Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Bintang Twilight dari Korea

leave a comment »

Kosmo Online (17 Disember 2009)

BELUM surut fenomena luar biasa filem Twilight dan The Twilight Saga: New Moon, ada khabar angin yang sedang bertiup kencang mengatakan pelakon terkenal Korea, Han Ye Seul bakal muncul dalam sekuel seterusnya, The Twilight Saga: Eclipse tidak lama lagi.

Image Hosted by ImageShack.us

Aktres berusia 27 tahun itu baru-baru ini dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan secara senyap-senyap dengan penerbit Twilight, Michael Baker dan salah seorang wakil empayar gergasi, Imprint Entertainment Production, Mike Morgan di sebuah lokasi dirahsiakan di Korea.

Berita itu menyebut Ye Seul akan ditawarkan memegang salah satu watak untuk sekuel filem itu. Walaupun sibuk dengan penggambaran drama barunya, SBS Will It Snow on Christmas?, Ye Seul tanpa berlengah-lengah lagi terus menerima pelawaan itu dengan perasaan terbuka.

Cuma apa butir bicara antara Ye Seul, Michael dan Mike masih belum diketahui dengan sepenuhnya lagi. Bahkan, Ye Seul juga enggan ditemani oleh sesiapa termasuk pengurusnya sewaktu bertemu dengan kedua-dua individu itu bagi mengelakkan ia diketahui umum.

Biarpun begitu, khabarnya pengesahan sudah dilakukan oleh Ye Seul untuk terbabit dalam filem berkenaan. Jika tidak, masakan dua lelaki berpengaruh itu sanggup terbang jauh dari Amerika Syarikat (AS) ke Korea.

Walaupun diramalkan terlibat diri dalam sekuel Twilight, hakikatnya wanita itu sedang mempertimbangkan tawaran berlakon dalam filem Korea, Phone. Selain itu, banyak undangan untuk menjayakan filem turut menantinya.

Tawaran yang tidak henti kunjung tiba untuk Ye Seul membuktikan dia kini di kemuncak populariti. Maka tidak hairanlah apabila nama Ye Seul disebut-sebut untuk membintangi filem Twilight lebih-lebih lagi pelakon itu dilahirkan dan dibesarkan di Amerika Syarikat.

Kefasihan Ye Seul bertutur dalam bahasa Inggeris menjadi bonus kepadanya untuk melebarkan sayap dalam industri perfileman antarabangsa.

Written by Langit Biru

Disember 17, 2009 pada 11:25 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: