Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Wonder Girls di Carta Billboard 100

with one comment

Siapa sangka lagu Wonder Girls kini berada di Carta Billboard setelah hanya tujuh bulan berada di Amerika Syarikat. Saya salah seorang peminat mereka rasa amat bangga dengan pencapaian mereka.

Kumpulan pop Korea Selatan yang popular, Wonder Girls mencetus fenomena baru apabila semakin aktif memperluaskan pengaruh mereka di Amerika Syarikat (AS) menerusi lagu Nobody.

Malah Wonder Girls melakar sejarah buat penyanyi korea dengan menjadi artis Korea pertama tersenarai dalam Top 100 carta Billboard.

Lagu Nobody yang membolos masuk ke AS pada Jun lalu terus memukau peminat muzik antarabangsa dan berada di tangga ke-76 pada Oktober 2009. Lagu berkenaan merupakan nukilan komposer Park Jin-Young.

Carta Billboard Hot 100 adalah salah satu carta yang terpenting di AS di mana ia menyenaraikan lagu dalam industri muzik dunia.

Wonder Girls yang dianggotai 5 gadis jelita iaitu Sun, Yenny, Mimi, Sohee dan Yubin bakal melancarkan album Inggeris terbaru pada musim panas nanti. Tambah menarik, Wonder Girls juga telah bergabung tenaga dengan trio adik beradik kacak dan popular iaitu Jonas Brothers dalam konsert jelajah sebelum ini.

Mereka telah pun menandatangi kontrak pengurusan artis dengan Jonas Group dan CAA (Hollywood’s Creative Artistes Agency) yang banyak menguruskan artis di AS, baru-baru ini.

Dari murai.com.my

Written by Langit Biru

Oktober 30, 2009 pada 9:09 am

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. cool blog, nice info, salam mesra dari jauh

    ruanghatiberbagi

    Oktober 30, 2009 at 9:40 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: