Langit Biru

Semua orang sudah tahu

T-ara: Derma tisu tandas!

leave a comment »

JANGAN salah sangka dengan tindakan kumpulan dari Korea, T-ara yang mendermakan tisu tandas.

Mereka bukanlah menghina sesiapa sebaliknya niat mereka sangat murni apabila tidak mahu ribuan kotak tisu tandas yang mereka terima dibuang begitu sahaja.

Kumpulan tersebut dilaporkan telah menerima beribu-ribu kotak tisu tandas kerana tajuk lagu yang dihasilkan mereka iaitu Bo Peep Bo Peep dan Poppee agak sama dengan nama jenama tisu tandas tersebut.

Kerana terlalu banyak tisu tandas yang diberikan peminat dan khuatir ia dibazirkan begitu sahaja, mereka merancang untuk memdermakan tisu tandas tersebut kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar Seoul.

Kumpulan itu akan menderma 100 kotak kepada setiap 10 rumah kebajikan.

“Kami menerima terlalu banyak tisu tandas sehingga tidak tahu nak buat apa dengannya. Daripada ia membazir lebih baik kami memberikan kepada yang memerlukan.

“Sekurang-kurangnya kami gembira kerana dapat membantu golongan susah walaupun ia bukanlah bantuan yang besar,” kata salah seorang ahli kumpulan itu, Hyo Min.

Sumber: Kosmo! Online

Written by Langit Biru

Disember 24, 2009 pada 8:07 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: