Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu kedua Disember 2009

leave a comment »

Saya dah siapkan ni awal lagi tapi tak perasan ia masih dalam draf. Tapi takpe mari kita lihat kedudukan carta pada minggu ini. Terdapat satu anugerah muzik pada minggu lepas. Dan akhir bulan ini pula akan terdapat tiga festival muzik oleh setiap stesen TV di Korea.


Ini kumpulan f(x) dari SM Entertainment. Mereka popular sekarang tapi bukan sebab bakat nyanyian tapi sebab personaliti mereka. Tapi saya tak mengikuti perkembangan mereka sangat. Mereka ni kumpulan wanita baru yang berumur lebih kurang 14-18. Muda tak muda juga lah. Mereka juga mempunyai ahli dari Amerika Syarikat, China dan Korea sendiri.

1. 2PM – Heartbeat
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Park Jin Young
Album:Persembahan
Komen: Kumpulan 2PM telah mengeluarkan album pertama mereka yang berjudul “1.59”. Pendengar dapat menilai sejauh mana mereka berubah. Tajuk lagu ini ialah “Heartbeat” yang jelas menunjukkan gaya 2PM. Irama lagu ini ialah gabungan dram dan orkestra yang sesuai untuk mereka. Lagu ini ialah hasil karya sepenuhnya oleh Park Jin Young.

2. Brown Eyed Girls – Sign
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Lee Min Soo / Lirik: Kim Ina
Album: Trek 1 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G (Album Pek Semula)
Lihat: Persembahan
Komen: Brown Eyed Girls mempunyai lagu hits setiap kali muncul dengan lagu baru. Lagu ini yang dihasilkan oleh Lee Min Soo yang menghasilkan “LOVE” dan “Abracadabra” dan lirik oleh Kim Ina. Melodi lagu yang ceria serta tempo yang menyegarkan. Dengan lagu hit terbaru, Brown Eyed Girls mempunyai peluang cerah untuk bersaing dalam anugerah muzik akhir tahun.

3. f(x) – Chu~♡
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Chu~♡ [Single Pertama]
Lihat: Persembahan
Komen: f(x) menarik perhatian pendengar melalui lagu debut mereka iaitu “La Cha Ta”, dan kini kembali dengan album single pertama ‘Chu~♡’ yang mengandungi tiga buah lagu. Lagu ‘Chu~♡’ yang comel dan irama Euro-pop yang terkini. Lagu ini mengisahkan tentang seorang gadis yang terjaga selepas menerima ciuman dan dipenuhi dengan rasa ingin tahu mengenai dunia luar.

4. IU – 마쉬멜로우 (Marshmallow)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Kim Do Hoon, Park Soo Jong / Lirik: Choi Kap Won
Album: Trek 3 – Album mini kedua “iu…im”
Lihat: Persembahan
Komen: Tahun lepas, IU muncul dengan lagu balada “”Lost Child” yang menunjukkan vokalnya yang matang. Tahun ini, dia bertukar konsep kepada konsep ceria dan comel yang sesuai dengan umurnya dan ini mendapat sambutan. Kali ini remaja ini kembali dengan album mini terbaru. Tajuk lagu yang berjudul “Marshmallow” ialah lagu yang comel dan ceria. Ia adalah gabungan antara muzik irama 60-an dan pop french yang popular. Ia adalah gabungan yang tepat iaitu retro dan moden yang menunjukkan sisi IU yang comel dan matang. Pencipta lagu ialah Kim Dong Hoon yang telah mencipta banyak lagu hits.

5. U-Kiss – 만만하니 (Am I That Easy Going?)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Brave Brothers
Album: Trek 2 – Album Mini “Conti UKiss”
Lihat: Persembahan
Komen: U-Kiss akhirnya berjaya berada di carta 10 dengan lagu terbaru mereka iaitu “Am I That Easy Going?”. Mereka baru sahaja mengeluarkan album mini ketiga mereka berjudul “Conti UKiss” yang berjaya di pasaran. Kumpulan ini mempunyai ahli baru iaitu Lee Ki Sub, yang menjadikan kumpulan ini seramai tujuh orang. Lagu ini adalah ciptaan Brave Brothers sepenuhnya.

6. See Ya – 그놈 목소리 (His Voice)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Lee Min Soo / Lirik: Kim Ina
Album: Trek 1 – Album mini “Rebloom”
Lihat: Persembahan
Komen: Tajuk lagu ini ialah “His Voice” yang merupakan judul utama dalam album mini See Ya terbaru iaitu “Rebloom”. Liriknya yang ceria dan vokal yang sesuai dengan lagu berentak pop elektronika ini. Lagu ini menunjukkan perubahan muzikal yang berlaku pada See Ya yang sebelum ini terkenal dengan lagu balada.

7. SS501 – Love Like This
Genre: Pop / Dance
Muzik: Lee,Scott,Alexander / Lirik: Park Hae In
Album: Trek 2 – Album Mini Rebirth
Lihat: Persembahan
Komen: Penat lelah mereka berbaloi kini apabila lagu “Love Like This” menjadi juara carta sebelum mereka menamatkan promosi kali ini. Minggu ini lagu ini berada di tempat ketiga. “Love Like This” yang dihasilkan bersama oleh Steven Lee, Ryan Scott, dan Sean Alexander yang rancak ini mempunyai melodi yang dicipta khas oleh Ken Lewis yang telah banyak bekerja dengan ramai artis antarabangsa.

8. K.will – 그립고 그립고 그립다 (Yearn Yearn Yearn)
Genre
: Pop Ballad
Muzik: Hwang Chan Hee / Lirik: Hwang Chan Hee, Cho Eun Hee
Album: Trek 2 – K Will Vol. 2
Lihat: Persembahan
Komen: Pada tahun ini K.Will mempunyai pencapaian yang membanggakan, mempunyai lagu popular, sama ada dari album/single serta lagu untuk drama. Kini dia mengeluarkan album kedua bertajuk “Yearn Yearn Yearn”. Walaupun mempunyai banyak lagu hit, tetapi ini album penuh pertama selepas dua tahun. Lagu ini yang sama dengan judul album masih kekal di tempat keempat. Lagu ini berentak balada yang sesuai dengan vokal K.Will.

9. CL & Minzy – Please Don’t Go
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: Teddy
Album: Trek 1 – Single digital CL & Minzy “Please Don’t Go” Track 1
Lihat: Persembahan
Komen: CL dan Minzy ialah rappers dari kumpulan 2NE1 dan mereka menyanyikan lagu ini bersama. Lagu ini yang dicipta oleh Teddy iaitu produser utama YG. Ia mempunyai irama hip hop yang pantas sesuai dengan gaya rap CL dan Minji.

10. Park Bom – You And I
Genre
: R&B
Album: Trek 1 – Single digital “You And I”
Lihat: Persembahan
Komen: Vokalis utama 2NE1, Park Bom telah mengeluarkan single digital pertama yang dihasilkan oleh Teddy. Lagu ini mengisahkan tentang janji yang dimeterai untuk selamanya. Keupayaan vokal Park Bom jelas ditunjukkan dalam lagu ini.

Written by Langit Biru

Disember 20, 2009 pada 9:03 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: