Langit Biru

Semua orang sudah tahu

That Fool dan He Who Can’t Marry di KBS World

leave a comment »

Dah lama saya tak cerita pasal drama Korea. Waktu siaran drama Korea di KBSWorld tidak sesuai untuk saya sebab waktu perdana ialah waktu ibubapa saya menonton TV. Nak tunggu ulangan, lambat pula. Kalau nak muat turun, lagi lah malas.

Tapi saya dapat juga menonton beberapa drama walaupun tertinggal beberapa episod. Drama-drama berikut telah disiarkan pada bulan April dan Mei awal tahun ini. Kedua-duanya berunsurkan komedi romantik dan terdapat pelakon kegemaran saya..

Drama pertama ialah The Accidental Couple lakonan Hwang Jung Min, Kim Ah Joong, Baek Sung Hyun dan Lee Chung Ah sementara drama kedua ialah He Who Can’t Marry lakonan Yoo Ah In, Yang Jung Ah, Ji Jin Hee, Uhm Jung Hwa & Kim So Eun

Untuk drama pertama The Accidental Couple, drama ini tipikal drama Korea. Mengandungi hampir kesemua elemen drama kecuali penyakit yang membawa maut. Lakonan yang bersahaja dari para pelakon membuatkan saya tertarik. Saya mula menonton pada episod kelapan. Saya tidak membaca sebarang ulasan drama ini. Entah macammana saya boleh menonton drama ini dan terus mengikuti sehingga tamat.


Drama ini mempunyai 16 episod dan mengisahkan seorang pemuda yang bekerja sebagai posmen dan seorang pelakon wanitan terkenal di mana perhubungan mereka bermula akibat perkahwinan kontrak selama enam bulan.

Cerita ini berlaku selepas mereka berkahwin dan bagaimana kisah cinta mereka berputik. Boleh dikatakan hampir setiap episod terdapat adegan kelakar. Hwang Jung Min yang memegang watak sebagai Gu Dong Baek seorang posmen yang menjalani kehidupan yang biasa bertemu dengan Han Ji Soo yang dilakokan oleh Kim Ah Joong.

Watak sampingan seperti teman lelaki Han Ji Soo iaitu Kim Kang Mo, pengurus Han Ji Soo, Jo Seung Eun dan adik kepada dua pelakon utama iaitu Lee Chung Ah dan Baek Sung Hyun. Saya suka pelakon Lee chung Ah dan Baek Sung Hyun sebab mereka berdua comel.

Ini pula ialah video muzik dari drama tersebut lagu bertajuk “One Day” nyanyian Lee Seung Chul.

Untuk drama kedua pula ialah, He Who Can’t Marry dan berdasarkan dari drama Jepun yang terkenal iaitu Kekkon Dekinai Otoko (yang bermaksud “man who can’t get married”) yang disiarkan pada tahun 2006. Saya belum lagi melihat drama Jepun tu.

Image Hosted by ImageShack.us

Drama ini juga mempunyai 16 episod. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang berumur 40 tahun. Jo Jae Hee lakonan Ji Jin Hee seorang arkitek yang terkemuka dan mempunyai syarikat sendiri. Dia seorang yang terkenal di dalam industri kerana rekaannya yang menakjubkan. Walaubagaimanapun dia masih lagi belum berkahwin dan ini menyebabkan ibunya risau. Dia tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain dan tidak pernah terfikir untuk tinggal bersama dengan orang lain.

Pada suatu hari dia berjumpa seorang doktor wanita Jang Mun Jung lakonan Uhm Jung Hwa yang juga mempunyai persamaan dengannya. Sejak hari itu, dia merasakan ingin berbual dengan Mun Jung dan bergantung kepadanya. Dia juga berkenalan dengan jiran sebelah rumahnya dan mula terbuka hati untuk mengenali orang lain.

Saya suka kedua-dua watak utama iaitu Ji Jin Hee dan Uhm Jung Hwa berdasarkan drama dan filem mereka terdahulu.Drama in memang comel betul.

Ini pula ialah video muzik dari drama tersebut lagu bertajuk “You’re Beautiful” nyanyian Shin Hye Sung.

Written by Langit Biru

November 26, 2009 pada 9:05 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: