Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Pradengar lagu baru 2PM

leave a comment »

Pada pukul 2 petang waktu Korea, lagu baru 2PM diperdengarkan di laman web rasmi 2PM. Semangat waja betul saya, menunggu detik itu. Waktu Malaysia ialah 1 petang. Malaysia lewat satu jam dari Korea. Sebelum itu, laman web ini terdapat ‘countdown’ untuk detik ini dan ia berbeza mengikut zon masa.

Dan masa terhenti pada waktu 1.59pm. Dari segi pemasaran, memang menariklah sebab membuatkan para peminat tertunggu-tunggu.

Ayat yang tertulis di laman web ialah ‘Penat menanti…’. Ini setelah saya terjemahkan ke bahasa Melayu dari bahasa Inggeris.

Saya akan tetap menyokong 2PM walaupun mereka kurang satu ahli. Pada saya, ahli yang lain juga cukup berbakat dan mereka juga perlu bekerja untuk kekal di industri yang sengit ini.

Ini merupakan album penuh pertama 2PM dan akan dikeluarkan secara digital mulai esok. Persembahan pertama pula dijangka pada minggu hadapan. Tak sabar nak tunggu di TV.

Tajuk lagu ini tak pasti lagi. Setakat ini saya suka dengan apa yang saya dengar. Mengingatkan saya kepada lagu ciptaan Park Jin Young yang lama dari kumpulan god tapi saya tak pasti lagu mana.

Written by Langit Biru

November 2, 2009 pada 9:08 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: