Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu keempat November 2009

with 2 comments

Minggu terakhir November, tak sabar nak tunggu persembahan akhir tahun yang akan berlangsung di tiga stesen TV utama Korea iaitu KBS, SBS dan MBC. Tapi buat masa ini mari kita lihat persembahan penyanyi yang berada di carta minggu ini.

Bukan senang untuk para artis kekal lama di carta kerana hampir setiap minggu terdapat penyanyi yang akan keluar dengan lagu baru. Kedudukan di carta bukan atas pilihan pendengar tetapi juga atas kriteria yang lain seperti persembahan di TV, jumlah jualan album, muat turun sah dan lain-lain lagi. Kira kalau lagu mereka berada di carta kira memang lagu popular lah buat masa itu.


Ini ialah K.will. Dia baru je sembuh dari H1N1 dan menyebarkannya pula kepada Wheesung. Bukan lah nak kata dia jahat tapi Wheesung dan K.will baru sahaja kenal dan mereka menjadi rapat. K.will ialah seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang bagus. Dia juga boleh menyanyi rap tapi kena berlatih dulu.

1. SS501 – Love Like This
Genre: Pop / Dance
Muzik: Lee,Scott,Alexander / Lirik: Park Hae In
Album: Trek 2 – Album Mini Rebirth
Lihat: Persembahan
Komen: Penat lelah mereka berbaloi kini apabila lagu “Love Like This” menjadi juara carta sebelum mereka menamatkan promosi kali ini. Ini kali pertama lagu ini berada di carta setelah hampir beberapa kali. “Love Like This” yang dihasilkan bersama oleh Steven Lee, Ryan Scott, dan Sean Alexander yang rancak ini mempunyai melodi yang dicipta khas oleh Ken Lewis yang telah banyak bekerja dengan ramai artis antarabangsa.

2. Brown Eyed Girls – Sign
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Lee Min Soo / Lirik: Kim Ina
Album: Trek 1 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G (Album Pek Semula)
Lihat: Persembahan
Komen: Brown Eyed Girls mempunyai lagu hits setiap kali muncul dengan lagu baru. Lagu ini yang dihasilkan oleh Lee Min Soo yang menghasilkan “LOVE” dan “Abracadabra” dan lirik oleh Kim Ina. Melodi lagu yang ceria serta tempo yang menyegarkan. Dengan lagu hit terbaru, Brown Eyed Girls mempunyai peluang cerah untuk bersaing dalam anugerah muzik akhir tahun.

3. SHINee – Ring Ding Dong
Genre: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Yoo Young Jin
Album: Trek 3 – Album Mini 2009, Year of Us
Lihat: Persembahan
Komen: Ini ialah lagu dari album mini ketiga kumpulan SHINee “2009, Year Of Us.” Lagu ini telah menjadi juara selama beberapa minggu dalam banyak carta muzik di Korea. Lagu ini yang mempunyai irama Congo Afrika dan muzik kontemporari yang mempunyai sedikit sintesizer elektrik. Irama yang kuat dan rancak dapat menarik perhatian dengan segera. Lagu ini menceritakan tentang saat jatuh cinta dengan bunyi loceng bermain di telinga.

4. K.will – 그립고 그립고 그립다 (Yearn Yearn Yearn)
Genre
: Pop Ballad
Muzik: Hwang Chan Hee / Lirik: Hwang Chan Hee, Cho Eun Hee
Album: Trek 2 – K Will Vol. 2
Lihat: Persembahan
Komen: Pada tahun ini K.Will mempunyai pencapaian yang membanggakan, mempunyai lagu popular, sama ada dari album/single serta lagu untuk drama. Kini dia mengeluarkan album kedua bertajuk “Yearn Yearn Yearn”. Walaupun mempunyai banyak lagu hit, tetapi ini album penuh pertama selepas dua tahun. Lagu ini yang sama dengan judul album berada di tempat keempat. Lagu ini berentak balada yang sesuai dengan vokal K.Will.

5. See Ya – 그놈 목소리 (His Voice)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Lee Min Soo / Lirik: Kim Ina
Album: Trek 1 – Album mini “Rebloom”
Lihat: Persembahan
Komen: Di tempat kelima ialah See Ya yang kembali dengan album mini terbaru termasuk dengan ahli baru SooMi yang menggantikan Nam Gyuri. Tajuk lagu ini ialah “His Voice” yang turut menghasilkan lagu hit untuk Brown Eyed Girls. Lagu yang rancak ini mempunyai melodi yang menarik iaitu “Solgit Solgit, Holic Holic, Chullung Chullung.” Liriknya yang ceria dan vokal yang sesuai dengan lagu berentak pop elektronika ini.

6. 2PM – Heartbeat
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Park Jin Young
Album: Trek 2 – Vol. 1 1.59PM
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan 2PM telah mengeluarkan album pertama mereka yang berjudul “1.59”. Pendengar dapat menilai sejauh mana mereka berubah. Tajuk lagu ini ialah “Heartbeat” yang jelas menunjukkan gaya 2PM. Irama lagu ini ialah gabungan dram dan orkestra yang sesuai untuk mereka. Lagu ini ialah hasil karya sepenuhnya oleh Park Jin Young.

7. Ivy – Touch Me
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 3 – Vol. 3 I Be…
Lihat: Persembahan
Komen: Dua tahun lepas, Ivy ialah antara salah seorang penyanyi yang unggul di Korea. Tetapi kareernya terhenti setelah skandal dengan bekas teman lelakinya. Sekarang, dia meninggalkan kenangan itu dan kembali dengan album ketiga. Album baru ini menunjukkan gaya comel dan seksinya. Tajuk album ialah “I Be” bermaksud “I’m Ivy as well as I’m Starting and I Exist”. Tajuk lagu pula ialah “Touch Me” yang berentak pop dan mempunyai melodi yang ringkas dan bunyi elektronik. Ia adalah hasil karya Psy dan Yoo Gun Hyung. Seperti lagu hitnya “Sonata of Temptation” yang lalu, “Touch Me” menunjukkan gaya seksi dan karisma yang hanya boleh Ivy tonjolkan. Ivy berada di tangga ketujuh pada minggu ini.

8. f(x) – Chu~♡
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Chu~♡ [Single Pertama]
Lihat: Persembahan
Komen: f(x) menarik perhatian pendengar melalui lagu debut mereka iaitu “La Cha Ta”, dan kini kembali dengan album single pertama ‘Chu~♡’ yang mengandungi tiga buah lagu. Lagu ‘Chu~♡’ yang comel dan irama Euro-pop yang terkini. Lagu ini mengisahkan tentang seorang gadis yang terjaga selepas menerima ciuman dan dipenuhi dengan rasa ingin tahu mengenai dunia luar.

9. Park Bom – You And I
Genre
: R&B
Album: Trek 1 – Single digital “You And I”
Lihat: Persembahan
Komen: Vokalis utama 2NE1, Park Bom telah mengeluarkan single digital pertama yang dihasilkan oleh Teddy. Lagu ini mengisahkan tentang janji yang dimeterai untuk selamanya. Keupayaan vokal Park Bom jelas ditunjukkan dalam lagu ini.

10. Seo In Kook – 부른다 (Calling You)
Genre: R&B Ballad
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 2 – Single Digital “Calling You”
Lihat: Persembahan
Komen: Penyanyi baru Seo In Kook terus membuat kejutan pada setiap minggu. Dia merupakan juara rancangan Superstar K dan kini telah mengeluarkan album. Lagu ini yang berjudul “Calling You” dicipta oleh Hitman Bang yang telah mencipta lagu untuk semua lagu hit 8Eight. Baek Chan dari kumpulan 8Eight juga turut menulis lirik lagu ini. Lagu ini telah berada di carta muzik internet dan juga radio di Korea. Walaupun lambat beraksi untuk tahun ini, tetapi dia masih dikira antara pendatang baru yang berjaya pada tahun ini.

Written by Langit Biru

Disember 1, 2009 pada 9:05 pm

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. gve me a korean entertaiment news -latest .. juz emel me..

    nazri

    Februari 10, 2010 at 1:41 am

  2. Dah email.

    Langit Biru

    Februari 12, 2010 at 9:50 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: