Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Danny Ahn dalam drama ‘Chuno’

leave a comment »

Danny Ahn akan berlakon dalam drama baru tidak lama lagi. Drama tersebut akan disiarkan di KBS pada tahun hadapan. Ia drama period saguek atau pun ala purba. Ada adegan lawan pedang, pergaduhan, menangis, cinta dan yang sewaktu dengannya.

Proses penggambaran telah bermula sejak sebulan yang lepas, tapi memandangkan watak Danny hanyalah sebagai pembantu je. Takdelah dia sentiasa di set penggambaran sahaja. Dalam drama ini, Danny akan berubah menjadi seorang yang maskulin. Saya pun tak faham dari segi mana. Tapi untuk menjadikan watak dia lebih realistik dia telah menjalani latihan fizikal seperti menunggang kuda, lawan pedang, pertahanan diri setiap hari selama enam jam.

Danny juga berkata semenjak dia mendapat skrip drama ini dia amat teruja kerana drama ini amat menarik. Dia dapat berjumpa dengan pelakon yang lain dengan gembira. Dia merasakan yang dia dapat menunjukkan perubahan dalam lakonannya. Dia juga bercadang untuk menunjukkan sisi matangnya yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Sehingga kini dia tidak pernah berlatih begitu kuat seperti ini dan tidak pernah mempelajari seni mempertahankan diri dan juga berlawan pedang.

Tak sabar nak tau macam mana Danny akan berubah. Drama ini menjadi perhatian umum kerana mempunyai barisan pelakon utama yang berbakat lagi terkenal. Dijangka akan disiarkan pada pertengahan tahun 2010. Memandangkan ia akan disiarkan di KBS, maka dengan ini KBS World juga pasti akan menyiarkan drama ini.

Written by Langit Biru

November 23, 2009 pada 9:05 am

Dikirim dalam Berita, Drama

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: