Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Norman : Industri Muzik Masih Relevan

leave a comment »

5-Dec-2009 | Oleh: Thani Hasbullah (murai.com.my)

Ramai yang menganggap jumlah Jualan Muzik Fizikal (jualan album) bagi meraih Anugerah Platinum dan Anugerah Emas diturun akibat industri muzik tempatan sedang tenat.

Image Hosted by ImageShack.us

Bagaimanapun Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim menafikan perkara itu dan menegaskan ia dilaksanakan kerana melihat perubahan industri yang beralih daripada fizikal kepada digital.

Bermula pada 1 Julai 2009, kutipan jualan Anugerah Platinum telah diturunkan daripada 20,000 unit kepada 15,000 unit, manakala Anugerah Emas diturunkan sehingga 7,500 daripada 10,000.

“Penurunan jumlah Jualan Muzik Fizikal langsung tidak memberi maksud negatif kerana kami di RIM telah mengkaji pasaran industri Muzik dan permintaan peminat. Penurunan tersebut adil kerana permintaan peminat sudah berubah kepada bentuk muat turun atau lebih dikenali bentuk digital.

“Kami hanya perlu lebih bijak mengadaptasikan perubahan ini. Kami juga telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi termasuk Maxis, Celcom dan Digi bagi memastikan pasaran baru ini berjalan dengan lancar,” kata Norman ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka RIM, di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah Platinum bagi Jualan Muzik Digital adalah sebanyak 150,000 unit, manakala Anugerah Emas pula sebanyak 75,000.

Menurut Norman, berdasarkan angka itu ia bersesuaian kerana setiap 10 lagu yang dimuat turun secara digital akan dikira 1 unit lagu fizikal/album. Ia merujuk kepada jualan lagu melalui internet dan rangkaian telekomunikasi dalam bentuk lagu penuh, nada dering telefon, nada dering semula dan sebagainya.

Manakala kategori Bergabung Muzik Digital dan Fizikal pula, Anugerah Platinum sebanyak 30,000 unit dan Anugerah Emas sebanyak 15,000 unit jualan.

“Jualan digital kini memainkan peranan yang semakin penting untuk industri muzik dan sudah mula berupaya mencecah sejuta muat turun untuk lagu-lagu hangat. Perkembangan yang menggalakkan ini jelas daripada anggaran jualan muzik ahli-ahli RIM.

Saya ingin melihat carta kedudukan jualan digital setiap minggu atau bulan. Bukannya laporan diberikan hanya sekali-sekali. Tengoklah macam Carta Oricon dari Jepun dan Billboard (US) yang menjadi piawai dan panduan buat peminat muzik.

Written by Langit Biru

Disember 6, 2009 pada 12:04 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: