Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kisah di sebalik Kim Tae Woo membayar makanan bukan Rain

leave a comment »

Rain dan Kim Tae Woo mempunyai hubungan yang akrab. Kira macam abang adik lah ni. Banyak lah cerita yang mereka kongsi bersama. Macam yang satu ni.

Gambar ni tak berkaitan dengan cerita di bawah, tapi ini diambil sewaktu Kim Tae Woo menghadiri majlis global bertemu peminat oleh Rain pada bulan Julai yang lalu. Kim Tae Woo menjadi artis jemputan dan menyanyikan beberapa buah lagu dari album dia.

Cerita dia macam ni. Semasa Kim Tae Woo sedang bercuti sewaktu menjalani program khidmat negara, dia dan Rain keluar makan malam bersama. Kim Tae Woo terpaksa membayar keseluruhan bil makan malam yang lagi mahal berbanding dengan gaji bulanan yang diterimanya.

Pengakuan ini berlaku sewaktu rakaman program ‘Joy Enter News’ di KBS TV pada 25 September yang lepas. Kim Tae Woo memberitahu terdapat kisah di sebalik itu. Pada masa itu, Rain mencadangkan beberapa idea seperti, “Saya akan membayar bil jika TaeWoo memanggil saya abang (hyung).”

Hyung adalah panggilan orang lelaki terhadap lelaki yang lebih tua yang mereka rapat. Jatuhlah air muka Kim Tae Woo yang lebih tua daripada Rain untuk menerima cadangan Rain itu. Oleh sebab tiada pilihan lain dia terpaksa membayar bil makanan tersebut dan bukannya Rain.

Mereka berdua ni memang lah. Erm…

Written by Langit Biru

November 5, 2009 pada 6:03 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: