Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Wheesung kembali dengan Vocalate

leave a comment »

Wheesung merupakan antara penyanyi Korea kegemaran saya. Suara dia memang menarik. Dia juga digelar ‘Vokalis terunggul Korea’. Walaupun saya rasa agak melampau sebab ada yang lagi layak. Dengkinya saya.

Dia telah mengeluarkan album studio yang keenam berjudul Vocalate pada 8hb Oktober yang lepas. Album baru ini adalah gabungan suara dia yang menarik dan coklat, yang dapat menimbulkan suasana manis dan seksi terhadap album.

Saya pun pelik sebab dia tak suka manisan. Erm.. takpe lah. Dikatakan yang Wheesung telah memberi sepenuh perhatian terhadap album ini dan ini merupakan album yang terbaik pernah dia hasilkan. Dia juga membawa gaya yang baru dan dia yakin dia akan berjaya dan akan gunakan lagi untuk akan datang.

Penyanyi ini yang mendapat populariti mendadak setelah menyanyikan semula lagu Craig David Insomnia dalam versi Korea. Saya lagi suka versi Wheesung dari Craig David. Maaf ye Craig. Ramai orang memerhatikan dia kerana dia merupakan penyanyi Asia pertama dari negara asing yang akan muncul di Amerika Syarikat di bawah label terkenal. Dia telah bekerjasama dengan artis terkenal seperti Rodney Jenkins (Dark Child), yang turut menghasilkan album Amerika penyanyi Se7en dan penyanyi R&B Neyo. Ramai yang menantikan kerjasama antara Wheesung dan Ne-Yo kerana mereka dikatakan akan terlibat dengan sebuah lagu yang sepatutnya berada di dalam album Michael Jackson.

Written by Langit Biru

November 7, 2009 pada 9:01 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: