Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Raihan : Jelajah hingga ke Amerika Selatan

leave a comment »

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my (13 November 2009)

Cara berhibur sambil berdakwah disenangi penduduk Trinidad and Tobago

BUAT kali kedua, kumpulan nasyid terkenal tanah air, Raihan menjejakkan kaki ke benua Amerika Selatan pada penghujung Oktober lalu bagi menjayakan persembahan sempena sambutan Aidilfitri dan Aidiladha peringkat kebangsaan kepada masyarakat Islam di kepulauan Trinidad and Tobago yang terletak Laut Carribean.

Image Hosted by ImageShack.us

DIKERUMUNI kanak-kanak sewaktu mengadakan persembahan.

Kali pertama mereka terbang ke benua berkenaan adalah pada 2007. Persembahan di karnival berkenaan dianjurkan Anjuman Sunnat-ul-Jamaat Association atau Asja yang berpangkalan di San Fernando, yang terletak di pulau Trinidad. Asja ialah pertubuhan Islam terbesar yang bergerak aktif menyampaikan dakwah kepada penduduk Islam negara terbabit. Ia diasaskan sejak 1936 lagi.

Penduduk Islam yang berjumlah lebih 65,000 orang mewakili enam peratus daripada keseluruhan penduduk negara berkenaan. Orang Islam pertama tiba ke negara itu dari benua Afrika, dibawa oleh penjajah.

Diterbangkan hingga ke London oleh Air Asia, perjalanan Raihan ke Port of Spain pula ditaja sebuah organisasi bukan kerajaan negara itu.

Menurut anggota kumpulan itu, Che Amran Idris, berdasarkan sambutan lalu, Raihan membuka lembaran baru bagi dunia hiburan Islam di benua Amerika Selatan yang terkenal dengan hiburan samba.

“Ironinya, Raihan diterima baik dan diminati semua lapisan masyarakat. Malah lagu Raihan menjadi ikutan anak-anak dan remaja di negara itu. Lagu Raihan dihafal oleh mereka yang majoritinya berbahasa Inggeris. Walaupun mereka tidak memahami sebahagian lagu itu, namun ia bukan halangan bagi mereka mendengar dan seterusnya menghafal lagu Raihan.

“Namun begitu, lagu Raihan yang dihasilkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris dan Arab menjadi tunjang daya penarik masyarakat setempat untuk menghayati mesej yang terkandung dalam lagu kumpulan ini,” jelas Che Amran.

Image Hosted by ImageShack.us

RAIHAN mengabadikan kenangan bersama Kusnitz.

Katanya, lebih istimewa apabila Charge d’Affaires Amerika Syarikat di negara itu, Len Kusnitz, turut terhibur dengan persembahan mereka.

Masyarakat Islam di sana juga mengagumi kejayaan Raihan yang berjaya menjelajah ke seluruh dunia merentasi enam benua sepanjang 13 tahun menjadi artis nasyid.

Katanya, bagi masyarakat Trinidad, Raihan menjadi ikon Islam yang menjadi kebanggaan mereka kerana Raihan berjaya menampilkan imej positif bagi umat Islam pada mata masyarakat bukan Islam di negara itu.

“Raihan membuktikan dakwah melalui muzik berjaya menarik minat orang bukan Islam untuk mengenali islam dengan lebih dekat. Di kalangan masyarakat Islam pula, mereka dapat bersatu dengan adanya hiburan ala Raihan tanpa mengira perbezaan pandangan dan pendapat.

Image Hosted by ImageShack.us

KETIKA ditemu bual sebuah stesen radio di Port of Spain.

“Bukan itu saja, orang islam dari negara jiran juga menghadiri konsert ini termasuk dari Venezuela, Surinam, Jamaica, dan lain-lain,” tambah Che Amran sambil memberitahu, pada acara itu, Raihan menyampaikan lagu hit mereka dalam bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Urdu.

Katanya, fenomena Raihan juga menular di sana apabila beberapa kumpulan nasyid ditubuhkan mengikut konsep Raihan. Lebih penting, Raihan dijadikan model keamanan bagi masyarakat Amerika Selatan dalam menonjolkan imej Islam yang positif.

Album acapella Raihan

MENYENTUH perkembangan terbaru kumpulan itu, Che Amran memberitahu, pada Ramadan lalu mereka merakamkan kembali lagu popular Assolatuwassalam dalam bentuk acapella. Ia akan diterbitkan terlebih dulu secara single, sebelum dimuatkan ke dalam album acapella kumpulan berkenaan.

“Pada tahun lalu, kami menerbitkan album kesembilan berjudul Praises For The Prophet. Ia akan dibungkus semula, dengan memasukkan sekali lagu Assolatuwassalam versi acapella dan akan diberi judul baru, Selawaterapi. Insya-Allah, jika tidak ada aral melintang, kami akan memasarkannya pada Disember ini,” kata Che Amran.

Selepas menamatkan kontrak bersama Warner Music kira-kira tiga tahun lalu, Raihan kini menguruskan sendiri pengedaran dan penjualan album mereka.

“Kami kini percaya, sekiranya album nasyid di jual secara terus di lokasi kami mengadakan persembahan, ia lebih menampakkan hasil. Kami percaya pasaran untuk album nasyid masih ada, cuma peminat lebih suka sekiranya artis nasyid itu sendiri turun padang menjual album masing-masing,” katanya.

Pada sesuatu karnival, kumpulan itu mampu menjual sehingga 1,000 unit album sehari. Kata Che Amran, jualan lebih rancak apabila peminat dapat bersemuka, beramah-mesra, bergambar dan meminta autograf daripada artis.

“Paling tidak, mereka tergerak hati untuk mengeluarkan duit membeli album kami apabila melihat Raihan berada di depan mata,” kata Che Amran sambil berseloroh, Raihan kini turut tergolong dalam kumpulan ‘indie’ apabila bergerak secara sendiri.

Tahniah Raihan. Mereka ni pernah buat persembahan di Korea tak?

Written by Langit Biru

November 13, 2009 pada 11:06 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: