Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Bum Soo Dreamy Radio 02.11.2009

leave a comment »

Kim Bum Soo telah menjadi DJ radio untuk pertama kali di MBC Dreamy Radio bermula 2 November 2009 yang lalu. Segmen dia ialah pada setiap hari dari pukul 10 malam sehingga 12 tengahmalam.

Di Korea, ramai penyanyi menjadi DJ radio. Ini bermakna saya dapat melihat gambar baru dan video hampir setiap hari. Mungkin juga akan ada artis undangan yang hadir untuk memeriahkan majlis.

Dalam bahasa Korea, ayat di atas ialah, Kim Bum Soo Gumgunoon Radio atau ringkasannya GumguRa. Dalam bahasa Inggeris ialah Dreamy Radio.

Ini ialah hari pertama dan dia mendapat jambangan bunga tahniah dari kelab peminatnya di Korea dan Jepun. Ada juga dua biji kek untuk meraikan Kim Bum Soo.

Image Hosted by ImageShack.us

Kek dan bunga dari kelab peminat.

Ini pula ialah kawan-kawan artis yang hadir memberikan sokongan seperti Wheesung, Park Hyo Shin, Lyn, serta Chang Min dan Jin Woon dari kumpulan 2AM

Image Hosted by ImageShack.us

Ini ialah BFF Wheesung dan Park Hyo Shin.

Image Hosted by ImageShack.us

Setakat ini, saya hanya jumpa satu klip nyanyian oleh Wheesung sahaja. Kalau ada lagi saya akan edit entri ini.

Wheesung menyanyikan lagu popularnya yang bertajuk “With Me” secara langsung. Saya rasa Kim Bum Soo ada membuat ad-lib sekali, tapi kamera tak fokus kepada dia. Boleh nampak juga tetamu yang lain.

Di konti radio, Lyn menutup muka mungkin kerana dia tidak memakai mekap.

Image Hosted by ImageShack.us

Ada satu lagi klip nyanyian Park Hyo Shin. Boleh lihat di SINI. Tapi audio lari sikit dari video.

Sebelum pulang mereka mengambil gambar bersama sekali dengan album terbaru Lyn.

Saya terjumpa pula persembahan Kim Bum Soo menyanyikan lagu popular dia iaitu Bo Go Ship Da. Lihat di SINI.

Written by Langit Biru

Disember 5, 2009 pada 3:05 pm

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , , , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: