Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Peluang Faizal beraksi di AJL masih samar

leave a comment »

Kosmo Online, 1 Dis 2009

KUALA LUMPUR – Mungkinkah ‘tragedi’ gagal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) akan sekali lagi berulang kepada penyanyi popular, Faizal Tahir (gambar).

Image Hosted by ImageShack.us

Jika pada tahun 2008, Faizal tidak dapat tampil di pentas AJL selepas digam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ekoran tindakannya membuka baju dalam satu konsert di Petaling Jaya, kali ini faktor kesihatan pula mungkin menjadi penghalang kepada bintang One In a Million.

Perkara itu diakui sendiri oleh Faizal dalam pertemuan eksklusif bersama Kosmo! petang semalam apabila beliau memberitahu, sehingga kini dia masih belum pasti sama ada dapat beraksi pada AJL ke-24, 10 Januari depan atau sebaliknya.

“Saya memang mahu sangat menyanyi sendiri di pentas AJL kali ini sebab lagu Bencinta adalah lagu ciptaan saya sendiri bersama Audi Mok.

“Tetapi sehingga kini disebabkan faktor kesihatan saya masih 50-50, peluang saya beraksi di AJL juga belum pasti,” katanya ketika ditemui sejurus mesyuarat antara beliau dengan pihak produksi AJL di Sri Pentas TV3.

Walaupun belum sempat berlatih dari segi vokal sebagai persiapan dari segi persembahan, Faizal sudah memberi beberapa idea bagaimana beliau mahu persembahannya nanti

Written by Langit Biru

Disember 2, 2009 pada 9:01 am

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: