Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Format baru AJL lebih praktikal?

leave a comment »

Saya suka baca tulisan Faizal Tahir. Macam kami mempunyai idea yang sama. Dia terlibat secara langsung dalam industri tapi saya hanya memerhatikan dari luar sahaja. Kali ini dia menyentuh sedikit mengenai live broadcast di TV tempatan. Saya suka betul. Bukan apa, mungkin sebab saya dah biasa tengok rancangan hiburan Korea sebab itu saya membuat perbandingan.

Bersama Faizal Tahir faizal (8 Oktober 2009)
tahir@bharian.com.my

ASSALAMUALAIKUM. Semoga hujung minggu ini membawa ketenangan dan kegembiraan kepada semua di samping dapat berehat bersama keluarga, teman atau orang tersayang. Minggu ini boleh dikatakan agak penting kepada industri muzik tanah air dengan bermulanya saringan pertama separuh akhir Muzik-Muzik ke-24, Jumaat lalu.

Sebelas lagu bertanding dua hari lalu. Tahniah diucapkan kepada semua atas kesungguhan dalam memastikan persembahan masing-masing adalah yang terbaik setakat ini. Dua lagi saringan akan berlangsung dan saya akan bertanding dalam saringan separuh akhir ketiga pada 20 November ini. Diharapkan peminat muzik datang beramai-ramai ke Sri Pentas II, Alam Sentral, Shah Alam untuk memberi sokongan kepada artis pilihan masing-masing.

Mungkin ada yang belum mengetahui mengenai format terbaru Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang akan berlangsung tidak lama lagi. AJL24 akan kembali ke format asalnya iaitu tanpa ada kategori tertentu untuk lagu terpilih. Sebaliknya, AJL24 menyaksikan 30 lagu terpilih bersaing mendapatkan 14 tempat di final dan acara kemuncak AJL24 bagi menobatkan satu lagu sebagai juara keseluruhan AJL24 nanti

Ini bermaksud saingan mendapatkan gelaran Juara Lagu lebih sengit dan terbuka. Kalau sebelum ini, mungkin pemenang masih boleh dibaca selepas diumumkan juara bagi kategori masing-masing, namun kali ini pemenang mungkin sukar diramal penonton. Pastinya perubahan pihak produksi Muzik-Muzik dengan visi memberikan yang terbaik demi kemajuan industri muzik tempatan.

Tiada lagi juara Pop Rock, Balada dan Etnik Kreatif. Ini membuktikan muzik itu universal. Namun, kalau mahu dibincangkan, sudah pasti topik ini akan mendapat sambutan dan reaksi berbeza daripada pelbagai pihak. Memang betul ia boleh diperdebatkan. Setiap konsep ditentukan pasti ada kekuatan dan kelemahan. Pasti ada pro dan kontra. Pasti ada yang menyokong dan membantah. Namun yang pasti, format baru ini lebih menguji juri kita dalam memilih juara keseluruhan nanti.

Diucapkan ‘good luck’ dan ‘all the best’ kepada semua teman artis yang akan bersaing dalam separuh akhir Muzik-Muzik pada 13 dan 20 November ini. Saya pasti semua akan memberikan yang terbaik. Pun begitu, fakta paling menarik mengenai pencalonan tahun ini adalah pembabitan ramai bakat baru dalam persada muzik tanah air. Tahun ini adalah tahun menyaksikan paling banyak muka baru selepas sekian lama kita tercari-cari pelapis untuk mempelopori industri muzik kita dalam masa terdekat ini.

Penyertaan daripada Bunkface, Hujan, Yuna, Aizat, Stacy, Pesawat, Grey Sky Morning, Alyah, Hafiz dan Akim adalah antara nama baru dan muda dalam persaingan separuh akhir Muzik-Muzik tahun ini. Ini adalah pencapaian cukup membanggakan bagi industri muzik Malaysia. Saya sendiri berasa kagum dan bangga berada dalam kelompok pendatang baru ini bagi memberi sumbangan dan mewarnakan lagi industri muzik tanah air.

Apa yang lebih menarik mengenai nama-nama disebutkan tadi, mereka bukan setakat menyanyi, tetapi juga mencipta dan menerbitkan muzik sendiri. Inilah sebenarnya faktor kepada keunikan muzik yang mereka bawa. Setiap band atau artis itu mempunyai ‘sound’ tersendiri bagi memberi kelainan.

Senario ini cukup berbeza dengan keadaan industri muzik kita pada suatu ketika dulu apabila seorang penerbit atau komposer menjadi penerbit kepada empat atau lima artis lain sekali gus. Ia tidak memberi kelainan dan identiti kepada artis berkenaan. Selain itu, satu lagi kesilapan diperhatikan apabila seseorang artis itu menggunakan khidmat sehingga empat atau lima penerbit dalam menerbitkan sesebuah album.

Seperti muzik baru yang menyegarkan dibawa bakat-bakat baru ini, saya juga menanti dan mengharapkan perkembangan sama dari segi produksi tempatan, khususnya bidang produksi dan rakaman muzik serta penyiaran. Saya pasti kehadiran muzik segar dan bakat baru ini mampu menyuntik semangat untuk generasi muda kita bersikap lebih positif dan terbuka minda untuk menghasilkan produk serta program lebih berkualiti dan ‘up to date’.

Bagi saya, kita masih belum mampu berbangga dengan apa yang kita ada. Banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki dan banyak lagi aspek perlu diteliti dan diambil berat. Aspek yang selalu menjadi keutamaan saya ialah kualiti ‘sound’ untuk penonton yang menyaksikan sesuatu program berlatar belakangkan muzik ‘live’.

Secara jujurnya, kita masih belum sampai ke tahap dapat memberikan impak kepada penonton dari segi ‘live broadcast’. Kebanyakan rancangan berlatar belakangkan muzik ‘live’ di negara kita masih belum mampu memberikan kualiti membanggakan kepada penonton kita. Kadangkala, muzik yang begitu baik dipersembahkan belum tentu lagi dapat dinikmati kualiti sebenarnya oleh penonton di rumah. Saya rasa sudah sampai waktunya untuk penggiat industri penyiaran melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan ini.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin terus memberi sokongan kepada rakan artis yang akan bertanding dalam separuh akhir Muzik-Muzik pada 13 dan 20 November ini. Selamat maju jaya dan ‘all the best’.

Jangan lupa juga untuk datang memeriahkan lagi konsert Fly-Anniversary Ke-4 pada Sabtu, 14 November ini di 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Selain saya, artis lain yang turut membuat persembahan ialah Bunkface, Estranged, Disagree, Joe Flizzow, Shila OIAM, Caprice dan ramai lagi. Wassalam.

Written by Langit Biru

November 11, 2009 pada 12:05 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: