), kumpulan Gavy NJ mengeluarkan Side A untuk album kempat mereka bertajuk “Heartbreak Hotel”. Judul lagu “In A Pallid State” yang berentak balada ditulis oleh Min Myung Ki yang turut menulis semua lagu hit mereka. Mempunyai tempo yang sederhana sesuai untuk pendengar wanita yang mengalami perpisahan. Lagu ini berada di tangga kelapan untuk minggu ini.

9. Lee Ssang (feat. Jung In) – 헤어지지 못하는 여자, 떠나가지 못하는 남자 (Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave)
Genre
: Hip-hop
Album: Trek 3 – Vol. 6 – Hexagonal
Lihat: Muzik Video
Komen: Dengan imej santai yang unik, duo hip hop Lee Ssang kini kembali dengan album keenam “Hexagonal”. Duo ini telah mengesahkan tempat dalam muzik arus perdana dengan album keempat pada 2007, dengan lagu “Ballerino”. Walaubagaimanapun, untuk album kelima mereka tidak aktif membuat persembahan dan promosi. Kini dengan album keenam mereka telah bertukar label dan menyertai Jungle Entertainment untuk permulaan yang baru. Mempunyai tajuk tajuk lagu yang paling panjang untuk lagu pertama mereka iaitu Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” menampilkan vokal indah penyanyin R&B Jung In, yang selalu ditampilkan dalam lagu Lee Ssang. Lagu ini telah berada di puncak dalam semua carta muzik Internet di Korea ketika ini.

10. Lee Hyun (feat. Lim Jung Hee) – 30분전 (30 Minutes Ago)
Genre
: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Bang Shi Hyuk
Album: Trek 1 – Album Mini “30 Minutes Ago”
Lihat: Muzik Video
Komen: Baek Chan dan Joo Hee dari kumpulan 8Eight telah mengeluarkan single solo dan turut ditampilkan dalam beberapa lagu penyanyi yang lain. Kini giliran Lee Hyun pula untuk solo pula. Suara dia yang serak-serak basah amat sesuai untuk lagu balada yang emosi di mana ditulis oleh Hitman Bang Shi Hyuk, yang turut menulis semua lagu popular kumpulan 8Eight. Selepas lagu “Like Being Hit By A Bullet” nyanyian Baek Ji Young dan “Without A Heart” oleh 8eight, ini merupakan lagu kedua dalam siri trilogi Bang Shi Hyuk berkisar mengenai pasangan kekasih yang berpisah.Terdapat dua versi untuk lagu ini, versi yang sedang dipromosikan menampilkan vokal oleh Lim Jung Hee. Pada minggu ini, telah jatuh di kedudukan ke sepuluh.

Written by Langit Biru

Oktober 29, 2009 pada 12:06 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: