Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu ketiga November 2009

leave a comment »

Akhir tahun semakin menjelang dan tak sabar rasanya untuk melihat festival muzik yang akan berlangsung pada hujung tahun ini. Tiga stesen TV utama di Korea akan menyiarkan rancangan khas di mana para penyanyi akan membuat persembahan.

Kali ini carta mempunyai penyanyi solo perempuan yang baru. Lihat sajalah di bawah.

Image Hosted by ImageShack.us

SS501 kumpulan idola yang saya minati. Saya suka lagu mereka yang baru ini. Cuma imej mereka kali ini lain sikit. Mereka mempunyai bakat dalam menyanyi, menari serta berlakon. Kira mempunyai pakej yang lengkap lah. Serta mempunyai peminat yang ramai termasuk saya.

1. SHINee – Ring Ding Dong
Genre: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Yoo Young Jin
Album: Trek 3 – Album Mini 2009, Year of Us
Lihat: Video Muzik
Komen: SHINee akhirnya berjaya menjadi juara dengan lagu terbaru “Ring Ding Dong”. Lagu ini telah menjadi juara selama beberapa minggu dalam banyak carta muzik di Korea. Lagu ini yang mempunyai irama Congo Afrika dan muzik kontemporari yang mempunyai sedikit sintesizer elektrik. Irama yang kuat dan rancak dapat menarik perhatian dengan segera. Lagu ini menceritakan tentang saat jatuh cinta dengan bunyi loceng bermain di telinga.

2. SS501 – Love Like This
Genre: Pop / Dance
Album: Trek 2 – Album Mini Rebirth
Lihat: Video Muzik
Komen: Pencabar terdekat untuk tempat pertama ialah SS501 dengan lagu “Love Like This” yang dihasilkan bersama oleh Steven Lee, Ryan Scott, dan Sean Alexander. Lagu yang rancak ini mempunyai melodi yang dicipta khas oleh Ken Lewis yang telah banyak bekerja dengan artis antarabangsa.

3. Lee Ssang (feat. Jung In) – 헤어지지 못하는 여자, 떠나가지 못하는 남자 (Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave)
Genre: Hip-hop
Album: Trek 3 – Vol. 6 – Hexagonal
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini telah jatuh ke tempat ketiga pada minggu ini dengan lagu hit mereka “Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” dari album keenam mereka “Hexagonal”. Duo ini telah mengesahkan tempat dalam muzik arus perdana dengan album keempat pada 2007, dengan lagu “Ballerino”. Walaubagaimanapun, untuk album kelima mereka tidak aktif membuat persembahan dan promosi. Kini dengan album keenam mereka telah bertukar label dan menyertai Jungle Entertainment untuk permulaan yang baru. Mempunyai tajuk tajuk lagu yang paling panjang untuk lagu pertama mereka iaitu Girl That Can’t Break Up, Guy that Can’t Leave” menampilkan vokal indah penyanyin R&B Jung In, yang selalu ditampilkan dalam lagu Lee Ssang.

4. Brown Eyed Girls – Sign
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Lee Min Soo / Lirik: Kim Ina
Album: Trek 1 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G (Album Pek Semula)
Lihat: Video Muzik
Komen: Brown Eyed Girls mempunyai lagu hits setiap kali. Lagu terbaru bertajuk “Sign” hanya memerlukan dua minggu untuk terus berada di dalam tangga lima teratas. Lagu ini yang dihasilkan oleh Lee Min Soo yang menghasilkan “LOVE” dan “Abracadabra” dan lirik oleh Kim Ina. Melodi lagu yang ceria serta tempo yang menyegarkan. Dengan lagu hit terbaru, Brown Eyed Girls mempunyai peluang cerah untuk bersaing dalam anugerah muzik akhir tahun.

5. Seo In Kook – 부른다 (Calling You)
Genre: R&B Ballad
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 2 – Single Digital “Calling You”
Lihat: Video Muzik
Komen: Penyanyi baru Seo In Kook terus membuat kejutan pada setiap minggu. Lagu debut dia berada di tangga kelima pada minggu ini. Dia merupakan juara rancangan Superstar K dan kini telah mengeluarkan album. Lagu ini yang berjudul “Calling You” dicipta oleh Hitman Bang yang telah mencipta lagu untuk semua lagu hit 8Eight. Baek Chan dari kumpulan 8Eight juga turut menulis lirik lagu ini. Lagu ini telah berada di carta muzik internet dan juga radio di Korea. Walaupun lambat beraksi untuk tahun ini, tetapi dia masih dikira antara pendatang baru yang berjaya pada tahun ini.

6. Ivy – Touch Me
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 3 – Vol. 3 I Be…
Lihat: Video Muzik
Komen: Dua tahun lepas, Ivy ialah antara salah seorang penyanyi yang unggul di Korea. Tetapi kareernya terhenti setelah skandal dengan bekas teman lelakinya. Sekarang, dia meninggalkan kenangan itu dan kembali dengan album ketiga. Album baru ini menunjukkan gaya comel dan seksinya. Tajuk album ialah “I Be” bermaksud “I’m Ivy as well as I’m Starting and I Exist”. Tajuk lagu pula ialah “Touch Me” yang berentak pop dan mempunyai melodi yang ringkas dan bunyi elektronik. Ia adalah hasil karya Psy dan Yoo Gun Hyung. Seperti lagu hitnya “Sonata of Temptation” yang lalu, “Touch Me” menunjukkan gaya seksi dan karisma yang hanya boleh Ivy tonjolkan. Ivy berada di tangga keenam pada minggu ini.

7. See Ya – 그놈 목소리 (His Voice)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Lee Min Soo / Lirik: Kim Ina
Album: Trek 1 – Album mini “Rebloom”
Lihat: Video Muzik
Komen: See Ya kembali dengan album mini terbaru termasuk dengan ahli baru SooMi yang menggantikan Nam Gyuri. Tajuk lagu ini ialah “His Voice” yang turut menghasilkan lagu hit untuk Brown Eyed Girls. Lagu yang rancak ini mempunyai melodi yang menarik iaitu “Solgit Solgit, Holic Holic, Chullung Chullung.” Liriknya yang ceria dan vokal yang sesuai dengan lagu berentak pop elektronika ini. Lagu ini berada di tangga ketujuh pada minggu ini.

8 MBLAQ – Oh Yeah
Genre: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini – Just Blaq
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan ini ialah anak didik Rain dan menjadi perhatian ramai. MBLAQ ialah bermaksud Music Boys Live in Absolute Quality, mempunyai lima ahli terdiri ketua kumpulan iaitu Seung Ho (22) juga yang paling tua. Vokalis utama ialah G.O (Jung Byung Hee) yang pernah menganggotai kumpulan TYKEYS. Adik beradik popular iaitu Mir (Bae Chul Young), adik kepada pelakon Go Eun Ah dan Cheong Dung (Park Sang Hyun) adik kepada Sandara dari 2NE1 yang merupakan rappers kumpulan. Akhir sekali, ialah Lee Joon iaitu vokalis yang turut berlakon sebagai Rain sewaktu kecil dalam filem Ninja Assassin. MBLAQ telah menjadi artis jemputan dalam konsert jelajah Rain iaitu Legend of Rainism di Korea dan kini telah tampil untuk pertama kali di khalayak ramai. Album mini MBLAQ mempunyai tiga lagu termasuk lagu Oh! Yeah.

9. Park Bom – You And I
Genre
: R&B
Album: Trek 1 – Single digital “You And I”
Lihat: Video Muzik
Komen: Vokalis utama 2NE1, Park Bom telah mengeluarkan single digital pertama yang dihasilkan oleh Teddy. Lagu ini mengisahkan tentang janji yang dimeterai untuk selamanya. Keupayaan vokal Park Bom jelas ditunjukkan dalam lagu ini.

10. K.will – 그립고 그립고 그립다 (Yearn Yearn Yearn)
Genre
: Pop Ballad
Muzik: Hwang Chan Hee / Lirik: Hwang Chan Hee, Cho Eun Hee
Album: Trek 2 – K Will Vol. 2
Lihat: Video Muzik
Komen: Pada tahun ini K.Will mempunyai pencapaian yang membanggakan, mempunyai lagu popular, sama ada dari album/single serta lagu untuk drama. Sekarang dia mengeluarkan album kedua bertajuk “Yearn Yearn Yearn”. Walaupun mempunyai banyak lagu hit, tetapi ini album penuh pertama selepas dua tahun. Lagu ini yang sama dengan judul album berada di tempat kesepuluh. Lagu ini berentak balada yang sesuai dengan vokal K.Will.

Written by Langit Biru

November 24, 2009 pada 6:04 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: