Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Tae Woo belikan hadiah untuk Seo In Young

leave a comment »

Kim Tae Woo ni nampak jer besar dan ganas tapi dia baik hati sebenarnya. Baik hati, penyayang dan setia kepada keluarga dan rakan-rakan.

Dalam rancangan MBC Quiz that Changes the World (Sebakwi) yang disiarkan pada 19 September yang lalu, Kim Tae Woo yang menjadi tetamu undangan telah memberitahu yang dia memberi pakaian kepada Seo In Young sebagai hadiah hari lahir. Seo In Young juga turut hadir sebagai tetamu.

Kim Tae Woo memang menyukai Kim Tae Woo semasa dia masih lagi menjalani khidmat negara. Dia terpikat kepada Seo In Young semasa menonton video muzik One More Time nyanyian kumpulan Jewelry yang dianggotai oleh Kim Tae Woo.

Tapi nak tau pakaian apa yang diberikan oleh dia. Kim Tae Woo memberikan pakaian tidur kepada Seo In Young. Ini memang membuatkan semua orang terkejut. MC rancangan terkejut dengan pilihan hadiah yang diberikan dan berkata hadiah itu pun susah hendak diberikan kepada teman wanita sendiri inikan pula orang lain. Danny Ahn yang juga turut serta dalam rancangan itu turut mencelah, “Macam mana tahu saiz Seo In Young?” dan ini membuatkan muka Kim Tae Woo merah dan terdiam. Ambik ko.

Ini bermula apabila Kim Tae Woo mengajak Seo In Young untuk menghadiri parti harijadinya dan ingin pergi ke majlis hari jadi Seo In Young. Akhirnya dia pergi ke parti Seo In Young dengan penyanyi Lyn. Ini disebabkan Lyn rapat dengan Seo In Young.

Kim Tae Woo membalas balik dengan berkata yang dia selalu memberi hadiah tersebut kepada kawan-kawan perempuannya dan memang rasa kurang sopan tapi ini nampak kelakar kepada Seo In Young dan seronok untuk dia jadi dia pun belikan lah hadiah tersebut.

Seo In Young berkata yang dia tidak menyedari pada mulanya tetapi bila mengenang kembali memang pelik. Saya tak tau nak menangis atau ketawa. Tolong lah TaeWoo kahwinlah cepat.

Written by Langit Biru

November 24, 2009 pada 9:05 am

Dikirim dalam Video

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: