Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for November 2009

Son Ho Young di teater muzikal All Shook Up (5)

leave a comment »

Banyak betul gambar dia untuk muzikal kali ini. Takpe tengok je lah gambar yang ada. Muzikal ini telah tamat pada 1 November yang lepas dan semasa persembahan mendapat banyak perhatian. Mungkin sebab Son Ho Young atau pun lain.

Muzikal ini asalnya dalam bahasa Inggeris tapi telah diterjemahkan dalam bahasa Korea di mana semua mereka yang terlibat di pentas dan belakang tabir semua orang Korea.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 30, 2009 at 9:04 pm

Dikirim dalam Gambar

Tagged with

Kim Tae Woo di M. Net Countdown 10 September 2009

leave a comment »

Kim Tae Woo membuat persembahan di M. Net Countdown pada 10 September 2009 dengan menyanyikan lagu ‘Love Rain’. Dia juga membuat persembahan dengan penyanyi lain iaitu Ryan, Lee Hyun dan Sang Chu menyanyikan lagu popular god ‘Lies’.

Mereka menyanyikan lagu Lies untuk segmen Heroes di mana penyanyi akan menyanyikan lagu popular pada beberapa ketika dahulu.

Tapi saya tak jumpa pula video persembahan lagu ‘Love Rain’. Sebab gambar di atas tu persembahan ‘Love Rain’.
Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 30, 2009 at 3:02 pm

Dikirim dalam Persembahan TV, Video

Tagged with

Son Ho Young di Pulau Jeju

leave a comment »

Pada 20 September 2009 yang lepas, Son Ho Young menghabiskan masa dengan peminat di Pulau Jeju, Korea. Macam mana lah saya tak tau benda ni. Tapi kalau tau pun macamlah saya boleh pergi ke sana.

Berdasarkan gambar-gambar yang ada, perjalanan ini mungkin untuk dua hari satu malam.

Mereka pergi bercuti dan membuat aktiviti bersama-sama. Cemburunya saya. Banyak gambar lagi di bawah.
Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 30, 2009 at 9:05 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with

Kim Tae Woo dan f(x) di radio Power FM

leave a comment »

Pada 1 Oktober yang lalu, Kim Tae Woo dan kumpulan f(x) berada di radio SBS Power FM dalam segmen bersama ‘Cult Two’. Ini kali kedua mereka menghadiri temu ramah radio bersama.

Kali ini peminat juga menyertai mereka di dalam konti. Memang penuh lah konti radio tu. Tak pun konti radio ni besar sebab ada ruang untuk penonton dan penyanyi membuat persembahan. Saya rasa ini disiarkan secara langsung.

Mereka menyanyikan dua buah lagu masing-masing dan bukannya berduet. Nyanyian ialah secara langsung.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 28, 2009 at 9:01 pm

Dikirim dalam Gambar, Radio, Video

Tagged with ,

Kim Tae Woo di KBS World ‘Invicible Youth’

leave a comment »

Kim Tae Woo telah menjadi pengacara dalam satu rancangan hiburan baru iaitu Invicible Youth di KBS World.

Rancangan ini disiarkan pada setiap hari Jumaat malam dan berdasarkan rancangan popular 1 Night 2 Days yang turut disiarkan di KBS.

MC yang turut terlibat ialah pelawak Nam Hee Suk, Noh Joo Hyun (pelakon) dan Kim Shin Young (pelakon) dan ahli-ahlinya terdiri daripada tujuh orang ahli dari beberapa kumpulan wanita yang popular buat masa ini.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 28, 2009 at 3:04 pm

Kim Tae Woo ditemuramah

leave a comment »

Baru-baru ini Kim Tae Woo telah ditemuramah oleh satu portal hiburan. Tapi saya tak jumpa tanskrip yang telah diterjemah di dalam bahasa Inggeris. Sedih nya, tiada siapa nak terjemahkan. Takpe lah saya kongsikan gambar-gambar semasa ditemuramah.

Bila tengok gambar macam sesi ini diadakan di taman pada waktu tengah hari yang panas. Dah tau panas boleh pula pakai satu sut lengkap pula tu. Gila ke ape.

Image Hosted by ImageShack.us

Mari kita teruskan dengan gambar di bawah. Nampak macam dia warnakan rambut nya. Sebab sebelum ini rambut dia memang hitam.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 28, 2009 at 9:02 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with

Kim Tae Woo jika bukan penyanyi

leave a comment »

Baru-baru ni saya beritahu yang Kim Tae Woo ni baik hati, penyayang dan yang sewaktu dengannya. Tapi dia ni degil sikit ye lah, anak lelaki tunggal kesayangan lah katakan.

Dalam satu rancanga bual bicara “Happy Day” MBC, Kim Tae Woo telah ditemuramah bersama dengan ibubapanya serta dua orang kakaknya. Kim Tae Woo anak bongsu dari tiga beradik.

Image Hosted by ImageShack.us

Tapi dalam gambar di atas tak tunjuk pula, dua kakaknya itu. Tapi kalau tengok, Kim Tae Woo lagi besar berbanding kedua ibubapanya. Dalam episod ini, mereka bercerita bagaimana Kim Tae Woo boleh terlibat dalam industri seni. Ini memandangkan Kim Tae Woo ialah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, ketua pelajar di sekolah dan mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah di kalangan rakan sebaya.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 27, 2009 at 9:04 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with ,