Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Hyun Joong paling popular di Taiwan

leave a comment »

Kosmo Online 3 Disember 2009

AKTOR dan penyanyi Korea, Kim Hyun Joong baru-baru ini menduduki tangga teratas dalam carta carian Yahoo! Taiwan dan Yahoo! Hong Kong.

Image Hosted by ImageShack.us

Secara tidak langsung membolehkan Hyun Joong memenangi Yahoo! Asia Buzz Awards 2009 yang telah dibuka untuk undian. Dalam Yahoo! Taiwan, Hyun Joong berada di tangga pertama dalam seksyen Asia meraih 401,235 undian.

Kumpulan SS501 yang turut dianggotai oleh Hyun Joong, berada di tangga kedua dengan undian sebanyak 60,396. Secara teknikalnya jika digabungkan kedua-dua undian itu Hyun Joong memperolehi hampir 500,000 undian.

Drama bersiri Boys Over Flowers yang telah pun ditayangkan di Taiwan dan populariti Hyun Joong yang memegang watak Jihoo dalam drama tersebut telah mengalahkan populariti watak utama yang lain seperti Goo Hye Sun berada di tangga keenam, Lee Min Ho di tangga ke-11 dan Kim Bum di tangga ke-22.

Selain pelakon drama Boys Over Flowers, kumpulan terkenal Korea, Super Junior, berada di tangga keempat dengan undian sebanyak 22,448, Lee Jun Ki di tangga kelapan dan Yoon Eun Hye di tangga kesembilan.

Wakil Yahoo! Korea berkata: “Carta tersebut menunjukkan betapa besarnya gelombang yang dibawa oleh industri muzik dan drama Korea ke negara Asia lain.”

Carta tersebut adalah jumlah terkini undian sebenar yang dikira untuk sebuah majlis anugerah yang akan berlangsung di Hong Kong pada 14 Disember depan.

Written by Langit Biru

Disember 3, 2009 pada 12:09 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: