Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Ji Sung berlakon dalam video muzik Wheesung

leave a comment »

Banyak berita dan perkembangan terkini Wheesung lambat saya ketahui tapi takpe lah saya akan cuba kemaskini dengan secepat yang mungkin.

Wheesung dikenali kerana mempunyai vokal yang bagus dan terkenal dengan jolokan gelaran “Vokalis Terbaik Korea”. Tapi ramai lagi penyanyi yang seperti dia. Ramai peminat juga tidak sabar untuk mengetahui tentang perkembangan dia di US kelak.

Image Hosted by ImageShack.us

Buat masa ini, dia telah mengeluarkan album terbaru dan pelakon terkenal Ji Sung ditawarkan untuk memegang watak utama dalam video muzik dia iaitu untuk video muzik “Jooreureuk (Trickling)”. Penggambaran telah dijalankan sekitar Boondang, Kyungkido.”

Ji Sung baru sahaja tamat penggambaran drama dia dan hanya dapat berehat sebentar sebelum menjalani penggambaran video muzik Wheesung. Walaupun penggambaran drama Ji Sung berlaku selama tiga bulan tanpa rehat tetapi dia menerima tawaran dari Wheesung tanpa banyak berkira.

Menurut wakil dari syarikat Wheesung, mereka berdua merupakan kawan baik dan merupakan peminat masing-masing. Atas dasar persahabatan mereka, menghasilkan penglibatan Ji Sung dalam video muzik Wheesung. Mereka amat berterima kasih terhadap Ji Sung yang sanggup menerima tawaran mereka walaupun mempunyai jadual yang ketat.

Wheesung juga telah memulakan sesi promosi untuk album terbaru ini. Kalau tak silap saya, Ji Sung berlakon tanpa menerima bayaran. Juga sama sebelum ini di mana Ji Sung berlakon dalam video muzik terbaru Kim Bum Soo.

Written by Langit Biru

Disember 5, 2009 pada 9:04 pm

Dikirim dalam Album, Artikel, Muzik

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: