Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Ashraf Muslim: Jaga badan luar dalam

leave a comment »

Dah lama tak dengar berita dia. Rasanya dia ada drama baru. Tapi tak ikut pula. Jadi duta produk sekarang.

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my (14 November 2009)

Ashraf atau nama sebenarnya, Mohd Ashraf Muslim, 28, dari Teluk Mas, Melaka berkata, seseorang pelakon juga perlu mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar anak seni. Selain bakat, paras rupa dan penampilan juga memainkan peranan penting dalam membantu menaikkan lagi kerjaya seni seseorang pelakon.

Image Hosted by ImageShack.us

MENYEDARI persaingan sengit di persada seni tanah air, pelakon meningkat naik, Ashraf Muslim sudah membuat persiapan aspek mental dan fizikal sebelum melangkahkan kakinya menjadi anak seni, kira-kira tiga tahun lalu.

“Jika pelakon itu selekeh dan tidak terurus, sudah pasti pengarah tidak berminat untuk mengambilnya berlakon. Dia juga sukar untuk menarik perhatian penonton.

“Saya juga sangat mengutamakan penjagaan kesihatan tubuh, sejak dulu. Maklumlah, sebagai pelakon, masa saya banyak dihabiskan di lokasi penggambaran. Justeru, saya memang mencari produk kesihatan yang sesuai untuk memelihara kesihatan tubuh.

“Selain melakukan senaman di gimnasium, saya juga mengambil banyak makanan berkhasiat tapi ia tidak banyak membantu mengatasi masalah dihadapi.

“Bagaimanapun, sejak diperkenalkan dengan produk Brand’s InnerShine Pati Beri, saya berasa lebih bersemangat untuk bekerja. Sebelum ini, saya memang berasa liat dan susah untuk bangun pada awal pagi. Mungkin kerana tubuh saya penat selepas sehari suntuk di lokasi penggambaran drama.

“Namun, selepas mengamalkan produk pati beri ini, saya terus mengakui khasiatnya. Sebelum ini, mata saya akan berasa penat dan kering selepas melalui penggambaran hingga lewat malam. Selepas mengamalkan InnerShine Pati Beri ini, mata saya lebih segar dan lembap,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama komedi Dari Mata Ke Hati terbitan Radius One Sdn Bhd (ROSB) dan Ambang Fokus Sdn Bhd, baru-baru ini. .

Ashraf yang dikenali menerusi watak pemuda alim dan baik dalam drama Puaka Niyang Rapik dan Yusuff berkata, dia juga mengalami masalah rabun jauh yang teruk dan selepas mengamalkan pati beri, masalah itu semakin berkurangan.

“Kini saya menjadikan pati beri ini sebagai minuman wajib setiap pagi. Saya juga difahamkan, InnerShine Pati Beri adalah pati buah-buahan asli yang diperbuat daripada buah-buahan beri premium yang memberi khasiat kepada mata.

“Rumusan baru InnerShine pati beri juga membawakan campuran hebat tujuh jenis buah beri dari Eropah yang membuatkan mata segar dan bersinar sepanjang hari,” katanya.

Mengenai wataknya dalam drama Dari Mata Ke Hati, Ashraf berkata, dia menerima tawaran buat drama itu kerana tertarik dengan watak Johan yang ditawarkan padanya.

“Watak Johan yang juga akauntan ini lain dari yang lain dan belum pernah saya lakonkan sebelum ini. Selain watak, jalan ceritanya juga bagus. Sekalipun bertugas sebagai akauntan, Johan juga seorang yang ringkas dan suka menonton filem.

“Saya juga tiada masalah bekerja dengan pengarah muda, Isma Yusoof dalam drama ini kerana sudah kenal lama dengannya. Saya pernah berlakon dengannya sebelum ini. Pada pandangan saya, Isma seorang pengarah muda yang kreatif dan dia juga mempunyai banyak idea bernas dan ‘shot’ yang diambilnya juga menarik.

“Dia juga pengarah muda yang berkarisma dan semua orang termasuk artis dan kru akan mengikut apa yang dikehendakinya. Pelakon baru seperti Shah Jaszle dan Sharnaz juga ada kelebihan kerana mereka cekap tangkap apa yang dikehendaki pengarah. Pada masa sama, mereka juga ingin belajar perkara baru di lokasi,” katanya yang turut menjayakan drama bersiri 26 episod, Jangan Pandang Belakang musim 2 terbitan MIG Production Sdn Bhd.

Image Hosted by ImageShack.us

KADANG kala kita melihat pelakon baru yang semakin terserlah sinar bintangnya, Ashraf Muslim tidak mengenakan kaca mata ketika berlakon dan kadang-kadang dia menggayakannya dengan selesa mengikut watak dan karakter bersesuaian.

Sebenarnya tanpa diketahui, Ashraf lebih gemar menggunakan kaca mata memandangkan dia sebenarnya menghadapi masalah rabun jauh.

“Sebenarnya saya mengalami masalah rabun jauh ini sudah lama dan lebih selesa menggunakan kaca mata ketika berada di luar. Ketika berlakon pun saya sebenarnya lebih suka menggunakan kaca mata kerana itu lebih selesa berbanding memakai kanta pelengkap.

“Namun saya terpaksa akur sekiranya pengarah mahukan karakter saya tidak perlu memakai kaca mata dan kanta pelengkap adalah jalan penyelesaiannya,” katanya yang menghadapi masalah itu sejak kecil.

Dari Berita Harian hari ini. Comelnya pakai cermin mata. Saya suka lelaki yang pakai cermin mata ni. :)

Written by Langit Biru

November 14, 2009 pada 7:39 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: