Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu pertama November 2009

leave a comment »

Bulan baru dan minggu baru untuk 2009. Tidak lama lagi bulan Disember dan banyak anugerah muzik Korea akan ada. Tak sabar nak tengok persembahan.

Inilah Wheesung, penyanyi kegemaran saya. Suara dia memang sedap dan meruntun jiwa. Dia juga seorang penulis lirik, produser dan semuanya. Saya akan beli album dia tahun depan bila ada duit nanti. Semoga Wheesung akan berjaya di US kelak.

1. Lee Ssang (feat. Jung In) – 헤어지지 못하는 여자, 떠나가지 못하는 남자 (Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave)
Genre
: Hip-hop
Album: Trek 3 – Vol. 6 – Hexagonal
Lihat: Video Muzik
Komen: Lee Ssang kekal di tangga pertama untuk dua minggu berturut-turut dengan lagu hit mereka “Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” dari album keenam mereka “Hexagonal”. Duo ini telah mengesahkan tempat dalam muzik arus perdana dengan album keempat pada 2007, dengan lagu “Ballerino”. Walaubagaimanapun, untuk album kelima mereka tidak aktif membuat persembahan dan promosi. Kini dengan album keenam mereka telah bertukar label dan menyertai Jungle Entertainment untuk permulaan yang baru. Mempunyai tajuk tajuk lagu yang paling panjang untuk lagu pertama mereka iaitu Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” menampilkan vokal indah penyanyin R&B Jung In, yang selalu ditampilkan dalam lagu Lee Ssang. Lagu ini telah berada di puncak dalam semua carta muzik Internet di Korea ketika ini.

2. Wheesung – 주르륵 (Rain Falling)
Genre
: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Wheesung
Album: Trek 3 – Vol. 6 – Vocolate
Lihat: Video Muzik
Komen: Wheesung telah mara lagi dan kini berada di tangga kedua pada minggu ini. Ini album terbaru dia sebelum dia bersedia untuk pasaran Amerika. Wheesung mengeluarkan album keenam berjudul “Vocolate” yang dihasilkan sepenuhnya oleh dia sendiri dan judul album ini menggabungkan perkataan ‘Vocal’ dan ‘Chocolate’. Tajuk lagu pula ialah “Rain Falling” yang dihasilkan sepenuhnya oleh Wheesung. Lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang meninggalkan kekasihnya dan menahan air matanya dari jatuh tetapi dengan titis hujan yang turun membuatkan dia seperti menangis. Lagu ini menunjukkan dengan jelas kenapa Wheesung antara penyanyi yang hebat di Korea. Dengan melodi dan susunan lagu yang kompleks, tidak ramai penyanyi yang boleh melakukannya tetapi Wheesung membuatkan ia nampak mudah.

3. Kim Tae Woo – 사랑비 (Love Rain)
Genre: Pop
Muzik: Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Tae Woo
Album: Trek 3 – Album mini “T-Virus”
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu dari penyanyi kegemaran saya telah jatuh ke tempat ketiga pada minggu ini. Lagu ini menampilkan susunan yang teliti yang begitu sesuai dengan melodi yang menarik dan lirik. Ia mengisahkan tentang perpisahan yang dialami oleh setiap orang dan jika kita benar-benar merindukan dia, mereka akan pulang kepangkuan.

4. Park Hyo Shin – 사랑한 후에 (After Love)
Genre :
Pop Ballad
Muzik: Kim Do Hoon, Hwang Se Jun / Lirik: Kang Eun Kyung, Choi Kap Won
Album: Trek 2 – Vol. 6 – Gift : Part 1
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu balada ini ialah trek utama dari album keenam Park Hyo Shin iaitu “Gift – Part 1”. Ia menampilkan bunyi yang indah dari piano dan orkestra, irama yang rumit, lirik yang puitis dan vokal unik Park Hyo Shin. Dengan video muzik yang berskala besar yang dirakamkan di Switzerland menampilkan pelakon Park Si Yeon dan Park Yong Ha.

5. MC Mong – 호러쇼 (Horror Show)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: MC Mong
Album: Trek 3 – Vol. 5 Horror Show (Album Repek)
Lihat: Video Muzik
Komen: Pada awal musim panas yang lalu, MC Mong telah mengeluarkan album kelima dan telah berjaya. Kini dia mengeluarkan pula versi pek semula untuk album ini yang mengandungi tiga lagu baru. Tajuk lagu ini ialah ‘Horror Show’ dan berada di tempat kelima minggu ini. Lagu yang dihasilkan sepenuhnya oleh MC Mong dan menampilkan pelawak Kang Ho Dong dan kumpulan eletronika W & Whale. Lagu ini mempunyai irama hip hop dengan melodi yang rancak.

6. SHINee – Ring Ding Dong
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Yoo Young Jin
Album: Trek 3 – Album Mini 2009, Year of Us
Lihat: Video Muzik
Komen: SHINee telah mengeluarkan album mini ketiga yang berjudul “2009, Year of Us”. Sebelum ini mereka mempunyai single berjudul, Juliet. Tajuk lagu untuk album ini ialah “Ring Ding Dong,” yang mempunyai irama Congo Afrika dan muzik kontemporari yang mempunyai sedikit sintesizer elektrik. Irama yang kuat dan rancak dapat menarik perhatian dengan segera. Lagu ini menceritakan tentang saat jatuh cinta dengan bunyi loceng bermain di telinga.

7. T-Ara & Cho Shin Sung – TTL (Time To Love)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Kim Do Hoon / Lirik: Hwang Sung Jin, Rhymer, Joo Suk
Album: Trek 1 – Single digital TTL
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu hip hop ini menggabungkan T-ara dan Cho Shin Sung dalam album single digital pertama mereka. Lagu yang segar ini menggabungkan irama hip hop dan bunyi elektronik dan melodi Korea. Cho Shin Sung telah kembali dengan lagu ini membuat persembahan bersama T-ara setelah tidak aktif selama dua tahun. T-ara juga menunjukkan tarian baru.

8. MBLAQ – Oh Yeah
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini – Just Blaq
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan ini ialah anak didik Rain dan menjadi perhatian ramai. MBLAQ ialah bermaksud Music Boys Live in Absolute Quality, mempunyai lima ahli terdiri ketua kumpulan iaitu Seung Ho (22) juga yang paling tua. Vokalis utama ialah G.O (Jung Byung Hee) yang pernah menganggotai kumpulan TYKEYS. Adik beradik popular iaitu Mir (Bae Chul Young), adik kepada pelakon Go Eun Ah dan Cheong Dung (Park Sang Hyun) adik kepada Sandara dari 2NE1 yang merupakan rappers kumpulan. Akhir sekali, ialah Lee Joon iaitu vokalis yang turut berlakon sebagai Rain sewaktu kecil dalam filem Ninja Assassin. MBLAQ telah menjadi artis jemputan dalam konsert jelajah Rain iaitu Legend of Rainism di Korea dan kini telah tampil untuk pertama kali di khalayak ramai. Album mini MBLAQ mempunyai tiga lagu termasuk lagu Oh! Yeah.

9. SS501 – Love Like This
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 2 – Album Mini Rebirth
Lihat: Video Muzik
Komen: SS501 kembali setelah setahun lebih dengan album mini. Sebelum ini Setiap dari mereka sibuk dengan aktiviti solo. Album baru ini disiapkan dalam kesibukan mereka untuk konsert Jelajah Asia dan setelah tidak lama mengeluarkan lagu baru. Tajuk lagu ini ialah “Love Like This” yang dihasilkan bersama oleh Steven Lee, Ryan Scott, dan Sean Alexander. Lagu yang rancak ini mempunyai melodi yang dicipta khas oleh Ken Lewis yang telah banyak bekerja dengan artis antarabangsa.

10. Dynamic Duo – 죽일 놈 (Guilty)
Genre
: Hip-hop
Album: Trek 5 – Series 5 – Band Of Dynamic Brothers
Lihat: Video Muzik
Komen: Pasangan hip hop Dynamic Duo mempunyai lagu hits dalam setiap album mereka dan kini kembali dengan 14 lagu dalam album kelima mereka sebelum mereka menjalani khidmat negara. Jika diminta menjelaskan tentang elemen muzik di dalam album ini ialah, kurang unsur elektronik dan lebih peralatan muzik dan rakaman langsung. Terdapat juga bunyi dram dan bunyi bass yang dimasukkan ke dalam lagu. Pendengar juga dapat mendengar nyanyian berbanding rap dalam lagu. Tajuk lagu ini ialah “Guilty”. Walaupun mereka tidak membuat persembahan untuk mempromosikan lagu ini tetapi ia telah berjaya berada di tempat kesepuluh pada minggu ini.

Written by Langit Biru

November 11, 2009 pada 6:36 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: