Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Tae Woo di Dream Concert 2009

leave a comment »

Pada 10 Oktober yang lalu, telah berlangsung Dream Concert 2009. Ini ialah konsert terbesar di Korea di mana menggabungkan penyanyi-penyanyi popular di Korea di satu pentas. Konsert ini telah diadakan di stadium.

Sebelum ini, konsert ini ialah percuma dan telah diadakan di stadium nasional. Tapi tahun ini penganjur telah mengenakan bayaran. Mungkin tekanan ekonomi kot. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Konsert Jom Heboh oleh TV3. Konsert ini lagi hebat.

Kim Tae Woo telah menghadiri konsert ini dan membuat persembahan. Jika sebelum ini Kim Tae Woo membuat persembahan bersama dengan ahli kumpulan god pada tahun 2000-2002. Masa muda belia dulu.

Ini di red carpet gitu. Segak, tampan dan bergaya. Rambut warna perang sikit.

Kim Tae Woo menyanyikan lagu popularnya yang bertajuk ‘Love Rain‘.

Selepas itu dia juga berduet dengan MC Mong dengan dua buah lagu. Lagu duet mereka memang popular. Bukanlah duet sebab MC Mong rapper dan Kim Tae Woo yang menyanyi. Lagu popular mereka ialah ‘I Love U Oh Thank U‘ dan ‘So Fresh‘.

Ini pula ialah belon tanda sokongan dari kelab peminat Kim Tae Woo dan god.

Impian saya ialah untuk pergi ke Dream Concert ini.

Written by Langit Biru

Disember 5, 2009 pada 9:02 am

Dikirim dalam Gambar, Persembahan TV, Video

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: