Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Tae Woo jika bukan penyanyi

leave a comment »

Baru-baru ni saya beritahu yang Kim Tae Woo ni baik hati, penyayang dan yang sewaktu dengannya. Tapi dia ni degil sikit ye lah, anak lelaki tunggal kesayangan lah katakan.

Dalam satu rancanga bual bicara “Happy Day” MBC, Kim Tae Woo telah ditemuramah bersama dengan ibubapanya serta dua orang kakaknya. Kim Tae Woo anak bongsu dari tiga beradik.

Image Hosted by ImageShack.us

Tapi dalam gambar di atas tak tunjuk pula, dua kakaknya itu. Tapi kalau tengok, Kim Tae Woo lagi besar berbanding kedua ibubapanya. Dalam episod ini, mereka bercerita bagaimana Kim Tae Woo boleh terlibat dalam industri seni. Ini memandangkan Kim Tae Woo ialah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, ketua pelajar di sekolah dan mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah di kalangan rakan sebaya.

Ibu bapa dia menyedari potensi yang ada pada anak mereka dan berharap yang dia akan menjadi Presiden Korea pada masa hadapan. Tapi ini tidak berlaku, memandangkan Kim Tae Woo ingin menjadi seorang penyanyi. Memang pada mulanya mereka menghalang kehendak Kim Tae Woo sehinggalah mereka menerima satu panggilan telefon dari Park Jin Young.

Tak dapat saya bayangkan jika tiada Kim Tae Woo dalam god. Sebab dialah suara dalam god. Dialah penyanyi utama, tukang buat lawak, yang paling banyak songeh dan sewaktu dengannya. Park Jin Young tahu potensi Kim Tae Woo, sebab itu dia cuba meyakinkan ibu bapa Kim Tae Woo. Ini berlaku lebih kuran 12 tahun yang dulu.

Written by Langit Biru

November 27, 2009 pada 9:04 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: