Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu kedua November 2009

leave a comment »

Minggu kedua bulan November. Sekarang musim luruh di Korea dan ramai artis akan mengeluarkan album baru dalam masa terdekat ini. Sekarang memang saingan hebat di antara penyanyi solo lelaki di Korea.

Ini kumpulan SHINee yang sekarang popular dengan lagu Ring Ding Dong. Lagu ini banyak lirik berulang. Kumpulan ini muda belia lagi dan mempunyai beberapa lagu popular dan juga telah mendapat tempat pertama dalam carta.

1. Lee Ssang (feat. Jung In) – 헤어지지 못하는 여자, 떠나가지 못하는 남자 (Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave)
Genre: Hip-hop
Album: Trek 3 – Vol. 6 – Hexagonal
Lihat: Persembahan
Komen: Walaupun terdapat persaingan sengit tetapi Lee Ssang kekal di tangga pertama untuk tiga minggu berturut-turut dengan lagu hit mereka “Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” dari album keenam mereka “Hexagonal”. Duo ini telah mengesahkan tempat dalam muzik arus perdana dengan album keempat pada 2007, dengan lagu “Ballerino”. Walaubagaimanapun, untuk album kelima mereka tidak aktif membuat persembahan dan promosi. Kini dengan album keenam mereka telah bertukar label dan menyertai Jungle Entertainment untuk permulaan yang baru. Mempunyai tajuk tajuk lagu yang paling panjang untuk lagu pertama mereka iaitu Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” menampilkan vokal indah penyanyin R&B Jung In, yang selalu ditampilkan dalam lagu Lee Ssang. Lagu ini telah berada di puncak dalam semua carta muzik Internet di Korea ketika ini.

2. SHINee – Ring Ding Dong
Genre: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Yoo Young Jin
Album: Trek 3 – Album Mini 2009, Year of Us
Lihat: Persembahan
Komen: SHINee semakin menghampiri puncak dengan lagu terbaru “Ring Ding Dong,” yang mempunyai irama Congo Afrika dan muzik kontemporari yang mempunyai sedikit sintesizer elektrik. Irama yang kuat dan rancak dapat menarik perhatian dengan segera. Lagu ini menceritakan tentang saat jatuh cinta dengan bunyi loceng bermain di telinga.

3. SS501 – Love Like This
Genre: Pop / Dance
Album: Trek 2 – Album Mini Rebirth
Lihat: Persembahan
Komen: Pencabar terdekat untuk tempat pertama ialah SS501 dengan lagu “Love Like This” yang dihasilkan bersama oleh Steven Lee, Ryan Scott, dan Sean Alexander. Lagu yang rancak ini mempunyai melodi yang dicipta khas oleh Ken Lewis yang telah banyak bekerja dengan artis antarabangsa.

4. Wheesung – 주르륵 (Rain Falling)
Genre: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Wheesung
Album: Trek 3 – Vol. 6 – Vocolate
Lihat: Persembahan
Komen: Wheesung telah jatuh dua anak tangga pada minggu ini. Tajuk lagu pula ialah “Rain Falling” yang dihasilkan sepenuhnya oleh Wheesung. Lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang meninggalkan kekasihnya dan menahan air matanya dari jatuh tetapi dengan titis hujan yang turun membuatkan dia seperti menangis. Lagu ini menunjukkan dengan jelas kenapa Wheesung antara penyanyi yang hebat di Korea. Dengan melodi dan susunan lagu yang kompleks, tidak ramai penyanyi yang boleh melakukannya tetapi Wheesung membuatkan ia nampak mudah.

5. MBLAQ – Oh Yeah
Genre: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini – Just Blaq
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan ini ialah anak didik Rain dan menjadi perhatian ramai. MBLAQ ialah bermaksud Music Boys Live in Absolute Quality, mempunyai lima ahli terdiri ketua kumpulan iaitu Seung Ho (22) juga yang paling tua. Vokalis utama ialah G.O (Jung Byung Hee) yang pernah menganggotai kumpulan TYKEYS. Adik beradik popular iaitu Mir (Bae Chul Young), adik kepada pelakon Go Eun Ah dan Cheong Dung (Park Sang Hyun) adik kepada Sandara dari 2NE1 yang merupakan rappers kumpulan. Akhir sekali, ialah Lee Joon iaitu vokalis yang turut berlakon sebagai Rain sewaktu kecil dalam filem Ninja Assassin. MBLAQ telah menjadi artis jemputan dalam konsert jelajah Rain iaitu Legend of Rainism di Korea dan kini telah tampil untuk pertama kali di khalayak ramai. Album mini MBLAQ mempunyai tiga lagu termasuk lagu Oh! Yeah.

6. Kim Tae Woo – 사랑비 (Love Rain)
Genre: Pop
Muzik: Lee Hyun Seung / Lirik: Kim Tae Woo
Album: Trek 3 – Album mini “T-Virus”
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu dari penyanyi kegemaran saya telah jatuh ke tempat keenam pada minggu ini. Lagu ini menampilkan susunan yang teliti yang begitu sesuai dengan melodi yang menarik dan lirik. Ia mengisahkan tentang perpisahan yang dialami oleh setiap orang dan jika kita benar-benar merindukan dia, mereka akan pulang kepangkuan.

7. Dynamic Duo – 죽일 놈 (Guilty)
Genre: Hip-hop
Album: Trek 5 – Series 5 – Band Of Dynamic Brothers
Lihat: Video Muzik
Komen: Pasangan hip hop Dynamic Duo mempunyai lagu hits dalam setiap album mereka dan kini kembali dengan 14 lagu dalam album kelima mereka sebelum mereka menjalani khidmat negara. Jika diminta menjelaskan tentang elemen muzik di dalam album ini ialah, kurang unsur elektronik dan lebih peralatan muzik dan rakaman langsung. Terdapat juga bunyi dram dan bunyi bass yang dimasukkan ke dalam lagu. Pendengar juga dapat mendengar nyanyian berbanding rap dalam lagu. Tajuk lagu ini ialah “Guilty”. Walaupun mereka tidak membuat persembahan untuk mempromosikan lagu ini tetapi ia telah berjaya berada di tempat ketujuh pada minggu ini.

8. Seo In Kook – 부른다 (Calling You)
Genre: R&B Ballad
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 2 – Single Digital “Calling You”
Lihat: Persembahan
Komen: Penyanyi baru Seo In Kook terus membuat kejutan pada minggu ini. Dia merupakan juara rancangan Superstar K dan kini telah mengeluarkan album. Lagu ini yang berjudul “Calling You” dicipta oleh Hitman Bang yang telah mencipta lagu untuk semua lagu hit 8Eight. Baek Chan dari kumpulan 8Eight juga turut menulis lirik lagu ini. Lagu ini telah berada di carta muzik internet dan juga radio di Korea.

9. Hwan Hee – 심장을 놓쳐서 (Dropped My Heart)
Genre: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Lee Sang In
Album: Trek 1 – Album mini “H Soul”
Lihat: Persembahan
Komen: Selepas duo Fly to the Sky menyambut ulang tahun kesepuluh, Hwanhee kini kembali dengan album solo pertama yang bertajuk ‘H Soul’. Album ini dihasilkan sendiri oleh dia. Tajuk lagu yang berjudul “Dropped My Heart” menunjukkan vokalnya yang jelas sesuai dengan bunyi elektronik. Lagu ini menjadi lagu hit pertama HwanHee dan berada di tangga kesembilan.

10. BEAST – Bad Girl
Genre: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Lee Sang Ho, Shin Sa Dong Tiger
Album: Trek 2 – Album mini “Beast Is The B2ST”
Lihat: Persembahan
Komen: Selain MBLAQ, ada lagi satu kumpulan yang menimbulkan kemeriahan iaitu BEAST. Kumpulan yang mempunyai enam ahli ini bukan lah baru di industri kerana sebelum ini mereka pernah mempunyai pengalaman. Mereka terdiri daripada Lee Gi Kwang sebelum ini solo dengan nama AJ pada awal tahun ini. Jang Hyun Seung (SO-1) yang merupakan ahli terakhir disingkirkan dalam program realiti Big Bang dan Yoon Doo Joon antara pelatih dari JYP dalam satu program realiti yang lain. Bersama dengan ang Yo Seob, Son Dong Woon, dan bekas ahli Xing Yong Jun Hyung (Poppin’ Dragon). Lagu mereka yang bertajuk “Bad Girl” ialah lagu rancak yang ditulis ole Lee Sang Ho dan Shin Sa Dong Tiger yang turut menulis lagu “Hot Issue” dan “Muzik” untuk 4minute. Lagu ini berada di tempat kesepuluh minggu ini.

Written by Langit Biru

November 18, 2009 pada 9:06 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: